Hai Assalamualaikum!! Ada tak di antara anda yang selalu rasa letih-letih, badan berbau, perut buncit, cepat mengantuk, rasa lesu, tak cergas dan selalu lemau, jalan skit cepat penat, muka juga nampak sangat kusam, pucat dan badan rasa malas je. Ada? Kalau ada, ini simptom biasa yang menunjukkan badan anda telah dipenuhi dengan banyak toksin. Toksin ni ambil masa untuk berkumpul. Bayangkan kita tak pernah pun detoks badan selama kita hidup? Maksud saya detoks dengan sebenar-benarnya menyeluruh. Maka akibatnya toksin akan terkumpul di dalam badan. Maka jadi la simptom-simptom tak sihat pada badan kita ini. Jika tak sihat di dalam, apa yang terserlah juga tidak sihat.
Detoks Badan : Detoks Secara Holistik
Detoks badan secara holistik ini merangkumi detoks badan secara keseluruhan yang melibatkan gaya hidup, pemakanan dan dibantu dengan supplemen supaya mendapat kesan detoks yang paling optimum.
Tujuan Detoks
- Supaya badan rasa lebih ringan, sihat dan bertenaga.
- Mahukan kulit yang kelihatan cantik berseri, sihat, tidak berminyak, kurang berjerawat dan tidak terlalu kering.
- Mahu menyingkirkan bau badan dan mendapatkan nafas yang lebih segar.
- Untuk mempertingkatkan fokus minda, pemikiran yang lebih jelas, dapat memberikan tumpuan yang lebih lama serta ingatan memori yang lebih bagus.
- Ingin mempunyai sistem penghadaman yang sihat.
Detoks Badan : Kenapa Kita Perlu Detoks?
Kita mempunyai banyak cabaran, khasnya daripada makanan dan persekitaran.
Contohnya,
- Pencemaran udara
- Udara yang tercemar ni memang sukar dielakkan.
- Setiap hari kita akan menghirup udara yang telah dicemari oleh banyak bahan chemical yang dikeluarkan oleh kenderaan mahupun kilang-kilang di sekitar.
- Pencemaran air
- Biasanya kita susah nak kesan pencemaran air ni sebab kita tak nampak sangat.
- Sebenarnya salah satu penyebab pencemaran air ni adalah daripada udara yang tak bersih juga.
- Begitu juga dengan bahan kimia yang datang daripada racun pertanian seperti racun serangga dan racun perosak yang masuk ke dalam tanah.
- Racun serangga
- Biasanya dari segi pemakanan kerana apabila kita mengambil buah dan sayur-sayuran yang telah disembur dengan racun serangga, kita sedang menambahkan toksin yang berkumpul di dalam badan kita.
- Pemakanan tidak sihat
- Yang paling susah diatasi kerana makanan akan terus masuk terus ke dalam sistem penghadaman.
- Sekiranya makanan yang kita ambil adalah tinggi dengan bahan-bahan pengawet, pewarna, minyak yang dikitar semula, semuanya akan menyebabkan badan kita mengumpulkan toksin yang SUSAH untuk dikeluarkan.
- Orang yang merokok
- Nikotin dan bahan kimia yang tinggi yang terkandung dalam rokok juga akan menyebabkan toksin berkumpul di dalam badan.
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Terutamanya hidup yang tertekan dan kekerapan kita stress dalam sehari.
- Boleh juga melihat jumlah jam yang kita tidur dalam sehari.
- Pengumpulan toksin akan meningkat sekiranya tekanan hidup semakin meningkat.
- Habit setiap hari
- Kuantiti air yang diminum setiap hari adakah mencukupi 2-3 Liter air?
- Adakah bersenam 3 kali seminggu?
- Adakah kita membuang air besar setiap hari?
- Jika jawapan kesemuanya tidak, itu bermakna badan kita mengandungi toksin.
Apa yang akan berlaku kepada badan kita?
- Berat badan semakin bertambah, walaupun anda tak makan banyak. Anda gain weight tanpa sebab.
- Ada masalah sembelit. Dari najis kita boleh lihat sama ada badan kita sihat atau mengandungi banyak toksin.
- Mempunyai kulit kusam dan bermasalah jerawat, atau pertambahan jerawat secara mendadak.
- Kita akan merasa tertekan dan stress apabila toksin terkumpul.
- Badan kita cepat letih disebabkan organ dalam badan kita letih. Badan kita tak dapat nak handle. Kita akan cepat mengantuk dan tak dapat buat aktiviti lebih
- Keinginan makan yang tinggi tanpa henti.
- Hanya mampu fokus dalam masa yang singkat. Tak mampu memberi tumpuan. Memori juga semakin berkurangan.
Jadi sekiranya toksin dalam badan kita berkumpul, penyerapan nutrien daripada makanan akan berkurangan. Maka keinginan makan akan menjadi tinggi.
Kemudian badan kita akan mudah jatuh sakit akibat organ susah nak buat kerja.
Kita juga akan alami kesukaran untuk tidur. Ini semua adalah petanda badan kita telah mengumpulkan toksin.
Detoks Badan : Sistem badan yang bekerja menapis toksin di dalam badan agar keluar daripada badan.
- Kolon
- Akan bantu mengeluarkan najis atau toksin di dalam badan termasuklah parasit dan bakteria
- Buah pinggang
- Bantu menapis kekotoran dalam darah dan mengeluarkan kekotoran yang tidak perlu dalam darah
- Hati
- Melakukan 80% proses detoks yang akan mengeluarkan racun daripada darah kita
- Limfa
- Sistem limfa ini akan bekerja apabila sistem antibodi kita tak dapat bekerja melawan toksin dalam badan
- Peparu
- Mengeluarkan gas karbon dioksida, iaitu gas yang tidak diperlukan oleh badan.
- Kulit
- Mengeluarkan peluh daripada liang roma.
Apabila toksin memasuki melalui kolon atau peparu, pada mulanya hati akan melakukan lebih kerja untuk menyingkirkan toksin kerana hati melakukan 80% proses detoks.
Dan apabila hati kita bekerja terlalu keras, sistem kita tidak mampu menampung toksin yang memasuki badan. Pengumpulan toksin ini pula akan menjejaskan kesihatan kita.
Apakah kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh toksin?
- Kulit alergik
- Kulit kusam
- Sembelit
- Sakit kepala
- dan lain-lain
Ini disebabkan toksin yang keluar daripada badan adalah terlalu sedikit. Sebab organ badan tak dapat berfungsi dengan bagus.
Detoks badan : Optimumkan Fungsi Sistem Penyingkiran Badan Anda
Sekiranya anda mengambil nutrien yang perlu oleh badan anda, ia akan membantu badan anda menyingkirkan toksin.
Di antara ramuan yang baik untuk detoks termasuklah:
- Daun senna
- Peppermint
- Schizandra Chenensis
- Dandelion
- Cendawan Reishi
- Alfalfa
- Polifenol
- Artichoke
- Milk Thistle
- Kunyit
Detoks badan secara alami dengan Set Detoks Shaklee
Shaklee menawarkan Set Detoks Shaklee iaitu merupakan set supplement yang semulajadi, langsung tidak mengandungi bahan kimia apatah lagi bahan pengawet, perasa tiruan mahupun pewarna.
Set detoks Shaklee ini merangkumi detoks badan secara menyeluruh ke atas sistem tubuh.
Secara ringkasnya, supplement dalam set ini berfungsi sebagai :
Herblax – Daun Senna adalah herba yang sangat mesra dengan kolon. Ia membantu mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan proses pencernaan. Daun Senna memang terkenal dari zaman dahulu kala sebagai julap lembut. Ia sangat baik untuk mendetoks perut dan usus daripada toksin dan kerak najis dengan berkesan.
Alfalfa – Dikenali sebagai bapa segala tumbuhan. Ia tinggi alkali untuk bertindak balas dengan asid yang dihasilkan olek toksin. Juga membatu menurunkan berat badan berlebihan.
Peppermint Ginger – Ia digunakan secara tradisional untuk melegakan ketidak selesaan perut dan rasa kembung dan berangin.
DTX Complex – Kaya dengan herba yang dikenali sebagai “Liver Tonik” – Milk Thistle. Ia membantu mengembalikan tenaga dan membantu kulit lebih cantik dan berseri!
Vivix – Kaya dengan Polyohenol yang tinggi ANTIOKSIDAN. Tonik paling baik untuk meningkatkan tenaga dan bertindak sebagai agen anti-penuaan.
Program Detoks Shaklee yang Eksklusif kerana Detoks Badan secara Menyeluruh
Detoks program ni sangattt eksklusif sebab detoks secara holistik (menyeluruh).Β Kalau sebelum ni kita detoks usus sahaja, atau detoks hati sahaja, tapi yang Shaklee perkenalkan adalah detoks seluruh sistem badan. Keseluruhannya tau!

Kebanyakan program detoks badan hanya tertumpu kepada detoks usus sahaja. Jadi program detoks Shaklee memperkenalkan detoks secara holistik, merangkumi keseluruhan sistem tubuh badan kita
Detoks usus sahaja dengan HerbLax.
Detoks hati sahaja dengan DTX Complex.
Jadi dengan set lengkap detoks Shaklee, ia akan membantu tubuh badan kita detoks secara menyeluruh.
Dengan pembelian set detoks, kita akan dapat detoks plan 7 hari dan meal plan 30 hari.
Ini bermakna, anda akan mengikuti Menu Sihat dari hari pertama hingga hari ketujuh, sambil mengambil supplement sebagai nutrien tambahan untuk mengoptimumkan proses detoks.
Detoks bukan buang vitamin atau nutrisi daripada badan kita tau. Tetapi detoks membuang toksin yang tak diperlukan.
Best tau rasa badan bila segala toksin berjaya disingkirkan. Dalam tempoh 7 hari Meal Plan detoks tu, macam-macam la yang kita akan rasa nanti. Mungkin kerap berpeluh, kerap ke tandas. Semuanya akan bergantung kepada tahap toksin yang ada dalam badan masing-masing.
Dengan setiap pembelian Set Detoks ini, saya akan berikan menu 7 hari untuk program detoks. Jadi anda akan makan secara sihat sambil detoks.
Meal plan yang akan diberikan ni, anda akan perlu ikuti selama 7 hari sahaja. Ia merangkumi memakan banyak sayur hijau, buah-buahan, sayur-sayuran berwarna, sama ada dalam bentuk mentah atau masak sup, kemudian ditambah dengan protein pada hari yang ketujuh.
Kenapa hanya sayur dan buah?
Sebab program detoks Shaklee ni betul-betul nak bantu keseluruhan sistem tubuh badan kita termasuk semua organ-organnya sekali terdetoks sama.
Jadi kita bukan hanya bergantung kepada supplement, tapi kita totally tukar seluruh menu makanan kita dari sarapan sampai ke makan malam agar hanya makan makanan yang sihat dan menyihatkan saja. Kan nak detoks? Jadi dalam tempoh 7 hari tu, memang badan kita dapat sayur, buah dan protein sahaja. Inilah namanya eat clean. VERY very clean!
Berikan peluang kepada badan kita untuk rehat daripada toksin! So kita bagi dia sayur je π
Kesan Selepas Program Detoks Secara Holistik
Memang masa sepanjang program detoks ni agak perit. Maklumlah makan sayur dan buah je! Mentah atau tawar. Tapi percayalah, hasilnya akan sangat best. Sangat-sangat best! Tubuh badan kita akan transform jadi bersih dan bebas toksin, ringan, sihat, lebih kurus, kita pun rasa lebih cergas dan lebih bertenaga! Itu lah hasilnya bila badan kita dah berjaya singkirkan segala toksin yang dah lama terperap dalam badan kita.
Dan akhirnya selepas detoks, segala organ kita dapat berfungsi seperti normal semula. Ibarat macam kita RESET badan kita dan SERVIS badan kita lah. Jadi bukan sahaja perut dan usus, malah organ hati kita, organ buah pinggang kita, kulit kita, dan kesemua sistem organ kita seperti sistem peranakan, sistem perkumuhan, sistem pencernaan dan sistem peredaran darah kita semua bekerja dengan lebih baik, lebih berkesan dan lebih sempurna.
Kita akan perasan jerawat kat wajah kita pun dah semakin berkurangan, perut kita pun dah semakin kempis, badan pun dah kurang gelebeh, badan terasa sangat lebih ringan, dan bau badan pun dan berkurangan.Β
Penutup
Haa, best ke tak best? Mestilah best! Sampai bila kita nak biarkan badan kita selama-lamanya lesu dan dipenuhi toksin je kan? Kalau tak nak biarkan, saya highly suggest, cuba lah Program Detoks Shaklee yang Holistik ni. Ia memang dah direka khas menekankan proses detoks kepada SELURUH sistem tubuh badan kita. Tidak hanya tertumpu kepada detoks perut atau detoks usus sahaja.
Berminat untuk dapatkan Set Detoks Shaklee? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.
Wan Syahida Kahar
SID 1143254
012-6753078
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Twitter: gumarabicfood
Cara detoks memang berkesan untuk mengurangkan rasa letih badan.
Betul tu!
best detox. rasa sihat je
badan bersih, sebab tu sihat π
Twitter: mamapipie
Bila dah Ada tanda2 cepat2 Kita detox badan kita
lagi cepat lagi bagus π
SETUJU
terima kasih π
Ramai juga yang masih tidak arif tentang masalah detoxication ini, sebab ia tidak nampak cuam akan dirasai oleh badan individu sendiri. Baik juga dikesan & dirawat pada peringkat awal bagi mengelakkan masalah2 lain yang bakal berlaku dimasa akan datang. Thanks share π
Betul, tepat sekali. Rugi siapa yang tak nak mendetoks badan dia sendiri..
Twitter: mamapipie
Kita mmg perlu details ni Kan sebab sekarang byk punca pencemaran Dan terdedah kpd anasir luar
Kena banyak ambil tahu sebab kalau tak, kita gak yang merana dan sakit.
terbaik sekali selalu buat detox
raihanah recently posted…Diabetes Penyebab Masalah Buah Pinggang
ye macam kak anah.. hehehe
Twitter: mamapipie
Kena buat details utk keluarkan toxin Dan benda yg bdn x perlu
Mama pipie recently posted…Instant Shawl Giveaway by Mamapipie
ha’a diri sendiri kena ambil tahu π
bila kena caranya mmg terasa ringan badan
ha betul tu π
Twitter: mamapipie
Byknya rupanya kena detox ye, Ingatkan perut je.. rupanya kulit,peparu,buah pinggang etc pun
Mama pipie recently posted…Sate kajang hj Samuri Shah alam dah kena bayar bila tambah kuah
ha of course, sebab organ yang mengkumuhkan bahan buangan kan.. jadi dia penat dengan toksin. heheh
Twitter: raydahpotpet
betullllllll setujuuu
hi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
OK!
Twitter: permatabiru0310
wajib berdetok untuk sihatkan badaN
Ya marilah kita berdetoks dan beringat π hehehe
Twitter: mimiazirah
Memang kalau simptom mcm tu kena detoks bdn kan. Kdg kdg mkn mcm mcm dan terdedah dengan persekitaran yang tak sihat, bdn mudah sakit, letih dan tak bermaya. Memang kena detoks
Ha’a betul… Kena disiplin sendiri untuk detoks mengikut rutin. Nak seminggu sekali ke, sebulan sekali ke..
ramai org detoks dgn cara yg salah yg akhirnya jd cirit birit dan skt perut berpanjangan
Oh ya. Betul jugak tu. Tak selesa pulak pada perut.
terbaek π
Yezza terima kasih.
Banyak kebaikan detox untuk badan kita. Tp kena detox dgn cara yg betul lah kan.
Ya betul tu :). Ikut cara yang ahli nutrisi ajar π
Kita mkn macam2 klau x detox akan datangkan penyakit
Ya betul tu. Kalau tak pernah detoks seumur hidup, toksin tersimpan di dalam badan bertahun-tahun..
Pingback: Azam Baru Untuk Hadapi Tahun 2019 • SyahidaShukri
Twitter: atiehilmi
wahhhhhh.. saya penggemar kopi.. nampak nya kena detoks lah ni.. hee~
atiehilmi dot com recently posted…RAWATAN HYDRA OXY GLOW C β TREND KECANTIKAN WANITA ASIA
Hehehhe… saya pun penggemar kopi!! Sekali sekala je detoks π
Twitter: sna-aai
Ok..gud info
Semoga bermanfaat ye π