Tips Ketika Menghadapi Musim Panas

By | 05/02/2014
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Sejak kebelakangan ini, cuaca tiba-tiba menjadi lebih panas dan bahang. Kalau beberapa hari sebelum ini, cuaca terasa sejuk, namun tiba-tiba ia berubah. Akibat daripada perubahan cuaca yang tidak menentu ini, saya lihat ramai kanak-kanak malah ibu bapa dan orang dewasa juga yang mengalami sakit-sakit, batuk serta demam. Tekak saya juga berasa kering. Macam nak demam jugak ni.
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil agar mencegah daripada demam dan sakit pada cuaca sebegini, eloklah kita banyakkan meminum air dan menggalakkan anak-anak kita juga meminum air dengan lebih banyak. Jika sakit tekak atau selsema, cepat-cepat minum lebih banyak air dan jika perlu, ambil lah ubat-ubatan yang disarankan doktor. Demam, selsema dan batuk ni memang mudah merebak. Lebih-lebih lagi bila anak-anak kita bergaul dengan rakan-rakan di sekolah atau tadika. Jika anak kita demam, elakkan daripada menghantar mereka ke sekolah agar ia tidak merebak kepada pelajar lain.
Berikut adalah sedikit tips ketika menghadapi musim panas. Semoga anda dapat memperoleh manfaatnya. :
1. Memakai pakaian yang nipis dan ringan serta berwarna cerah.

2. Mengelak daripada udara panas pada siang hari. Lindungi diri dan keluarga dengan tetap berada di tempat yang teduh di samping meminum banyak air.

3. Memakai topi atau selalu menggunakan payung ketika di luar agar terlindung daripada sinar matahari yang terik dan berbahaya.

4. Selalu membasuh tangan agar terhindar daripada kuman yang mudah terhasil daripada peluh pada badan.

5. Mandi secara teratur untuk menyediakan perlindungan yang lebih tahan lama kepada tubuh badan daripada kuman penyebab bau badan.

6. Banyakkan meminum air kosong atau jus segar agar anda terhidrasi dan sejuk.

7. Mengambil makanan sihat dan mengandungi banyak vitamin agar tubuh badan dapat mencegah penyakit dan memelihara kesihatan. Berikan anak anda memakan buah-buahan segar dan sayur-sayuran supaya dapat mencegah infeksi musim panas. Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran itu telah dicuci dengan air bersih terlebih dahulu.

8. Elakkan daripada menggosok mata menggunakan tangan. Sebaliknya gunakan sapu tangan yang bersih untuk menghindari infeksi mata yang dapat tersebar dari satu orang ke orang yang lain.

9. Memastikan bekas air minuman yang anda gunakan adalah sentiasa bersih.

10. Pastikan tangan anda telah dicuci dengan bersih dan dikeringkan dengan baik sebelum anda menyiapkan makanan untuk menghindari keracunan makanan.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan diri anda serta anak-anak. Adalah lebih baik untuk mencegah daripada mengubati.

Jangan lupe LIKE fanpage kami di www.facebook.com/IslamicKidsShop untuk melihat pelbagai produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge