Tips Menidurkan Anak Kecil Anda

By | 08/01/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Sumber foto : Carian Google dan Koleksi Produk

Bismillah.

Apakah aktiviti yang biasa anda lakukan bersama anak kecil anda sambil menunggu anak anda tidur pada malam hari? Kalau anak sememangnya dah mengantuk dan dah nak terlelap, boleh saja tepuk-tepuk dan dodoikannya dengan zikir yang berirama, berselawat, menyanyi dan sebagainya. Tapi kalau matanya masih berjaga, ibu bapa boleh membacanya buku cerita dengan buku cerita kanak-kanak bergambar sehinggalah matanya berat dan mengantuk. Anak-anak kecil sukakan rasa ‘secure‘ dan rasa dilindungi dan disayangi sentiasa. Setelah seharian ibu bapa amat sibuk menjalankan pelbagai tugasan dan mencari rezeki di luar, jadikan waktu malam sebagai waktu khusus untuk anda meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Waktu ini juga elok untuk melatih anak kecil anda membaca doa sebelum tidur. Jadikan ia rutin setiap malam. Lama-lama anak anda akan mudah menghafalnya. Ambil juga waktu menidurkan anak ini untuk membacakannya Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah 3 Qul, Surah Al-Insyirah serta zikir Fatimah (33 x Subhanallah, 33 x Alhamdulillah, 33 x Allahu Akbar) berserta doa-doa yang diajar Rasulullah S.A.W dan tiupkannya pada ubun-ubun anak-anak dengan niat dan harapan agar anak-anak membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berakhlak mulia dan terang hatinya.

Dengan berkat doa ibu bapa dan amalan yang dijadikan rutin ini, Insya Allah, anak-anak membesar dengan acuan Islam, mudah-mudahan.

Semoga mendapat manfaatnya. 🙂

Berminat mencari softbooks yang selamat untuk si kecil anda? Dapatkan Pakej Softbook Bayi Bijak kami yang berharga RM 94 (tidak termasuk kos pos laju).

Terdiri daripada softbook From Alif to Ya, Mengenal Abjad dan Mengenal Angka yang setiap satunya berharga RM 35. Dapatkannya dalam bentuk pakej agar anda lebih jimat.

Kos pos laju : RM 6.

Jumlah : RM 100 (termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia).

Untuk sebarang order dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 .

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge