Ajaibnya Rawatan Stim Bawang Putih Untuk Mengurangkan Hidung Berair Pada Bayi

By | 03/10/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Dua hari lepas, tiba-tiba sahaja anak saya yang berusia 3 bulan setengah bersin-bersin dan berair hidungnya setelah bangun pagi. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi pada masa itu. Cuaca ketika itu biasa sahaja dan malam sebelumnya tak hujan pun. Disebabkan situasi anak saya itu, saya fikir, tak perlu mandikannya seperti biasa sebab bimbang anak saya kesejukan. Jadi saya hanya lap-lap sahaja badannya dengan kain yang direndam dengan air suam. Setelah itu saya menyusukannya seperti biasa. Tapi entah kenapa selepas itu anak saya menangis-nangis. Saya fikir, mungkin dia tak selesa dengan hidungnya tu yang masih berair. Sekali-sekala dia akan bersin.
Saya tetap terus cuba menyusukannya dan ‘burp’kan supaya dia kenyang dan kurang menangis. Kemudian terus saya ke dapur untuk memasak air dan menghiris bawang putih. Tak banyak pun. Dalam 3 ke 4 ulas je. Saya ambil kuali yang kecil dan panaskan hirisan bawang putih saya. Titiskan sedikit minyak habbatussauda ke dalamnya dan kacau-kacau sikit. Air yang dah masak tadi saya masukkan ke dalam satu bekas loyang segiempat. Bawang putih dengan minyak habbatussauda tadi saya masukkan ke dalam air yang sama tu. Kemudian saya teringat yang saya ada biji habbatussauda, jadi saya taburkan sedikit ke dalam air panas tu juga. Buat ‘test’ bau sikit, emm ok dah ni, saya fikir. Siap dah stim bawang putih saya.
Saya dukung bayi saya ke dapur dan dekatkan mukanya ke atas loyang tu. Tak dekat sangat sebab bimbang terkena air panas tu. Hanya sekadar dapat menghidu wap air yang mengewap ke atas. Tak lama saya stimkan anak saya sebab saya pun lenguh nak tunduk lama-lama. Tak sampai 10 minit. 
Setelah saya bawakan kembali anak saya ke bilik, tiba-tiba sahaja dia bersin lagi. Kali ni habis keluar semua lelehan air daripada hidungnya. Saya pun lap. Lepas tu, Alhamdulillah hidungnya langsung dah tak berair lagi. Dia pun dah tak bersin lagi. Alhamdulillah. Pakai ubat semulajadi sahaja. Di samping menyapu ubat ‘Vicks’ kepada tapak kaki bayi sebelum memakaikannya stokin. 
Berdasarkan pengalaman anak pertama saya dulu, amat susah rasanya nak berikan ubat bila setiap kali anak saya jatuh sakit. Jadi kali ini, berair sikit je saya dah ‘trauma’ dan cepat-cepat carikan rawatan untuk anak saya yang kecil ni. Alhamdulillah menjadi dan mujarab. Sekurang-kurangnya tidaklah lama hingusnya dan tak menjadi teruk kan. 
Cuba la buat stim bawang putih ni. ‘Simple’ sangat. Mana tau ia berkesan juga buat anak anda. Saya pernah juga buat dengan kaedah yang sama untuk melegakan batuk-batuk suami saya. Selepas suami saya hidu stim bawang putih ni, terus dia batuk kuat dan dapat buang banyak kahak. Lega la sikit. Nak lebih berkesan, buat selalu-selalu. Insya Allah ia dapat menjadi ubat yang paling mudah dan cepat buat sakit-sakit selsema, bersin dan batuk berkahak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge