Rumah di Kuala Lumpur untuk Dijual

By | 18/12/2019

Hai Assalamualaikum semua sahabat-sahabat alam maya saya. Entry ini berkenaan rumah di Kuala Lumpur untuk dijual. Mungkin ramai yang belum tahu yang saya ada usahakan homestay di Kuala Lumpur. Sebenarnya dah lama dah saya dan suami buat homestay ni. Mungkin sejak tahun 2012 lagi. Pejam celik dan 7 tahun lamanya. Banyak pengalaman yang saya dah kutip.

Rumah Homestay Merangkap Rumah di Kuala Lumpur Untuk Dijual

Rumah homestay saya dan suami yang ini terletak di Segambut, KL. Asalnya ia merupakan rumah tempat tinggal saya dan suami. Namun selepas suami saya bertukar tempat kerja, kami berpindah ke Petaling Jaya iaitu rumah saya yang sebelum tu dijadikan homestay. Selepas berpindah ke rumah PJ, rumah di KL pula kami jadikan homestay.

Kini pada tahun 2019, tiba masanya kami menjual rumah di KL ini. Kalau bukan kerana kami membeli rumah baru di Cyberjaya, kami takkan jual lagi rumah ni dan masih tetap terus dijadikan homestay. Tapi kerana ada banyak sangat rumah ni jadi tak mampu lah nak bayar semua sekali kan.

Jadi untuk mampu membeli sebuah rumah teres di Cyberjaya, maka aset sedia ada haruslah dijual. Nak beli rumah atas tanah pun bukannya murah kan. InsyaAllah, kami dah pun apply untuk sebuah rumah yang dibangunkan oleh LBS Group di Cybersouth, Cyberjaya dan permohonan kami dah pun diluluskan apabila menggabung nama saya dan suami. Kini dalam proses untuk menjual rumah kami yang lama ni pula.

Eh saya kan surirumah? Macam mana pulak boleh apply loan rumah kan? Ya memang saya surirumah 24 jam. Tapi saya ada bisnes Shaklee yang saya jalankan sejak 2014. Jadi dengan payslip saya daripada Shaklee, saya boleh gunakannya untuk membeli rumah. Saya dah cuba dan memang ia dipercayai pihak agen serta pihak bank. Alhamdulillah diluluskan. Rumah baru kami di Cyberjaya bergabung nama saya berserta suami.

Sebab tu, tak ada ruginya bila kita para isteri menjalankan sebuah bisnes dari rumah. Lebih-lebih apabila bisnes yang kita pilih itu, bisnes yang mampu memberikan pay slip serta ia datang daripada syarikat yang dipercayai bank. Penting untuk kita buat pilihan yang tepat apabila mahu memilih sebuah bisnes. Alang-alang kita membuat bisnes, teruslah pilih syarikat yang berkaliber, syarikat yang tidak pernah gagal memberikan bonusnya pada waktu yang sepatutnya dan bukan company scam. Kita nak buat bisnes pun biarlah yang boleh bertahan sampai kita ke tua. Sebab tu, pemilihan bisnes juga mesti hati-hati dan pilih dengan bijak.

Baca juga : Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?

Berbalik kepada rumah homestay kami yang hendak dijual, berikut saya sertakan maklumatnya.

Maklumat Rumah di Kuala Lumpur Untuk Dijual

Untuk pengetahuan, rumah kami ni telah siap furnished. Semua kelengkapan dan perabot dah tersedia. Sebagaimana selesanya penyewa homestay dah ready nak duduk, begitulah juga pembeli yang berminat nak membeli rumah ni. Semua dah ready.

Rumah ini sesuai untuk mereka yang baru berkahwin, baru nak cari rumah pertama dan keluarga masih kecil. Rumah apartmen ini mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air. Jemput lihat maklumat yang lebih lengkap berserta gambar-gambar di sini : http://www.thoriqproperty.com/30440434

Rumah di Kuala Lumpur Untuk Dijual

For Sale – Mandy Court, Segambut Bahagia, KL

Price: RM340,000 (Negotiable)

Details of Property

  • 818sf
  • 3 rooms 2 baths
  • Low floor
  • Unit no. 8
  • Fully Furnished
  • Comes with aircond & water heater
  • Built in kitchen cabinet , kitchen hood and hob

Facilities of Mandy Court Apartment Segambut:

  • M Avenue Commercial Centre
  • Mini-Mart
  • Playground
  • 24 hours security
  • 1 covered parking

Amenities Nearby Mandy Court Apartment Segambut:

  • Banks
  • Restaurants and offices
  • Plaza Mont Kiara
  • Hartamas Shopping Centre
  • Solaris Dutamas
  • Solaris Mont Kiara.
  • Publika
  • Aeon Big Kepong

Accessibility of Mandy Court Apartment Segambut:

  • Jalan Kuching – to KL City Center & Selayang
  • Middle Ring Road 2 (MRR2) – to Kepong & Gombak
  • North-Klang Valley Expressway (NKVE) – Shah Alam & Ipoh
  • Duta-Ulu Kelang Expressway – to Ampang, Gombak & Kepong

Interested please contact:
Thoriq Suparman (013-2965273)
REN27183
iRealty
wasap.my/60132965273

More info and pictures : http://www.thoriqproperty.com/30440434

Jika ada kenalan atau saudara mara yang mencari rumah di Kuala Lumpur, especially rumah jenis apartment untuk dibeli ataupun disewa di area Kuala Lumpur, boleh lah lihat rumah kami ini ye. Jangan risau kerana harga adalah negotiable.

Boleh juga lihat maklumat Homestay kami di : Rizqi Homestay.

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Pengedar Shaklee (since 2014)

24 thoughts on “Rumah di Kuala Lumpur untuk Dijual

    1. syahida Post author

      aamiin ,, semoga mendapat pembeli..

      Reply
  1. emi
    Twitter:

    Rezeki sis dan suami mampu beli banyak buah rumah, hehe. Moga dipermudahkan urusan jual beli rumah tu ye.

    Reply
  2. SalinaJohari
    Twitter:

    Cantik rumah dan lokasi agak strategik jugak tu. Nanti Sal tanya kawanΒ² kot ada yang nak menambah aset kan. Full furnished , mempermudahkan pembeli

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih Kak Sal. Kami sayang rumah ni & jaga baik2. Semoga mendapat pembeli yg nak rumah area KL juga.

      Reply
  3. Liez
    Twitter:

    Rezeki memasing kalau ada banyak rumah.. even buat bisnes sensiri pun boleh beli rumah kan. Liez dan suami beli rumah sebelum kawin dan alhamdulillah rancang nak beli 2nd house di Ipoh sebab plan bila suami pencen nak stay ipoh.

    Reply
    1. syahida Post author

      Oo minat ke bab tu.. hehe.. ye memang betul saya pakai payslip Shaklee saya untuk pembelian rumah. Sebab pendapatan saya konsisten 4 angka setiap bulan dgn Shaklee dah bertahun2. So nak apply loan rumah ni dah tak takut InsyaAllah. And mmg lulus.

      Reply
  4. Min

    Boleh rekmen pada kawan2 dan family yang nak cari rumah. Pasti artikel ni sangat membantu

    Reply
  5. adianiez AIDA

    alhamdulillah.
    beli rumah ni takkan rugi. aset paling utama.
    moga sukses yg mendpt pembeli dan dipermudahkan urusan beli rumah yg baru.
    aida pun dlm proses nak jual rumah pertama (nama asben).
    rumah baru sekarang (nama aida) lebih besar skit la. kat melaka masih byk landed property.
    adianiez AIDA recently posted…Putu Piring | Buncit dengan gula melakaMy Profile

    Reply
  6. Izaramli

    Sy pn surirumah. Mcm nk kena start meniaga balik je. Dulu rajin giler jual produk kosmetik. Tapi dah lama tak. Kena mula semula ni.

    Reply
    1. syahida Post author

      Kalau kita ada big why, kita akan bertindak πŸ™‚

      Reply
  7. Zharif Azis

    wahh rumah atas tanah dekat Cyber bukan murah. tak sangka bisnes dari rumah boleh lepas untuk loan. maksudnya surirumah juga boleh membantu suami dlm menmbeli rumah. bagus info nie. sy baru tahu

    Reply
    1. syahida Post author

      Yaaa. Sebab tu kalau kita nak start buat bisnes, check tengok company yang kita nak join tu camne… Apa yang boleh ia berikan kepada kita untuk jangka masa panjang :). Ada banyak company yang berikan semua ni sebenarnya πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge