Hi semua.. Apa khabar? Lama saya tak menjenguk dan apatah lagi menulis kat blog saya ni. Ada yang rindu saya ke? Hehehe… Banyak peristiwa dah berlaku sejak entry saya yang terakhir. Pada musim sekolah yang lalu, terlalu banyak percutian saya dan aktiviti keluarga saya. Kemudian bermulanya sekolah, bermula juga aktiviti sibuk saya sebagai seorang ibu, surirumah dan juga sebagai seorang work at home mom.
Sedar-sedar dah masuk bulan Mac 2020. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan masa buat saya. Semenjak bulan Disember juga, saya telah mengikuti Kursus Haji pada setiap hari Ahad, yang menambahkan lagi kesibukan saya.
Masa untuk spend time mengajar anak-anak, pulang ke kampung di kedua-dua belah, kemudian attend kursus haji, menguruskan hal rumah tangga, kesemua ni memakan banyak masa. Tambahan pula saya bukannya sekadar surirumah, tapi saya juga seorang work at home mom.
Ada legasi bisnes yang saya jaga. Dan ada monthly income yang saya peroleh daripada bisnes saya ini. Sebab tu, saya ada komitmen terhadap kerja. Allahu Akbar. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berbakti bukan saja pada diri sendiri, suami dan anak-anak, tetapi juga kepada business partners, customers, orang awam dan keluarga.
Kenapa saya attend Kursus Haji?

Saya dan suami saya memang amat berhajat untuk menunaikan Haji pada usia sekarang ini. Untuk pengetahuan, umur kami sekarang adalah 35 tahun. Tahun ni nak masuk 36 tahun. Bukannya muda sangat lagi dah. Kami juga sedang ‘berehat’ daripada menambahkan anak sebab nak beri laluan kepada rukun Islam yang kelima ini.
Kalau ikutkan usia dan situasi, kami masih boleh menambah anak. Namun, kami juga merancang supaya tidak tergesa-gesa menambah anak. Kebetulan, anak saya yang ketiga dah berhenti daripada bergantung kepada saya pada Januari yang lalu kerana telah cukup 2 tahun tempoh penyusuan. Maka dengan itu, tahun ni adalah tahun yang sesuai untuk kami mencuba menunaikan ibadah Haji ini. Iaitu ketika saya tidak menyusukan anak, dan ketika saya tidak hamil.
Kenapa Mesti Tahun Ni? Kenapa Tak Tunggu Usia 40an atau 50an atau 60an Baru Fikir Mengenai Haji?
Sebenarnya, kami memikirkan siapa yang boleh menjaga anak-anak kami (ada 3 orang) di sepanjang ketiadaan kami ketika menunaikan Haji. Kami fikir, sementara kami masih mempunyai Mak dan Ayah (di kedua-dua belah pihak), maka inilah masanya untuk kami pergi menunaikan Haji. Mereka, kedua-dua ibu bapa kami ketika ini, masih sihat dan berupaya. Kami tak nak tunggu sehingga kami bertambah berusia baru nak pergi Haji. Sebab masa tu, tak tahu sama ada Mak dan Ayah kami masih sihat dan kuat atau tidak. Ataupun masih bersama kami ataupun tidak.
Kami tidak mahu pergi Haji sewaktu ibu bapa kami telah tiada. Kami tak mahu menyusahkan mereka sewaktu mereka telah berusia dan lebih uzur. Untuk pengetahuan, Mak dan Ayah saya masih sihat dan masih bertenaga pada usia emas ini. Alhamdulillah, Allah berikan keupayaan dan kesihatan buat mereka dalam usia pencen ini. Namun, kita tak tahu sampai bila lagi mereka akan masih lagi bersama kita. Betul tak?
Jadi disebabkan itu, kami ingin mempercepatkan niat untuk pergi Haji ini. Macam tak biasa kan dibuat orang? Tak ramai kawan yang telah pergi menunaikan Haji pada usia ini. Mostly yang dah gi Haji ni, yang berusia awal 40an atau akhir 30an. Kalau pun yang dah pergi, mereka ada rezeki lebih dari sudut kekayaan dan rezeki wang. Mereka pergi dengan Pakej yang berharga berpuluh ribu.
Saya dan suami? Kami memohon untuk menunaikan Haji secara muassasah. Kami tidak pasti pun, sama ada kami akan dapat ataupun tidak tawaran untuk menunaikan Haji. (kami dah buat rayuan Haji). Namun, kami tetap cuba juga. Kami tetap pasang niat supaya kami dijemput menunaikan Haji pada tahun ini.
Kami berdaftar Haji pada tahun 2010, iaitu 10 tahun yang dahulu. Mengikut giliran haji pada tahun ini, mereka yang terpilih adalah daripada mereka yang berdaftar pada tahun 2008 hingga bulan Julai. Seterusnya jika ada yang reject tawaran, maka pihak Tabung Haji akan membuka peluang kepada mereka yang membuat rayuan. Terutamanya mereka yang berdaftar selepas 2008 tu. Doakanlah supaya saya dan suami terpilih ya??
Kami amat berhajat supaya giliran kami dapat sampai, supaya next year bolehlah nak menambahkan anak lagi. InsyaAllah.

Kepentingan Menunaikan Haji
Sebenarnya tak ramai yang berhajat untuk menunaikan Haji pada usia muda. Mungkin kerana masih mengumpul wang, mungkin kerana setiap tahun bersilih ganti menambah anak, ataupun masih rasa terlalu awal.
Tak kisah apa-apa pun alasan, tapi biarlah kita ada niat untuknya ya. Saya tahu, ada di antara kita yang masih berusaha untuk mencukupkan wang RM10k di dalam akaun Tabung Haji. Tapi sama ada duit dah cukup atau belum, tetaplah memasang niat untuk menunaikan Haji. Kenapa?
Kerana apabila kita telah memasang Niat, maka tiap kali kita bekerja, tiap kali kita berbisnes atau tiap kali kita membuat kerja part time, kita ada REASON untuk berusaha. Kita ada niat kenapa kita nak buat semua ini. Semoga setiap pekerjaan yang kita lakukan itu apabila disertakan dengan niat, maka pekerjaan itu akan lebih diberkati Allah. Allah nampak usaha kita itu biarpun giliran kita belum sampai.
Ataupun kita dah merayu pun tapi masih belum dapat, tapi niat yang telah kita pasang itu akan pasti Allah lihat dan Allah nilai. Pasti ada ganjaran di sisiNya, walaupun belum sampai giliran dan jemputan untuk kita. At least bila kita tiba-tiba meninggal, kita meninggal dalam keadaan kita telah berniat untuk menunaikan Haji.
Kita hanya boleh berikhtiar dan berusaha. Tapi rezeki dan peluang itu hanya Allah yang boleh tentukan.
Atas sebab-sebab itu, saya dan suami berhasrat dan berikhtiar untuk mendapat tawaran Haji pada tahun ini.

Di sini saya kongsikan, usaha-usaha yang kami lakukan sebagai persediaan.
- Mengemaskini maklumat tempat tinggal kita di Tabung Haji.
- Menulis surat rayuan menunaikan Haji, submit kepada pihak Tabung Haji pada bulan Disember 2019.
- Mencari masjid yang menawarkan kursus Haji secara percuma.
- Attend kursus haji setiap Ahad pagi.
- Mendekatkan diri dengan amalan ibadah seperti membaca Al-Quran (beli Al-Quran yang istimewa), melazimi qiamullail dengan berTahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Witir dan solat sunat Hajat, mengkhatam Al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan berdoa sebanyak-banyaknya.
- Membaca buku Travelog Haji by Ustaz Kamil (best seller).
- Menonton Youtube mengenai kursus Haji.
- Sentiasa bertanya dengan mereka yang telah menunaikan Haji, dengar pengalaman mereka.
- Menyiapkan buku nota untuk tulis nota-nota Haji.
- Menyediakan buku untuk menulis doa-doa.
- Perbanyakkan bersedekah.
- Bergiat dengan lebih bersungguh-sungguh dalam bisnes, supaya dapat mencukupkan wang simpanan untuk menunaikan Haji. Target saya, saving sebanyak RM1k setiap bulan mulai Disember 2019 yang lepas.
- Alhamdulillah, target masih on track. Sekarang dah save RM4k++.
- Atas sebab inilah juga kenapa saya keluar daripada ‘comfort zone’ seorang surirumah. Duit tak turun daripada langit beb. Saya mesti berusaha. Syukur bila saya ada bisnes Shaklee yang saya jalankan sekarang ini.
- Memberitahu kepada ibu bapa kami mengenai hajat kami. Meminta mereka mendoakan kami.

Cakap mengenai ibu bapa, sebak rasanya. Seandainya kami berpeluang menunaikan Haji sementara ibu bapa kami masih ada, pasti kami akan mendoakan kesejahteraan ibu bapa kami ketika wukuf di Arafah sana. Mendoakan segala yang baik-baik buat mereka. Ya Allah, semoga kami sempat menunaikan Haji ini ketika ibu bapa kami masih sihat, masih kuat dan masih ceria pada masa ini.
Syukur, Allah memanjangkan usia ibu bapa kami. Peluang untuk kami berkhidmat kepada mereka, peluang untuk kami bersama mereka, dan peluang untuk kami mendapat redha mereka.
Ok.. panjang dah coretan saya. Ini lah fokus utama saya pada tahun 2020 ini. Ini saja. Untuk mendapatkannya, pasti kita kena berniat dan berusaha. Semoga Allah pandang usaha ini dan mengganjari surat tawaran menunaikan Haji pada tahun ini kepada kami suami isteri. Aaamiiin.
Seandainya tidak dapat, maka semoga ada amalan kami yang diterima di sisiNya di sepanjang usaha ini.
Ya Allah, rezekikanlah sahabat saya Wan Syahida Bt Wan Abd Kahar dan suaminya Muhamat Shukri B. Mahat untuk berpeluang menunaikan Haji pada tahun ini. Semoga mereka terpilih untuk menunaikan Haji secara muassasah dan Kau cukupkanlah wang simpanan mereka untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin…
Inilah niat kami untuk menunaikan haji.. Bukan niat haji tau ni. Yang niat kat miqat zamani kat Qarnul manazil tu bukan. Ni just niat kami untuk berpeluang menunaikan haji pada tahun 2020 ini. Ya Allah perkenankanlah….
Salam Mesra dan penuh Kasih Sayang,
Wan Syahida
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida
012-6753078
Pengedar Shaklee dan Work At Home Mom
good luck utk persediaan. moga semua yg dihajati dpt dgn mudah.
aida simpan impian nak tunaikan haji before umur 50 thn. in shaa Allah.
savings utk haji dah ada. alhamdulillah. cuma turn lom sampai.
so, diizinkan Allah, dpt la savings lebih lagi agar lebih selesa nanti bila waktunya sampai.
adianiez AIDA recently posted…Parcel Delivery Ikea Hanya RM15 Hingga 1 Mac | Amat berbaloi untuk saya!
planning yang baik. Semoga dipermudahkan!
Twitter: Mooneira
Yes, saya dah lama x baca blog awak. Good entry. Syukur Alhamdulillah. Saya doakan semoga urusan awak dipermudahkan.
Fadima Mooneira recently posted…Six Reasons To Read Anne Of Green Gables by Lucy Maud Montgomery
Aamiin. Thank u!
Twitter: Marina Bashah
Semoga terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Dan dipermudahkan segala urusan
Marina recently posted…Kedai Makan Western Food di Sungai Petani : Restoran Hotmas
Terima kasih.
Good luck and all the very best. May your wish come true.
Kayathre recently posted…HE’S BEING CREEPY AGAIN – Chi Ho Returns to Weird You Out One More Time
Thank u
okay la tu pergi waktu muda sebab banyak tenaga lagi. Kalau pergi waktu dah berusi, nak berjalan aktif pun dah terbatas. Banyak tempat tak boleh pergi. Semoga dipermudahkan urusan ye.
farhana jafri recently posted…Mengecewakan….
InsyaAllah.
alhamdulilah semoga dipermudakan urusan mengerjakan haji nanti. bersemangat pulak BBL rasa bila baca entri ni
budak bandung laici recently posted…PICOMS Fest 2020 Meriah Amat!
Hehe. Terima kasih BBL.
Moga awak dapat segala yg diingini dan dihajati.. segala persediaan telah diatur dan si
ap sedia.. insyaAllah moga dipermudahkan yea..
AAMIIN
Twitter: bel8868
Amin. Semoga dikabulkan dan dimudahkan urusan. InsyaAllah ada rezeki nak juga ke sana. Berniat umrah tahun hadapan. Amin.
Bella Jamal recently posted…Puding Kastard Jagung Mudah
Semoga termakbul..
Twitter: diarymamacom
Moga apa yg dibajati tercapai. Sis pun ada keinginan utk kesana menunaikan haji, dah daftar tapi tahun dia masih jauh lagi. Kalau ada keluarga yg nak prgi..harap dpt juga buat rayuan..sama2 kita berdoa
Hanny Abdullah recently posted…Resepi Aglio Olio Udang Paling Mudah Di Masak
Ya harap2nya..
Allahhu akhbar. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menyiapkan diri ke sana. InsyaAllah dengan izin Nya. Amin
aaamiin
Twitter: mimiazirah
Semoga target nak pergi haji tercapai dan menjadi tetamu Allah. Doakan saya juga dapat jejakkan kaki di tanah suci nanti.
Semoga dimurahkan rezeki 🙂
Semoga hajat tercapai. Selagi ada peluang masa muda baik pergi kan. Doakan ena pula semoga dapat sampai ke sana
Cik Puan Ena recently posted…Ramadhan Buffet 2020 | Laman Kayangan, Shah Alam
Semoga Ena juga mendapat peluangnya 🙂
bestnya kalau dapat buat haji jugak. time muda lg better sebenarnya sebab kita pun tengah kuat. anyway, semoga dipermudahkan segala urusan haji ya,
Kan.. memang lebih baik ketika muda. Jadi kita kena cepat prepare…