Shaklee Ambassador Workshop Jutawan

By | 04/07/2023
Shaklee Ambassador Workshop Jutawan

Selamat datang pembaca budiman. Pada 18 Jun 2023 yang lepas, telah berlangsung program Shaklee Ambassador Workshop anjuran team besar Shaklee saya iaitu Jutawan, di bawah organisasi moyang Shaklee saya Master Laila.

Dalam program ini, saya menjadi salah seorang speaker yang berkongsi tentang produk Shaklee. Produk yang saya bentangkan ialah tentang Omega Guard. Ada 3 orang speaker semuanya masa ni.

Master Laila – bercakap tentang Why Shaklee dan Landmark Study.

Product Trainer Raihanah Ahmad – bercakap tentang Why Supplement dan produk ESP.

Product Trainer Wan Syahida (saya) – bercakap tentang Omega Guard dan Vitamin C.

Master Wan Muliani – bercakap tentang B-Complex dan Vita-lize.

Dan peranan sebagai MC dikendalikan oleh Master Zura Betty.

Kami menjadi organizer kepada program Shaklee Ambassador Workshop ni selepas kami telah menjadi peserta di dalam program Train-The-Trainer (TTT) selama 2 hari anjuran Shaklee HQ pada bulan Mei 2023 yang lalu. Dalam program TTT tu, ramai Master daripada setiap organisasi telah turut serta dan kami bersama-sama belajar direct daripada para ahli nutrisi Shaklee tentang kesemua produk Shaklee. Kami belajar menjadi product expert dan bagaimana untuk menjawab semua persoalan yang biasanya timbul berkenaan produk (FAQ). Kami turut ada discussions berkenaan training online dan offline, discussions tentang strategi training kepada organisasi dan kami dapat go deep kepada setiap produk dengan lebih teliti dan lebih saintifik.

Program 2 hari, memang agak padat. Tapi seronok dengan ilmu nutrisi dan ilmu bisnes yang bermanfaat untuk team. Kemudian telah dipertanggungjawabkan ke atas kami untuk kini berkongsi pula kepada team kami berkenaan produk-produk Shaklee yang telah kami pelajari. Kini kami bergelar Trainer, dan InsyaAllah saya juga turut menjadi Product Expert kepada organisasi besar Shaklee saya; Jutawan.

Program pertama kami, Shaklee Ambassador Workshop berlangsung sehari sahaja, dengan dihadiri oleh ahli-ahli business leaders dalam Jutawan; terdiri daripada group bawah Masters dalam Jutawan.

Pengalaman Saya Sebagai Speaker

Sebenarnya saya sangatlah tak suka cakap kat depan. Saya seboleh-bolehnya suka menjadi peserta sahaja dalam apa-apa acara. Tapi sebab dah dilantik, dipercayai dan ditugaskan, maka saya pun peganglah amanah ini. Syukurlah saya boleh kongsi apa yang saya telah ketahui dan pelajari, dan para peserta pun memahami apa yang saya sampaikan. Walaupun ada gagapnya dan ada yang tersekat-sekatnya. Maklumlah tak biasa kan.

Dah lama sangat memegang title surirumah, tanpa sebarang jawatan sebagai ahli profesional dan berkarier besar, saya dah kekok nak bercakap di depan khalayak. Tapi, inilah yang saya lalui dalam dunia bisnes Shaklee. Adakalanya saya perlu dijemput sebagai speaker, dijemput beri sharing tentang bisnes, dan seringkali lah share tips tentang apa-apa yang berkaitan dengan Shaklee.

Namun disebabkan dunia bisnes kami kebanyakannya secara online, jadi kami biasa berinteraksi melalui social media, melalui whatsapp, Zoom atau Google Meet je lah. Julung-julung kali lah juga sebenarnya nak ada program secara offline ni semenjak berlaku PKP 2020. Jadi bila masuk 2023 ni, kita dah semakin semarakkan kembali program secara offline.

Baca juga : Apa Yang Best Join Team Jutawan?

Dunia Professional Shaklee

Dalam bisnes Shaklee, saya merasai peranan dan kerjaya sebagai seorang professional. Paling professional adalah apabila saya dijemput sebagai delegasi Conference yang diadakan Shaklee setiap tahun di Sunway Convention Centre. Ada 2 kali conference biasanya dalam setahun :

  1. Business Leaders National Conference (BLNC)
  2. National Conference

Dan kedua-duanya saya sering dijemput sebagai business leader. Best sangat rasa dia!! Sebab kita diraikan syarikat dan dapat macam-macam gifts! Siap dijamu dengan makanan lagi untuk 3 kali meals. Paling penting, kami diberikan strategi untuk tahun berkenaan dan updates yang terkini daripada syarikat.

Jadi sebagai business leader yang aktif seperti saya, penting untuk saya keep up-to-date dengan perkembangan syarikat dan strategi-strategi terkini yang disusun company. Paling best, untuk kami ketahui reward yang disediakan Shaklee kepada business leaders yang perform pada cycle tersebut.

Semua ni penting untuk kami guide anak cucu bisnes dalam organisasi kami pula untuk turut sama-sama berjaya dalam bisnes Shaklee. Jadi, memang beruntung bagi mereka yang mengaktifkan diri menyertai program company dan sentiasa rapat dengan keluarga Shaklee. Di situ juga kami dapat bertemu dengan business leaders lain yang hebat dari seluruh negara. Kutip semangat dan inspirasi daripada mereka dan menaikkan kembali motivasi kita di dalam bisnes Shaklee ini.

Hari ni, saya upgrade lagi professional career saya dalam Shaklee ni sebagai Product Expert pula. 😉

Pilih Team Yang Aktif Untuk Anda Daftar

Jadi, berminat nak daftar sebagai ahli Shaklee? Cari kumpulan yang benar-benar aktif dalam menjalankan bisnes ini. Paling penting, daftar dengan business leader Shaklee yang tetap istiqamah dan setia dalam bisnes ini walau apa pun yang berlaku. Yang tetap bertahan, yang sentiasa konsisten dan aktif di dalam bisnesnya. Lebih baik, yang dilantik oleh organisasinya sendiri untuk menjadi product expert dan trainer. Mereka adalah orang yang berpengalaman, berpengetahuan dan reliable untuk anda dapatkan info yang tepat untuk keperluan anda dalam set-set kesihatan Shaklee, mahupun berkenaan bisnes Shaklee.

Siapa sangka, saya yang bermula sebagai ahli sahaja pada tahun 2014 dahulu untuk makan sendiri, kini telah develop menjadi business leader yang aktif, telah rank up ke rank Senior Coordinator, telah merasai kesemua 3C yang ditawarkan syarikat, even dah pernah mengikuti Incentive Trip Shaklee, dah melayakkan diri dalam Car Bonus Shaklee dan kini, saya dilantik pula menjadi Product Expert dan Trainer dalam Shaklee Ambassador Workshop anjuran team besar saya. Ia suatu permulaan, tapi ia suatu progress dalam karier Shaklee saya.

Baca juga : Peluang Dalam Bisnes Online Shaklee

Shaklee Ambassador Workshop Jutawan
Saya bersama salah seorang ahli dalam team saya, Kak Mazni. Kak Mazni adalah salah seorang business leader dalam organisasi saya.

Saja share di sini sebagai memori. Saya sukakan ilmu kesihatan dan ilmu nutrisi, merasa dekat dengannya dan tak jemu untuk terus menambahkan ilmu berkenaannya. Sebab itu, saya menceburi bisnes Shaklee kerana bab kesihatan adalah dekat di hati dan membawa banyak manfaat kepada diri saya sendiri sepanjang hidup saya.

Rasulullah s.a.w. berpesan supaya menjadi manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Semoga dengan asbab saya berbisnes Shaklee dan membantu orang lain sihat dengan Shaklee, menjadi salah satu alat kepada saya menjadi seorang yang bermanfaat selalu. InsyaAllah.

Jom amalkan Shaklee sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Hubungi saya dengan KLIK DI SINI.

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge