9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

By | 26/02/2023

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar, dah 7 tahun saya berada dalam komuniti bisnes Shaklee ni. Selama tempoh ini jugalah saya mengamalkan Shaklee dengan konsisten setiap hari. Bukan setakat saya seorang, tetapi begitu juga dengan keluarga terutamanya pasangan, anak-anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua saya.

Selain daripada amalkan Shaklee, saya berada dalam komuniti bisnes Shaklee ni dengan happy dan hari-hari saya terisi dengan banyak perkara yang berfaedah. 

Bayangkan. Saya seorang surirumah sepenuh masa. Dengan circle Shaklee ini lah saya menerima banyak input yang membantu saya jalankan peranan saya sebagai manusia dengan lebih baik. Baik dari segi pengurusan masa, rumahtangga, bisnes, kewangan, cita-cita, dikelilingi rakan-rakan yang baik, dan tak lupa juga saya sering diingatkan dengan pengisian rohani dan nasihat-nasihat yang baik yang mengisi hari-hari saya. Alhamdulillah untuk jodoh dan rezeki ini.

Jadi kini saya ingin kongsikan..

Apakah 9 sebab mengapa komuniti bisnes Shaklee ni sangat best?

Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best?
Komuniti Bisnes Shaklee yang besar, meriah & best
  1. Komuniti bisnes Shaklee tak pernah lokek ilmu sama ada dalam dunia kesihatan pemakanan Shaklee, mahupun dalam dunia bisnes dan bagaimana untuk turut sama berjaya dalam menjalankan bisnes Shaklee. Dalam Shaklee, pastinya seorang upline lebih mahukan anak didiknya (downline) menjadi orang yang berjaya dalam Shaklee, sama sepertinya. Kalau mungkin dalam syarikat terkemuka yang mana ada CEO, mereka menawarkan pekerjaan kepada staff dan memberi training kepada staff. Tapi tak mungkin seorang CEO itu mengajar staffnya untuk turut sama menjadi CEO sepertinya? Semestinya tidak, kan? Tapi dalam dunia bisnes Shaklee, seorang Master yang berpendapatan RM30k sebulan pun, akan beri tunjuk ajar kepada downlines nya 100% sama untuk menjadikannya juga mendapat Rm30k sebulan, sama sepertinya.
    Malah nak lebih besar daripadanya pun tak apa!!! Malahan, semua ilmu yang diberikan adalah percuma, tanpa perlu seorang anak didik membayar upah apa-apa kepada uplinenya untuk mengajarnya semua benda dalam bisnes Shaklee ini. Besar sangat pahala seorang upline tu. Bukan upline sahaja. Malahan dalam group besar Shaklee pun, Masters sentiasa berkongsi ilmu dan panduan bisnes kepada seluruh keluarga Shaklee, bukan kepada team dia saja. Contohnya, kami baru saja adakan Projek Mega Blog Shaklee 1.0 yang disertai oleh lebih daripada 100 orang pengedar Shaklee dalam projek menulis entry blog beramai-ramai. Kami menulis tentang Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.
  2. Komuniti bisnes Shaklee sentiasa suka berkongsi bahan-bahan marketing dan posters kepada seluruh warga Shaklee. Tak berkira group pun. Kita tak lokek dari segi tips dan bahan untuk promosi produk. Dalam bisnes, kami sama-sama berpendapat sekiranya kita lebih banyak memberi dan berkongsi untuk memudahkan bisnes orang lain, lagi murah rezeki kita jadinya. Dalam komuniti pengedar Shaklee, ada ramai yang suka mereka posters dan berkongsi pula dengan orang lain posters mereka. MashaAllah. Moga mereka yang bermurah hati ni sentiasa Allah murahkan rezeki mereka sebab dah memudahkan kita yang tak sempat nak buat posters cantik-cantik macam mereka.
  3. Dalam komuniti bisnes Shaklee, ukhuwwah di antara kami walaupun daripada lain-lain group adalah harmoni. Kalau dah lain group pun harmoni, apa lagi kalau dalam group sendiri. Dalam circle yang harmoni ini saya membina persahabatan dengan ramai golongan wanita yang hebat. Saya masuk dalam circle Shaklee, saya mengenali doktor, nurse, ahli-ahli farmasi, lawyer, guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah, lecturer, engineer, peniaga-peniaga dan macam-macam lagi background. Mahasiswa dalam dan luar negara juga ada yang dah start bisnes Shaklee ni. Ha, macam-macam golongan ada kan? Untung kita dapat selalu berkenal-kenalan dengan ramai jenis orang.
  4. Dalam komuniti bisnes Shaklee, saya sentiasa berpeluang untuk upgrade pengetahuan saya dalam ilmu bisnes, ilmu editing photo & video, ilmu teknologi dan social media, ilmu branding serta kemahiran-kemahiran yang penting untuk lead sebuah team, beri motivasi melalui tulisan dan percakapan dan juga kemahiran dalam mengajar orang lain agar turut sama pandai seperti kita. Mampu mengajar orang lain pun satu kemahiran tau! Dan juga boleh jadi suatu amal jariah jugak buat kita sebab memberi tunjuk ajar kepada orang lain.
  5. Dalam komuniti bisnes Shaklee ni juga, tak lekang daripada kita mendapat ilmu rohani yang sangat kerap diingatkan dan dikongsi dalam group. Jadi kita tak akan lupa atau terhanyut dengan kesibukan bisnes sahaja. Tapi kita tahu untuk seimbangkan pekerjaan dengan hubungan dengan Tuhan & keluarga kita. Melalui Shaklee ni juga, saya rajin mempelajari banyak amalan rohani untuk saya belajar amalkan secara rutin.
  6. Dalam komuniti bisnes Shaklee, saya berpeluang untuk menyertai majlis yang gemilang sebagaimana orang yang bekerja makan gaji dengan syarikat besar dan terkemuka. Setiap tahun, saya akan dijemput oleh Shaklee secara RSVP untuk menyertai Business Conference. Di situ saya akan mengetahui perkembangan terkini syarikat dan melihat tawaran-tawaran menarik syarikat sebagai reward kepada segala kejayaan kami para pengedarnya. Best ke conference ni? Macam kena kerja ke? Eh tak lah! Di dalam conference ni kami dijamu makan sedap-sedap, dapat free gifts, dapat bertemu dengan rakan-rakan pengedar Shaklee dan team kita semuanya! Ibarat macam aktiviti reunion kita dengan team setahun sekali. Memanglah seronok sebab saya surirumah sepenuh masa ni dapatlah merasa macam orang bekerja makan gaji. Dapat pakai blazer dan OOTD cantik-cantik.
  7. Dalam komuniti bisnes Shaklee juga, kami berpeluang untuk travel bersama-sama ke dalam dan luar negara melalui Incentive Trip yang ditawarkan Shaklee secara percuma kepada para pengedarnya yang menepati kriteria untuk trip ini. Percutian percuma, siapa nak bagi kita kan? International pula tu. Ditaja sepenuhnya dari tiket flight sehinggalah ke penginapan, makan minum dan itinerary semuanya diatur dan diuruskan oleh Shaklee. Manakala kami komuniti bisnes Shaklee dapat bersukaria sesama kami berjalan-jalan bercuti di tempat orang, sambil menikmati masa kami bersama-sama. Best kan bila kita dapat bercuti bersama team kita yang telah bersusah payah membina bisnes ni bersama-sama kita selama ni? Kita kerja bersama dan cuti pun bersama-sama.
  8. Dalam komuniti bisnes Shaklee kami, saya dapat kenali juga mereka yang dah bina income 7 dan 8 angka di dalam Shaklee ini. Mereka insan-insan hebat dan bergelar jutawan senyap di Malaysia. Hidup secara humble pada usia tua mereka sambil menikmati kesihatan & kecergasan pada usia tua mereka. Mereka dapat menikmati money freedom, health freedom dan time freedom. Sudah la pengamal Shaklee tegar, kesihatan terasa lebih tip top, buat pula bisnes Shaklee sehingga lifetime business dengan empayar Shaklee yang besar, sehingga merasai money freedom dan mampu menikmati percutian pada usia emas. Masa pula bebas tanpa perlu terikat kepada pekerjaan dan komitmen. Dalam dunia Shaklee, saya mengenali mereka dan ia memberikan inspirasi buat saya dan seluruh komuniti bisnes Shaklee. 
  9. Dalam komuniti bisnes Shaklee, saya dapat menyertai komuniti para wanita, para isteri dan para ibu yang berjumpa dan bertemu sambil mengopi dan berbincang mengenai bisnes Shaklee kami. Kami sering bertemu secara offline sambil coaching dengan mentor dan uplines ataupun kita sendiri yang memberi coaching kepada anak bisnes kami. Kami dapat bertemu mata sambil berdiskusi dan yang paling best kami dapat makan-makan bersama. Kan seronok bila surirumah macam saya dapat keluar-keluar dan bertemu kawan-kawan sambil berbincang tentang perkara yang berfaedah untuk besarkan income?

Penutup

Alhamdulillah untuk rezeki circle yang baik. Dahulu saya pernah bekerjaya sebagai seorang Engineer. Namun setelah saya berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, dunia saya hanyalah suami, anak-anak dan keluarga. Saya dah semakin jauh daripada kawan-kawan satu kerjaya.

Tapi setelah saya menceburi bisnes Shaklee, saya dapat berada di dalam circle bisnes yang sangat menyeronokkan. Tidak berasa terlalu sunyi dan sentiasa rasa ada sahabat dan teman.
Jom ! Sertai kami dalam dunia bisnes Shaklee dan berada di dalam komuniti yang memberi pelbagai manfaat kepada diri, dari segi pembangunan diri, pembangunan kerjaya, kewangan, kesihatan, kecantikan dan juga berada dalam circle yang sangat hebat. Pm saya untuk menyertai keluarga Shaklee yang hebat!

Lebih banyak info mengenai produk dan bisnes Shaklee di website www.anakkuwiraku.com.

Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Anda
012-6753078

One thought on “9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

  1. Pingback: Insentif Shaklee Malaysia Pendapatan Tambahan Untuk Semua • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge