Cubaan Melatih Anak Memakai Kasut dan Beg

By | 21/11/2016

Assalamualaikum semua.


Actually these few weeks saya runsing bila anak saya Ameer ni refuse untuk pakai kasut sebab dah terlalu biasa pakai selipar. Kalau nak beli kasut, punya la payah sebab Ameer nak try pun tak nak. Dah beli dia tak nak pakai pulak. 

Akhirnya selepas mencuba satu strategi, plot sama-sama Abi & Ameerah, then baru berjaya dia pakai kasut walaupun nangis-nangis kena paksa pakai mula-mula. Kalau tak, dicampaknya terus kasut tu tau. Menjerit tak nak ?. Tapi tu dulu. Lepas ‘training’, Alhamdulillah ok dah.

Settle bab kasut. Then runsing masalah tak nak pakai beg pulak. Ni pun saya kena susun plan baik-baik punya. Beberapa hari saya ajar dia simpan kereta-kereta mainan dia dalam beg tiap kali nak gi amik kakak kat sekolah. Walaupun dia masih tak nak pegang beg tu apatah lagi pakai, saya biarkan dan bawakan. Biar Ameer berulangkali jadikan beg tu sebagai alat kemudahan untuk bawa mainan kesukaan dia dulu. Sampai satu tahap dia akan simpan sendiri mainan & buka sendiri kalau nak keluarkan mainan.

Then akhirnya pada hari yang baik, mood yang baik, perut pun baik, akhirnya dah berjaya pujuk Ameer pakai terus beg tu ?

 

 


Tak meraung defend atau menolak lagi beg ? Yeayyy!! ??

Lain budak lain la ragamnya kan so untuk Ameer ni la masalah paling besar. ?

I’m so relieved and feeling accomplished. 

Next, masalah tak nak duduk atas stroller pulakk ??

Tengah fikir strategi seterusnya… heheh. Ini lah masalah mak-mak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge