Ujian Demi Ujian Kepada Rakyat Malaysia

By | 13/03/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Hari ni Allah menguji saya dengan sakit tekak dan selsema yang tidak begitu menyenangkan. Sebenarnya sejak petang semalam. Saya fikir saya telah terjangkit daripada suami saya yang baru sahaja dah sembuh daripada sakit tekak dan selsemanya. Itu la kan, walaupun kita hanya duduk di rumah sahaja dan tak ke mana-mana sangat melainkan keluar dengan sangat terhad, tapi kalau Allah dah inginkan begitu, kat mana-mana sahaja kita boleh terjangkit dan jatuh sakit. Harap ini adalah kaffarah kepada saya dan mudah-mudahan saya dapat terus istiqamah merendah diri kepada Allah.
Jerebu menyerang lagi. Memandangkan isu semasa kini banyak tertumpu kepada isu kehilangan pesawat MH370, maka isu jerebu tak pernah disebut. Sedangkan isu pilihanraya pun jauh tenggelam, apatah lagi isu jerebu, kan. Sekarang terlalu banyak dugaan. Bermula dengan kemarau panjang dan tak hujan-hujan, kemudian jerebu, masalah ketiadaan air, tiba-tiba kehilangan pesawat dan penumpangnya, dengan imej negara menjadi terjejas dan ketahanan negara kelihatan seperti sangat-sangat lemah, terutamanya dalam mencari dan menyelamat pesawat yang kehilangan. Satu persatu Allah uji rakyat Malaysia. Berkenaan pesawat ini, ramai orang dah tak dapat bersabar lagi dengan isu ini kerana maklumat yang disampaikan terlalu lambat, mungkin kerana pencarian yang terlalu lambat atau mungkin juga ada maklumat yang sedang disembunyikan kerajaan. Akibatnya, spekulasi banyak timbul. Kita pun pening dan runsing memikirkan masalah dan misteri yang belum berkesudahan ni. Apa pun, tetap la terus berdoa dan berharap agar pesawat MH370 dan penumpangnya sebenarnya tak apa-apa dan sedang berada di lokasi yang selamat sekarang. Hanya mungkin ada halangan tertentu yang kita tak tahu. Saya hanya memikirkan mangsa yang lemah dan tak tahu apa-apa kalau ya pesawat di’hijack’. Dah masuk hari keenam, sangat kesian memikirkannya. Tak dapat bayangkan kalau kita yang berada dalam pesawat tu.. :'(
Semoga ada petunjuk baru pada hari ini, dan semoga ada perkembangan positif yang baru. 
#pray4mh370
===

*** PROMOSI *** Pakej Belajar Cepat Membaca Al-Quran

4 Item:
1) VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 – Mengenal Huruf Alif Ba Ta
2) VCD Lagu Al-Furqan – Mengenal Sebutan Alif Ba Ta di dalam Al-Quran
3) Puzzle Alif Ba Ta – Seronok Belajar Alif Ba Ta Huruf Sambil Bermain
4) Buku Mewarna Al-Furqan – Seronok Mewarna Sambil Belajar Sebutan Al-Quran

PERCUMA: 2 POSTER ABJAD & NOMBOR (selagi stok masih ada – siapa cepat dia dapat)

*** TERHAD *** 7 sets sahaja utk 7 orang pertama

Hanya RM55 PERCUMA POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

Cara Tempahan:

PM kami – Klik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk info pembayaran ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

STOK HABIS, PROMOSI TAMAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge