Kaedah Saya Mendidik Anak Membaca Al-Quran

By | 30/09/2013
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersambung daripada entry saya yang sebelum ni, antara produk yang saya sering gunakan untuk mendidik anak saya mengenal Al-Quran adalah Set Buku Al-Furqan dan VCD Lagu-lagu Al-Furqan. 
Masa saya mula-mula belikan untuk anak saya, dia baru je berumur 1 tahun 3 bulan dan anak saya masih belum mengenal semua huruf-huruf Alif Ba Ta. Jangan risau kalau anak-anak kita masih belum mengenal huruf-huruf Alif Ba Ta. Walaupun belum kenal semuanya, buku-buku ni masih boleh digunakan untuk ajar mereka, malah memang ia dah dirumus untuk bayi-bayi atau anak-anak yang masih belum mengenal huruf-huruf Alif Ba Ta. Istimewanya Set Buku Al-Furqan ni, dia akan ajar sebutan huruf Al-Quran yang paling mudah disebut bayi dahulu, sesuai dengan pelatnya. Jadi memula Al-Furqan ajar huruf ‘mim’ iaitu dengan terus menunjukkan ‘mim berbaris di atas’ untuk membentukkan bunyi ‘ma’. Di sebelahnya ada gambar seorang ibu, yakni ‘mama’ atau mak baby lah. Huhu. Jadi memang best la kalau dah nak mula ajar baby baca Al-Quran.
Lepas ajar huruf mim yg berbaris di atas, buku Al-Furqan ni akan ajar huruf ‘ba’ pula dan terus tunjukkan ‘ba berbaris di atas’ untuk bunyi ‘ba’. Di sebelahnya ada gambar seorang ayah, yakni ‘baba’ atau ayah la. Jadi memang Set Buku Al-Furqan ni dah dirumus khas untuk ibu bapa yang nak ajar bayi membaca Al-Quran. Tak bayi pun takpe, kanak-kanak prasekolah pun lagi la boleh. Al-Furqan ajarkan anak-anak ni untuk mula mengenal huruf-huruf Al-Quran yang mudah disebut dahulu seperti huruf mim, ba, nun, dal, wau dan sin. Supaya anak mudah ikut. Kemudian baru diikuti dengan huruf-huruf yang agak susah sikit anak nak sebut macam huruf shin, zal, ro, sod dan lain-lain. 

Penulis buku Al-Furqan (dan rangkaian produknya yang lain) memang merupakan pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengajar anak-anak mula membaca hingga mahir. Jadi melalui kepakaran dan pengalaman bertahun-tahun mereka, maka lahirlah set buku membaca Al-Furqan ni untuk kemudahan para ibu bapa dan guru-guru taska mahupun tadika.
Tengok la reaksi anak saya ni. Macam takde reaksi. Haha. Mungkin orang akan rasa pelik, anak kecik lagi dah bagi buku? Ataupun mungkin ada yang merasakan ia terlalu awal untuk budak sekecil ini. 
Saya tak rasa pelik. Saya berikan buku-buku untuk anak saya sejak usia baby seperti ni lagi. Bila kita selalu tunjukkan dan suka bacakan buku untuk anak-anak kita walaupun berusia bayi, sebenarnya bukannya kita nak anak kita terus pandai. Tapi kita nak isi masa anak dengan quality time bersama kita dan buat anak kita rasa seronok dapat beraktiviti sesuatu. Dalam buku-buku pun selalu ada imej-imej atau kartun yang boleh menarik perhatian anak. Kita boleh bercakap-cakap dengan anak dan galakkan anak memberi respon. Sangat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ‘stimulate’ anak-anak dengan apa-apa aktiviti yang boleh meransang mindanya, seperti bila kita bagi buku, kita buat anak kita rasa nak belek-belek buku tersebut, melihat objek-objek atau huruf-huruf dan bunyi-bunyinya, maybe boleh main kipas-kipas ke buku tu, main susun-susun tingkat-tingkat buku-buku tu, tunjukkan warna-warna dia yang pelbagai, atau ape-ape je. Dan sambil-sambil tu, kita tunjukkan huruf-huruf yang kita nak ajar kat anak. Selalu la buat macam ni biar anak terbiasa melihat huruf-huruf tu dan dengan cara tu la anak saya mudah ingat huruf-huruf alif ba ta. Selalu tunjukkan dan ajar anak untuk sebut.
VCD lagu-lagu Al-Furqan tu anak saya sangat suka. Asal nampak laptop je nak mintak mainkan “Ba ba ba” (lagu Al-Furqan). Lagu-lagunya berbentuk nasyid berserta video yang mengiringi lagu. Contohnya Video tunjuk huruf ba di atas dan mim di atas untuk “Ba ba ba” dan “Ma ma ma” diiringi bunyinya. VCD ni sesuai untuk menarik minat anak belajar iqra’ dengan cara yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang tak minat dengan buku, maka VCD lagu seperti ini amat-amat la sesuai.
Dalam gambar ni contoh huruf ‘ha’ berbaris atas untuk bunyi ‘ha’.
Puan Lina Karim melalui blognya juga ada berkongsi tentang penggunaan buku-buku dan VCD kepada anak-anaknya. Kalau anda berminat, silakan membaca tips-tips nya di Kaedah Mengajar Anak Membaca Al-Quran.
Anak saya sekarang dah boleh sebut huruf-huruf Hijaiyyah dan menamakan setiap huruf satu persatu sejak usia 1 tahun 7 bulan lagi. Semuanya bermula dengan kegigihan saya dan suami mengajar anak kami. Asalkan ibu bapa sanggup beristiqamah, walaupun usaha anda begitu kecil, macam tunjukkan sikit-sikit je kepada anak dalam sehari, itu pun sebenarnya dah cukup memadai. Anak akan mudah sangat menyerap apa yang diajarkan kita. Yang penting proses berulang-ulang yang ibu bapa praktikkan kepada bayi mereka. 
Jadi bagi ibu bapa yang berminat mahu mengajar anak-anak membaca dari usia bayi, sila la dapatkan produk-produk ni dari mana-mana kedai buku yang menjualnya dan rajin mengajar dan mengamalkannya kepada anak-anak. Atau anda juga boleh mendapatkannya daripada saya. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, kita telah berusaha menjalankan tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak kita dengan ilmu Al-Quran pada umurnya yang seawal mungkin. 🙂
Silakan layari Facebook Page saya di : Islamic Kids Shop
Atau boleh juga SMS/WhatsApp saya di 012-6753078.
Email : wansyahida.kahar@gmail.com
Jika belum berminat untuk mendapatkan sebarang produk, silakan LIKE Facebook Page Islamic Kids Shop untuk pelbagai tips menarik dan perkongsian saya dan orang lain dalam pendidikan anak-anak. Semoga bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge