Assalamualaikum semua. MashaAllah, semasa saya letak tajuk entry ni pun terasa terus makin bersemangat rasa energy tu dalam diri. Blog Mega Shaklee 1.0 ini adalah suatu inisiatif daripada otai-otai dalam Shaklee untuk menaikkan kembali nama Shaklee di dunia maya khususnya Google. Ia adalah suatu usaha secara kolektif yang disertai oleh lebih 100 pengedar Shaklee yang aktif di seluruh negara untuk mereka kembali menyemarakkan blogging mengenai set kesihatan Shaklee.
Suatu usaha yang murni daripada otai-otai Shaklee kita yang mahu nama Shaklee dinaikkan kembali setelah ia pernah naik secara besar-besaran pada sekitar tahun 2009-2010 melalui blog. Maka untuk mengembalikan kegemilangan Shaklee seperti itu, memerlukan usahasama seramai mungkin kumpulan pengedar Shaklee untuk melakukannya bersama-sama sekali lagi.

Kami di dalam bisnes Shaklee ni, sentiasa merasakan kami adalah sebuah keluarga yang besar. Amat bangga saya katakan apabila para pengedar Shaklee memang suka berkongsi manfaat dan ilmu yang berguna kepada umum secara percuma. Buktinya adalah melalui dunia penulisan blog. Cubalah search mengenai set-set kesihatan di Google. Pastinya anda akan banyak menjumpai penyelesaiannya dengan nutrisi kesihatan daripada Shaklee saja kebanyakannya. Amazing kan?
Blog Mega Shaklee 1.0
Saya juga merupakan salah seorang pengedar Shaklee yang turut menjayakan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang bermula pada awal bulan Februari 2023 ini. Saya turut berada dalam kumpulan terbesar Shaklee di Malaysia ini yang bergiat aktif dalam menjalankan bisnes Shaklee. Pastinya saya tidak mahu ketinggalan untuk menyertai fenomena blogging Shaklee ini kembali.
Suatu perkara yang menarik mengenai bisnes Shaklee ni ialah, apabila ia naik dengan suatu fenomena wave yang besar, pastinya ia akan turut memberi tempias kepada semua pengedar Shaklee yang lain. Bila naiknya wave Shaklee tu, mana-mana pun akan ada orang yang mencari siapa pengedar Shaklee, sebab nak terus dapatkan produk Shaklee dengan segera. Kadang-kadang tak perlu promote beriya pun, ada je sales yang masuk sebab kuatnya fenomena Shaklee yang berlaku pada ketika itu.
Jadi, Blog Mega Shaklee 1.0 ni memang sangat-sangat mengujakan! Terutama sekali buat kami pengedar Shaklee yang masih tetap aktif menjalankannya biarpun dah bertahun-tahun kami berada dalam bisnes Shaklee. Tak pernah jemu berkongsi tentangnya dan tak pernah berputus harap kami tentang peluang yang bisnes Shaklee tawarkan kepada seluruh pengedarnya.
Dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, kami menulis entry blog mengikut topik yang dipilih iaitu Pengenalan Mengenai Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee yang memberi kecergasan kepada para pengamal Intermittent Fasting.
Topik ini juga seiring dengan nutrisi Shaklee yang menggalakkan kita untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dan mengurangkan berat badan berlebihan yang selalu menjadi masalah utama penduduk di Malaysia ini.
Semasa menjalankan Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni, memang terasa kekok & terkejar-kejar sebab kita kena cari masa di dalam kesibukan waktu kita untuk menyiapkan tugasan. Sibuk macam mana pun, kita akan berusaha juga siapkan entry blog mengikut waktu yang telah diperuntukkan.
Tapi kesudahannya, kami masing-masing dapat menghidupkan kembali blog yang dah lama bersawang dan kami sebenarnya dapat mengembalikan semangat lama kami yang pernah kuat mengongsi ilmu dan manfaat melalui dunia blog, suatu ketika masa dahulu. Nostalgia pulak rasa!!
Alhamdulillah, semoga dengan projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, dapat memberikan impak yang besar kepada branding Shaklee di Malaysia. Dan rakyat Malaysia dapat menemui penyelesaian kesihatan mereka dengan Shaklee setiap kali mereka mencari solusi masalah kesihatan mereka di carian internet. InsyaAllah.
Akan datang, projek Blog Mega Shaklee ini akan dibuat lagi untuk versi 2.0. InsyaAllah kali ini dengan lebih ramai penyertaan dan membangkitkan wave Shaklee yang lebih besar lagi apabila kami lakukannya dengan serentak secara bersama-sama lagi.
Harapan Saya Dengan Mega Blog Shaklee 2.0
Selesainya Projek Mega Blog Shaklee 1.0, saya merasakan ia suatu langkah yang sangat best dan bagus untuk penjenamaan Shaklee semula dan menaikkan kembali Shaklee di dunia internet ini. Jadi saya akan terus melakukannya lagi dalam Mega Blog Shaklee 2.0. InsyaAllah.
Di dalam Shaklee, kami sentiasa bersama-sama. Apa yang kami selalu harapkan, adalah Shaklee semakin diterima & semakin berkembang di Malaysia. Tidak mengapa sekiranya pengedar Shaklee semakin bertambah di Malaysia dan tak pernah kami risaukan tentang bertambahnya persaingan di antara pengedar-pengedar Shaklee di seluruh Malaysia.
Tetapi kami lebih gembira sekiranya lebih ramai orang yang mendaftar sebagai ahli Shaklee dan semakin ramai orang yang berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee ini bersama-sama.
Yang paling penting sebenarnya, komuniti Shaklee kami sentiasa berusaha mahu berkongsi segala manfaat Shaklee kepada semua agar tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin meningkat. Dan kami sentiasa mahu lebih ramai pengedar Shaklee yang dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui bisnes Shaklee. Ia akan menjadi bukti bahawa bisnes Shaklee ini sangat sesuai buat semua & bahawa Shaklee ini sentiasa mengalu-alukan lebih ramai orang untuk turut sama sertai bisnes Shaklee.
Jom Sertai Shaklee!
Dengan usahasama & kebersamaan Shaklee dalam dunia branding Shaklee di carian internet ini, saya mengalu-alukan anda untuk turut sama sertai saya dalam Shaklee.
Jom! Daftar sebagai ahli Shaklee dan turut sama menikmati kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee. Kemudian, saya akan berikan panduan bagaimana dengan mengamalkan Shaklee ini, dapat menambahkan pula pendapatan kita secara sampingan.
Lebih banyak info dan kelebihan mengenai produk dan bisnes Shaklee di website www.anakkuwiraku.com.
Berminat untuk sertai, saya bantu anda ok! Jom hubungi saya dan saya akan bantu anda.
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Anda
Shaklee ID : 1143254
012-6753078
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Pingback: 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best • SyahidaShukri