Nak Tahu Kepakaran Saya?

By | 04/03/2015
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah. Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca saya yang budiman? Hari ini saya nak tuliskan assignment yang diberikan oleh mentor saya dalam Shaklee tentang kepakaran yang saya tawarkan berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada di dalam Shaklee. 

Alhamdulillah. Saya berpeluang dan mengenali Shaklee semenjak saya mengandungkan anak kedua saya, Ameer Syaddad. Masa tu saya mencuba Vita-Lea buat pertama kalinya. Perkara yang buat saya tergerak hati untuk mencuba Vita-Lea adalah kerana pada masa tu saya dah pun menjadi seorang surirumah. Dan menjadi seorang surirumah kepada seorang anak yang berusia 3 tahun waktu tu sangat sangat mencabar dan sangat memenatkan. Masa tu anak pertama saya sedang menjalani potty-training. Jadi, hari-hari yang berlalu sangatlah sukar. Saya lesu. Kalau anda seorang ibu seperti saya, tentu anda faham kan potty training tu macamana? Dalam keadaan saya sedang mengandung, lagi lah parah. Ketika tu, saya sedar yang saya perlukan supplemen. Biarpun saya bukan lah kaya mana nak beli supplemen Shaklee. Tapi memikirkan anak di dalam kandungan dan diri saya sendiri, maka saya korbankan jua duit saya untuk membeli Shaklee. Vita-Lea je pun! Siapa lagi yang sepatutnya menjaga diri saya dengan paling baik kalau bukan diri saya sendiri, kan?
Alhamdulillah lagi, bermula saat tu, saya mencuba Shaklee. Setelah berpuas hati dengan cubaan Vita-Lea, saya terus menjadi ahli pula. Kebetulan, saya berjaya dapat satu tiket ke Bengkel Nutrisi. Masa tu saya tengah sarat mengandung (kira-kira 2 minggu sebelum saya melahirkan). Dalam bengkel tu, banyak kesedaran dan ilmu yang saya dapat. Seterusnya selepas saya melahirkan, saya order pula supplemen untuk diri saya seperti Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Saya order lagi Meal Shakes untuk anak saya dan juga Cinch Energy Tea Mix untuk suami saya. Masa ni lah detik-detik awal saya dan keluarga mengenali dan mencuba sendiri Shaklee. Sampai sekarang, saya dah cuba sendiri Set Berpantang dan Set Menyusu. Alhamdulillah saya merasai perubahan dan kebaikan produk-produk Shaklee. Banyak membantu saya menyusukan anak saya dan mencapai kesihatan buat diri saya. Anak mudah kenyang, anak cepat sembuh daripada demam, muka saya nampak lebih licin dan cantik, dan macam-macam lah lagi 🙂
Bulan seterusnya saya order lagi pula untuk ibu bapa saya dan ibu bapa mertua saya. Sedikit demi sedikit, lebih banyak produk Shaklee yang saya cuba kenali. Kemudian setelah saya melihat dan merasa sendiri produk-produk Shaklee ni, saya tergerak hati pula untuk berkongsi kebaikannya dengan orang luar pula (selain ahli keluarga) seterusnya menjual dan menjadikannya aktiviti bisnes saya. Makin lama saya makin suka dengan kerja ni. Baik juga, fikir saya. Memandangkan saya memang dah jadi surirumah dan memang saya memerlukan pendapatan sampingan untuk diri saya dan keluarga. Mungkin sedikit sebanyak saya dapat membantu suami saya.
Dari situ saya mengenali mentor saya, Master Ainul melalui upline saya. Saya berjumpa sendiri dengan kak Ainul dan berguru dengan dia. Seterusnya sekarang, saya sedang lakukan assignment yang disuruhnya dalam Kelab Nutrisi Shaklee yang ditubuhkannya untuk kami.
Mari saya kongsikan assignment saya :-). Ini adalah kepakaran saya :

[TASK # 1]

Hi, Saya Wan Syahida. Kepakaran saya adalah MEMBANTU:

– Para bakal ibu atau ibu yang ingin mencari nutrisi terbaik sebagai persediaan mengandung dan nutrisi sepanjang tempoh mengandung.
– Para ibu yang ingin mencari nutrisi terbaik sebaik sahaja selepas bersalin, ketika berpantang dan juga di sepanjang proses penyusuan bayi atau yang ingin mencukupkan proses penyusuan bayi selama 2 tahun.
– Para wanita atau ibu yang ingin mengekalkan kesihatan dan kecantikan tak kira usia dan ingin kekal anggun biarpun sudah mempunyai ramai anak.

Masalahnya pada hari ini:

– Kebanyakan wanita yang tidak menititikberatkan isu pengambilan supplemen sebelum mengandung, ketika mengandung dan selepas melahirkan.
– Kebanyakan supplemen yang diberikan kepada ibu-ibu mengandung adalah daripada vitamin jenis sintetik dan bukannya vitamin bersumberkan bahan semulajadi sehingga mereka tidak memperoleh khasiat yang mereka perlukan dengan secukupnya untuk diri mereka dan bayi di dalam kandungan.
– Ibu-ibu berkerjaya yang ingin menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan mencukupkan tempoh penyusuan 2 tahun tidak mampu melakukannya kerana mengalami kesukaran mengumpulkan stok susu disebabkan kesihatan ibu yang tidak optimum, stress, penat atau sibuk.

InshaAllah, dengan ilmu dan kepakaran yang saya ada, saya akan membantu 3 golongan di atas sehingga:

– Para wanita dan ibu dapat memperoleh tahap kesihatan yang paling baik sebagai persediaan mengandung, ketika mengandung dan selepas melahirkan bayi. Bukan sahaja ibu malah kesihatan kandungan dan bayi juga.
– Para ibu berupaya untuk menyusukan bayi dengan sempurna dan berjaya menyusukan bayi mereka selama 2 tahun biarpun mereka merupakan ibu yang berkerjaya.
– Para ibu dapat tampil dengan lebih sihat, cantik dan kekal anggun biarpun baru selepas melahirkan ataupun sudah mempunyai ramai anak. 

Semoga saya dapat membantu lebih RAMAI wanita dan ibu-ibu di luar sana juga. Jangan segan silu untuk berkawan dengan saya ya :-). Untuk khasiat secukupnya sepanjang tempoh mengandug, selepas melahirkan dan juga sepanjang penyusuan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge