Pengalaman Saya Mempersiapkan Ilmu untuk Menyusu Bayi

By | 08/12/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Dahulu sewaktu saya mengandung kali pertama semasa anak sulung saya, saya memang zero-knowledge tentang mengandung, tentang bayi, tentang bersalin, tentang berpantang, tentang penjagaan bayi, dan apatah lagi tentang penyusuan bayi. Sebab tak ada adik-beradik yang berkahwin lebih awal daripada saya. Sayalah yang pertama kahwin, malah di antara sepupu-sepupu terapat saya, TAK ADA yang berkahwin lagi okey. So tak ada baby yang saya pernah dukung, tengok, jaga atau sebagainya. Sedih tak? Agak sedih kan. Haha.. Saya memang agak malu nak mengaku yang saya sebenarnya, nak dukung baby pun kekokkkk sangat-sangat. Tak pandai langsung. Aduhai teruk kan saya ni? Saya pulak anak bongsu. Jadi nak minat kat baby pun TIDAK la kan? Anak-anak sedara tak ada. Sepupu-sepupu pulak semua yang lebih dewasa, tak ada pun yang kecik-kecik baby-baby lagi. Yang sepupu-sepupu lebih dewasa pulak tak berkahwin pulakkk so tak ada la baby lain. (ada tu memang ada tapi sepupu yang jauh, tak rapat, jarang jumpa etc). Saya la antara yang paling muda dan saya jugak lah yang terlebih dahulu berkahwin, mengandung, dapat anak etc. Dan bila saya dah bersalin dulu tu, anak saya tu la satu-satunya baby dalam keluarga dan dalam saudara-mara paling rapat saya. Agak sadis la tapi yang bestnya, anak saya selalu jadi perhatian aunty aunty dan of course lah yang paling banyak dapat duit raya :-D.
Jadi disebabkan saya punya zero-knowledge ni, saya memang gelabah. Serius! Saya takut tak pandai. Takut tak pandai jaga baby, takut tak pandai jadi mak, takut nak handle peranan baru (kan bakal pegang title baru, peranan dan tanggungjawab pun bertambah) dan macam-macam lah. Ni belum pikir bersalin bagai. Heheh. Jadi, saya GOOGLE sebanyaknya dan BACA sebanyaknya setiap kali ada masa lapang di tempat kerja dulu. Biasanya waktu rehat la. Waktu makan tengah hari, saya hanya tapau makanan dan makan di workstation (meja office depan PC) dan membaca sambil makan. Saya baca kat blog-blog terutamanya blog panduan laktasi oleh pakar laktasi dan blog-blog penjagaan ibu dan bayi. Suka, best, dan banyaaak sangat ilmu baru yang dipelajari. Kadang-kadang kalau tak faham, saya rujuk kepada akak-akak atau group Facebook yang support ibu-ibu atau bakal-bakal ibu. LUASSS sangat perbincangan tentang motherhood dan babyhood ni (got such word? hehe). Alhamdulillah dah ada teknologi internet sekarang yang memungkinkan ibu BLUR macam saya ni untuk menimba ilmu pengetahuan dalam banyak perkara.
Satu lagi bab penyusuan. AllahuAkbar. Risau saya tak dapat melaksanakannya. Apatah lagi support from husband. Mampukah? Saya boleh banyak membaca sebab saya yang bakal melalui tempoh menyusukan itu. Tapi takkan saya seorang? My partner pun haruslah belajar juga kan? Tapi nak harapkan suami banyak membaca di blog-blog? Tak ada masa dan amatlah tidak kan? Hehe. Jadi apa yang saya buat, kebetulan saya terjumpa Breastfeeding Basic Talk atau namanya Kelas Asas Penyusuan Ibu (Breastfeeding and Antenatal Class) yang bakal dianjurkan Sarakids beberapa bulan sebelum saya bersalin, jadi tanpa fikir panjang saya terus daftar! Ajak suami sekali. Walaupun saya masih lagi blur apa yang bakal saya belajar tu kan. Tapi saya fikir saya perlu timba ilmu memandangkan ramaaai ibu-ibu yang selalu ada masalah dalam bab ni sebab tak pandai, tak reti, tak pernah cuba, tak ada siapa pernah ajar dan sebagainya. Oh gerun. So saya sanggup laburkan wang dan masa untuk dengar ceramah tentang breastfeeding. 
Satu lagi objektif saya sebenarnya nak cari jalan paling mudah supaya suami saya pun faham apa yang saya faham tentang selok belok penyusuan. Best kan? Tak perlu kita susah-susah nak educate suami kita. (suami pun bukannya nak dengar sangat lecture isteri kan? haha). So kita bawa je pergi dengar talk macam ni. Alhamdulillah selepas talk tu, suami saya turut faham dunia breastfeeding dan sepanjang tempoh saya menyusu anak pertama dulu, suami lah supporter terpenting dan terkuat saya tau! Tambahan lagi dia tahu fakta-fakta yang perlu diketahui kan macam cara untuk mengepam, jadual mengepam, cara simpan EBM, cara uruskan EBM, masalah penyusuan dan lain-lain. Semua pakar laktasi yang ajar! Best sangat-sangat. Bukan sebarang pakar tau, tapi Sarakids. Haaa ni lagi satu. Sarakids memang pakar dalam membantu ibu-ibu yang mengalami masalah menyusu anak mereka. Saya mendengar ceramah daripada kak Sara sendiri. Dan memang marvellous dan hebat orangnya. Alhamdulillah saya suka. Tapi saya tak pasti tentang jadual-jadual talk dia sama ada masih berterusan sampai hari ini atau tidak. Untuk anda yang berminat, boleh rujuk blog rasminya di www.sarakids.com .
Ni la Kak Farah, pakar laktasi yang menganjurkan kelas asas penyusuan untuk ibu. Puan Sara kalau baca ni, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak tau 🙂 hihi.
Saya cuba senaraikan faedah-faedah yang saya perolehi hasil daripada menyertai Kelas Penyusuan Asas untuk Bakal-bakal Ibu seperti yang dianjurkan oleh Sarakids :
1) Saya banyak mempelajari asas-asas tentang penyusuan, teknik-teknik, faedah, masalah dan cara penyelesaian untuk pelbagai perkara.
2) Saya banyak mempelajari tentang perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk membantu membanyakkan susu badan, atasi masalah anak tak pandai menyusu, pelajari cara betul untuk bantu anak menyusu
3) Saya banyak mempelajari apa yang bagus untuk saya amalkan contohnya pemakanan, support group ibu-ibu, nak rujuk kat mana kalau ada masalah.
4) Saya faham sendiri bagaimana menguruskan susu perahan atau EBM.
5) Alat-alat bantuan penyusuan (breastpumps etc)
6) Dan yang paling penting, suami saya juga turut faham kesemua di atas dan seterusnya memberi sokongan kepada saya terutamanya sebaik sahaja selepas saya melahirkan sehinggalah ke sepanjang tempoh penyusuan anak.
Syukur, Alhamdulillah.. Saya memang berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya secara ekslusif selama 6 bulan pertamanya, kemudian saya teruskan lagi sehinggalah usianya 2 tahun. Jujur saya katakan, saya tak ambil pun set penysuan Shaklee ke apa. Sebenarnya kalau ambil lagi baik, dan saya tahu tentang itu. Saya kalau ada lebih wang saya ingin beli. Tapi masa tu saya agak susah. Jadi saya amalkan minum susu, rebus kurma merah dan apa-apa yang namanya ‘natural remedy’. Saya masih boleh bertahan tapi jujur juga saya katakan, susu saya selalunya cukup-cukup makan. Biasa terjadi susu hari ini untuk esok dan tak ada simpanan pun. Itu lah saya yang sibuk bekerja (sebagai engineer semasa tu) dan adakalanya stress dengan kerja yang mungkin menyebabkan susu saya pernah merudum, pam keluar sikit, stok EBM sikit dan sebagainya, jika dibandingkan dengan ibu-ibu lain yang lebih hebat walaupun saya dah ikut aturan jadual mengepam yang sepatutnya seperti yang saya pelajari dalam Kelas Penyusuan (Breastfeeding Class by Sarakids). 
 Jadi kepada anda bakal-bakal ibu yang sedang mempersiapkan diri untuk menyusu anak nanti, atau anda bakal-bakal bapa yang ingin membantu isteri-isteri anda menyusukan anak anda nanti, nasihat saya secara ikhlas, anda mesti tuntut ilmu. Dan anda mesti tuntut ilmu dengan orang yang pakar iaitu Pakar Laktasi. Kat Malaysia ni ada raaaaamai pakar laktasi yang sedia membantu ibu-ibu macam anda tau. Ada support group mereka di kawasan-kawasan di seluruh Malaysia ni. Mereka akan sedia membantu dan mereka bantu tanpa mengharapkan wang pun. Mereka selalu adakan sesi-sesi perkongsian dengan ibu-ibu yang menyusu dan adakan kelas-kelas asas penyusuan bayi ini. Yes anda tentu boleh membaca di blog-blog, tapi ia takkan sama dengan kelas yang anda hadiri sendiri. Kalaupun anda tak menjumpai kelas breastfeeding di sekitar anda, anda boleh mengikuti kelas Antenatal yang dianjurkan oleh hospital-hospital di sekitar anda. Biasanya ada sepanjang tahun. Semasa anda bawa isteri untuk check-up di hospital, tanyalah kepada doktor atau jururawat, ada tak kelas antenatal yang hospital ni anjurkan? Biasanya ADA. Anda mesti tanya okay?
Untuk kelas Antenatal ini, topik-topik yang dia cover lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada breastfeeding sahaja. Jadi kalau nak cakap pasal antenatal class, saya kena buat entry lain. Hehe. Sebab saya dah pernah hadiri 2 antenatal class :-). Saya suka. Suami saya pun suka. Anda takkan rugi malah akan rasa sangat best dan bersyukur. Banyak perkara yang boleh anda pelajari termasuklah teknik-teknik pernafasan ketika sakit bersalin dan ketika sedang bersalin! Perkara ni boleh anda belajar dengan hanya membaca di blog-blog atau buku? TIDAK okay. Anda mesti berjumpa dengan pakarnya. :-). Saya sendiri, walaupun saya dah pernah hadiri kelas antenatal semasa bakal melahirkan anak pertama saya, saya dan suami saya tetap mencari kelas antenatal sekali lagi semasa saya bakal melahirkan anak kedua kami. Sebab? Kami suka menuntut ilmu. Kami suka menimba ilmu. Kami dapat prepare mental dan fizikal kami bersama-sama. Kami dapat spend time with each other. Kami juga dapat re-fresh semula pengetahuan kami sebelum ini. 
Syukur saya melalui pengalaman yang bahagia bersama suami dan kedua-dua anak kami. Tiada istilah menyesal kerana tak berjaya menyusukan anak kami. Anda pula, lakukan keputusan bijak ya dengan menghadiri kelas-kelas penyusuan dan antenatal yang dianjurkan oleh hospital atau pakar-pakar laktasi di sekitar anda. :-). Sebaiknya 2-3 bulan sebelum anda bakal melahirkan.
Nota kaki : Anda ingin mempersiapkan diri ketika mengandung, sebelum bersalin dan untuk menyusu nanti, lengkapkan lah diri dengan nutrien-nutrien penting untuk diri anda sendiri yang bakal melalui fasa-fasa yang penting dalam hidup seorang wanita, dengan mengambil supplemen-supplemen kesihatan seperti B Complex, Obimin atau multivitamin, Vitamin C, Folic Acid dan Iron (ferrous fumarate) yang diberikan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (jangan mengelat tak nak makan tau. Semua tu penting). Nak lagi best dan berkualiti seperti ibu-ibu lain yang dah pernah mencuba, cuba lah set kehamilan Shaklee, set bersalin Shaklee atau set berpantang Shaklee dan juga set menyusu Shaklee. Subhanallah, memang terasa kelainannya. Badan kita ni satu je. Nak pakai lagi pulak tu (nak anak lagi la in the future hehe) jadi haruslah jaga sebaiknya. Lagi satu, siapa tak sayang suami kan? Jadi, jagalah badan, jagalah kesihatan, tuntutlah ilmu, laburkanlah wang untuk diri anda sendiri, sebagai hadiah untuk anda sendiri :-). Anda juga tentunya memerlukan jamu-jamu atau supplemen tradisional yang lain. Semua itu baik untuk anda.
Selamat menempuhi fasa yang penuh pengalaman manis dan mencabar ini ya, bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa, pembaca-pembaca blog saya 🙂 Aamiin. Moga dipermudahkan urusan anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge