Membina Generasi Al-Fateh

By | 05/03/2017

MEMBINA GENERASI AL-FATEH

Makam Sultan ke-5 Empayar Turki Uthamaniyyah di Bursa, Turki

Last Thursday night, saya ngan suami sempat la attend satu kuliah parenting. Jauh we all travel. Sampai ke Gombak sana. We all dari PJ.

Parenting talk ni disampaikan oleh Ustaz Syaari Abd Rahman. (Popular dalam Segmen Ibrah IKIM)

Ni bukan first time kami dengar talk beliau. Sebab kami pernah attend Seminar beliau dengan Puan Lina Karim yang famous dengan didikan Al-Quran kepada anak-anak dia.

In fact, atas sebab pendedahan Ustaz Syaari pasal Sultan Mehmed II (Al-Fateh) jugak lah, kami berminat nak pergi ke Istanbul, Turki tahun lepas.

That night, kami dengar sambil teringat-ingat tempat-tempat yang kitorang lawat.

That’s why, sangat beza tau kalau kita just baca, dengar, dengan kalau kita lihat depan mata sendiri.

Saya nak share Tips Parenting Gaya Al-Fateh ini yang disampaikan oleh Ustaz Syaari.

Besarkan anak dengan iman

Pahatkan dalam jiwa anak, yang hidup ni ada tujuan. Untuk kita serius.

Supaya, mereka tak jadi macam remaja-remaja lain yang main-main. Takde hala tuju.

Konsisten ingatkan.. Tujuan hidup ni apa. Kejar Allah. Cita-cita kita adalah Allah dan Rasul. Pegangan kita Islam.

Ada perkara yang kita boleh main-main. Tapi ada perkara yang kita kena serius.

Seperti Sultan Murad yang dah pahatkan dalam fikiran Al-Fateh sejak kecil tentang hadis Nabi. (Tentang pembukaan Constantinople)

Jangan letakkan potensi anak dengan mengikut peringkat umurnya saja

Jangan tetapkan Form 5 SPM kena straight As. Lepas SPM kena sambung apa.

Instead, biarkan anak matang lebih awal. Berikan experience. Belajar banyak perkara. Tahu ke mana hala tuju. But then let them define themselves.

Macam Al-Fateh, pada usia 12 tahun ayah dia dah suruh dia jadi sultan. Untuk cari pengalaman.

Next masa dia jadi Sultan semula pada usia 19 tahun, dia dah belajar banyak benda sebab dah belajar daripada kesilapan. Jadi dia cepat matang.

So parents, berikan ruang kepada anak untuk experience.

Be a good motivator to your child

Ayah Al-Fateh (Sultan Murad) Sultan yang sangat busy. Nama pun Sultan dalam Empayar Uthmaniyyah. Busy lah perang sana sini.

So dia takde masa nak ajar n motivate anak. Dia lantik guru yang merangkap motivator untuk Sultan Fateh.

Hanya lepas motivation guru Sultan Fateh ni lah, Sultan Fateh bertindak luar biasa dengan mengarahkan 72 buah kapal perang diorang ditolak naik bukit.

So just imagine, what motivation can do to your child. And never underestimate what motivation can make your child become.

So parents, anak-anak kita perlukan motivation, rangsangan, semangat. Semua ni untuk jadikan diorang orang yang melakar sejarah pada masa depan.

Be careful with what we say to them.

Ajarkan anak berjiwa besar

Kenali peta dunia. Kenali dunia di luar lingkungan yang biasa sehari-harian. Travel. Learn about people. Places. The world.

Banyakkan juga momen indah masa kecil. Supaya anak akan ingat bila dia dah besar dan termotivasi.

Biarkan anak melukis. Sebab ia akan mengembangkan imaginasi anak & aktifkan otak kanan anak.

Didik anak bertindak dengan apa yang diyakini

Sultan Al-Fateh tidak hanya nampak hadis Nabi tu sebagai orang lain. Tapi dia yakini, dia lah yang boleh menawan Constantinople.

Being a leader, dia la yang perlu yakin. And his people really were the greatest and the real believers. Exactly seperti hadis Nabi.

✅ Didik anak bekerja berpasukan

Bukan hanya pandai dalam exam. Bukan hanya pandai atas kertas. Tapi mesti tahu cara menguruskan emosi. Berhadapan dengan orang. Dengan musuh. Fahami pelbagai bahasa. Bahasa musuh. Bekerjasama dengan orang lain. Supaya macam Al-Fateh, rakyat dia sangat taat.

Imagine, nak tolak & tarik kapal naik bukit, sejauh lebih 4km, in 12 hours at night, hanya tentera yang terhebat je yang boleh buat. Bukan setakat kuat badan, tapi juga kuat iman.

Sultan Al-Fateh memang sultan yang dikagumi.

Tapi yang juga dikagumi adalah didikan yang dia terima oleh ayah dan guru.

So, parents ada peranan besar.

Tapi, tak kira lah seberapa banyak ilmu parenting yang kita belajar atau yang kita ada. Sebab kalau didikan kita takde kasih sayang, parenting skill kita ni akan terus gone. Sebab tu, kasih sayang la yang paling penting antara semua skill parenting…

Let us become the parents that our children needs.

InshaaAllah..

Photo:

Masa pergi ni tak faham siapa sultan ni. Tapi saya baru tahu… Ini la kawasan makam Sultan ke-5 Empayar Turki Uthmaniyyah di Bursa, Turki. Sultan Mehmed I Celebi. Datuk kepada Sultan Al-Fateh.

Kami visit makamnya, memang lain. Ada mehrab. Beliau wasiatkan untuk binakan mehrab ni supaya bila orang ziarah kuburnya, orang tahu, ini adalah kubur orang Islam. Dan kubur ni, beliau gali sendiri dengan tangan. Tiap kali sebelum nak pergi perang, dia akan ziarah kubur dia ni sendiri dulu..

The great Uthmaniyyah empire.

Turki is a must place to go to all Muslims. Pergi la dengan ilmu sejarah dulu. Mesti dapat pengalaman yang sangat best!

8 thoughts on “Membina Generasi Al-Fateh

    1. syahida Post author

      Terima kasih. Semoga bermanfaat. Ha’a. harap lebih ramai generasi Al-Fateh dapat kita sama-sama bina.

      Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih. Memang betul. Semua pihak mainkan peranan. Ibu bapa, guru, sama-sama berganding bahu. 😉

      Reply
    1. syahida Post author

      Kan… Memang sangat mengagumkan. Sejarah yang mesti kita dalami…

      Reply
    1. syahida Post author

      Semoga bermanfaat. Saya hanya menyampaikan 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge