Impian Kami Agar Anak Kami Membesar Menjadi Pemimpin dan Berani

By | 04/11/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah..
Hari ni nak tulis santai-santai. Tiba-tiba saya termenung, apakah impian saya dan suami untuk anak-anak kami? Pada usia seawal bawah 6 tahun, apakah yang sepatutnya kami terapkan dalam diri anak-anak kami? Hal pembelajaran semata-mata sahaja kah? Atau kemahiran berbahasa sahaja kah? Atau kemahiran membaca? Atau mungkin kemahiran hidup? Mungkin juga kemahiran bersosial? Anda bagaimana?
Saya dan suami inginkan agar anak-anak kami membesar sebagai pemimpin. Kami inginkan agar anak-anak kami membesar sebagai insan yang berani. Berani kerana apa? Bukannya berani di sini bermaksud berani menaiki motor besar, berani buat bungee-jumping ataupun berani keluar rumah malam-malam. Tidak, tidak. Maksud kami adalah berani mempertahankan kebenaran, berani menyuarakan pendapat, berani mengutarakan soalan, berani bertanya, berani membantu, berani bersuara tatkala semua menyepi, berani mempertahankan golongan yang tertindas, berani bercakap dan berani memimpin terutamanya. Bagaimana patutnya kami terapkannya?
Pertama sekali, dah tentu kami memberikan nama anak yang membawa maksud ‘Pemimpin’. Dengan sebab ini, kami menamakan anak pertama kami sebagai Ameerah. Dia bakal menjadi kakak kepada adik-adiknya. Dari situ akan mengajar anak kami untuk memimpin adik-adiknya. Anak sulung kami bakal memikul pelbagai tanggungjawab sepanjang pembesarannya dan memang itu yang ingin kami terapkan. Biarlah dia membesar sebagai seorang yang berani, berciri kepimpinan, bertanggungjawab dan berakhlak. 
Kedua, kami galakkan anak kami untuk banyak bercakap dan melayannya bercakap. Sejak kecil lagi, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kemahiran bercakap kepada anak kami. Seawal usia 11 bulan, anak kami ini telah pun mula berkata “Nak” apabila mahukan sesuatu. Seterusnya, dia mula berkata-kata dengan agak petah seawal umurnya belum masuk 2 tahun lagi. Dan kini setelah anak kami berusia 3 tahun, mulutnya dah petah berkata-kata sehinggakan seringkali saya dan suami selalu perlu menyuruhnya diam. Bukan kerana tidak mahu melayannya, tapi kerana cakap-cakapnya yang tak henti-henti itu selalu saja mengganggu adiknya tidur. Bagaimana kami menggalakkan anak kami fasih bercakap? Tentulah dengan memulakan percakapan dengannya, banyakkan bercakap dengannya dan menggalakkan ia bercakap sejak kecil-kecil lagi. Ajarkannya untuk mengikut apa yang kita cakapkan dan mengulang perkataan-perkataan kita. Lakukannya sekerap yang mungkin dan anak akan mula bercakap seperti anda! 
Ketiga, kami mula mengajarnya untuk melakukan tugasan-tugasan yang kecil dan mudah untuk kanak-kanak usianya. Bermula dengan amalan membuang sampah di tong sampah, sehinggalah mengemas barang mainan. Begitu juga dengan memintanya untuk menolong menutup suis televisyen, mengajarnya membuai buaian adiknya tatkala mendengar adiknya menangis ingin dihenjutkan dan juga mengajarnya untuk mengambil sesuatu barang dari tempat lain. Kadang-kadang saya juga mengajaknya untuk menyimpan baju-baju yang telah saya lipatkan untuk disimpan ke dalam almarinya. Di samping kita mengajar anak untuk berdikari dan bertanggungjawab, kita juga melatih anak kita menggunakan kemahiran tangannya. 
Keempat, saya dan suami akan selalu menunjukkan perkara baik dan buruk kepadanya. Usianya yang terlalu kecil memang akan selalu membuat kesalahan kerana tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Dengan kesabaran, kami akan menerangkan apa yang salah dan menunjukkan cara yang betul untuk melakukannya. Contohnya, pernah saya melihat anak saya itu melangkah sahaja adiknya di atas tilam di atas lantai untuk mencapai mainannya di sebelah tilam. Dengan sabar saya menegurnya yang perbuatan itu salah. Sekali lagi saya suruh anak saya bangun dan melangkah ke sebelah tilam adiknya dengan cara yang betul dengan tidak melangkah adiknya. Kemudian barulah anak saya boleh sambung bermain.
Saya percaya, didikan awal di rumah itu terlalu penting. Saya amat bimbang, masuknya anak ke sekolah nanti, kemahiran-kemahiran hidup yang asas ini seperti akhlak yang praktikal, sifat-sifat keberanian, kefasihan berkata-kata dan sifat tanggungjawab tidak begitu diterapkan. Saya pasti, masuknya anak ke sekolah nanti, perkara yang lebih menjadi keutamaan para guru adalah pembelajaran dan akademik. Oleh kerana itu, saya amat menekankan pendidikan akhlak dan peribadi anak-anak diterapkan di rumah bersama dengan ibu bapanya sendiri. Biarlah kami pastikan asas anak kami kuat dan dia pandai beradab. Siapa lagi kalau bukan ibu bapanya sendiri yang boleh membentuk anak? Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sementara masih ada ruang dan peluang kami banyak meluangkan masa bersama anak kami di rumah, akhlak dan peribadi perlu dibentuk dengan baik dan betul.
Moga anak-anak kita juga dijauhkan daripada mudah terpengaruh dengan anak-anak lain yang mungkin sedikit nakal atau negatif sikapnya, mungkin kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sama-sama kita cuba berikan didikan yang baik untuk anak-anak kita sejak usianya kecil lagi. Anak yang genius bukanlah anak yang bijak semata-mata, tetapi anak yang genius adalah anak yang menyejukkan hati dan mata ibu dan bapa dengan akhlak serta peribadi yang baik dan mulia. Ditambah pula dengan anak yang pandai menjadi pemimpin dan berani. 🙂

=====

Pakej Buku Prophetic Parenting & Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Edisi Penuh

 Pakej ini terdiri daripada 2 buku:

1. Buku Prophetic Parenting

2. Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Edisi Penuh

Mengapa mahu memiliki Buku Best Seller dari Timur Tengah, Prophetic Parenting kini dalam Edisi Bahasa Malaysia yang ditulis oleh DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid?

Berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkapkan bahwa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orang tua menikah. Kemudian hubungan kedua orangtua, kesalehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan, memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk psikologi dan sikap anak-anak. Buku ini ibarat sebuah buku yang mesti dimiliki oleh setiap ibubapa.

Mengapa nak memiliki Buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang ditulis oleh Ustaz Fathuri Salehuddin ?

Pembaca buku ini, Encik Mohd Wizan menulis, rupa-rupanya inilah amalan orang orang berjaya, kaya dan bahagia, dunia dan akhirat. Buku ini penuh dengan teknik dan formula menjemput rezeki yang mudah, praktikal dan dijamin berkesan jika diamalkan dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah jawapan kepada persoalan rezeki dan kehidupan kita selama ini.


Harga kedua-dua buku termasuk kos Pos Laju ke SM : RM67.80.
Harga kedua-dua buku termasuk kos pos Nation Wide ke Sabah/Sarawak : RM70.80

Berminat untuk order, PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge