Cara Merawat Diri Selepas Bersalin

By | 14/10/2016

Assalamualaikum para pembaca saya semua. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. 🙂

Di sini saya ingin kongsikan cara-cara untuk kita merawat diri sendiri selepas bersalin. Al-maklumlah kan, habis tenaga semua masa bersalinkan anak. Penat dan sakit sana sini. Dalaman dan luaran banyak yang luka dan banyak nak kena ambil masa untuk dipulihkan. Pada masa yang sama, si ibu juga lah yang perlu menyusu dan menjaga bayi yang baru lahir. Belum cerita lagi kalau dah anak lebih daripada seorang kan. 
Sebab itu lah ibu yang baru bersalin perlu banyakkan berehat dan tidak boleh buat kerja-kerja berat. Semuanya adalah untuk memberikan ruang kepada ibu baru lepas bersalin supaya dapat memulihkan dirinya baik dari segi luaran, dalaman mahupun emosi. Fasa pemulihan ini penting supaya ibu dapat betul-betul pulih sepenuhnya dan tak ditimpa masalah seperti meroyan atau post-partum depression bila emosi tak stabil, badan terlalu penat dan masih belum betul-betul sihat.
CARA-CARA MERAWAT DIRI SELEPAS BERSALIN
1. Cara tidur selepas bersalin
– Tidur dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan ini supaya dapat menjauhkan diri daripada sakit kepala.
– Kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula. Luka pun menjadi cepat sembuh.
2. Pakaian selepas melahirkan
– Pakaian tebal seperti baju panas berlengan panjang supaya angin sejuk tidak masuk ke dalam tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang pada usia tua.
– Sentiasa berstoking tebal supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin.
3. Dandanan rambut
– Rambut diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tak naik ke kepala. Jika ibu tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun.
– Sapukanlah minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.
4. Memakai pilis di dahi
Pilis diperbuat daripada kulit kayu manis yang diasah pada buntut pasu, dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi:
– mengelakakn angin meroyan 
– mencegah mata menjadi rabun
5. Berbedak
– Bedak dibuat daripada bedak sejuk dan ragi tapai.
Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai, hancurkan dengan sedikit bedak sejuk, setelah itu campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada seluruh badan, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan.
– Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit. Hendaklah diamalkan selama 44 hari.
6.Berbarut
– Dipakai 3-4 hari selepas melahirkan.
– Caranya ambil 2 sudu kapur makan, campurkan dengan sedikit perahan asam jawa untuk mencairkan. Sapukan rata di bahagian perut, elakkan terkena pusat. Selepas itu pakailah barut. Rawatan ini bertujuan untuk mengempiskan perut dan elak perut berkedut.
– Pastikan saiz barut bersesuaian.. Barut hendaklah panjanh menutupi pinggul.
7. Bertungku
– Ambil tungku panaskan dan balutkan dengan kain batik (sediakan daun lengkuas dan taburkan sedikit garam kasar) / boleh guna daun mengkudu dan tuam di atas perut. Lakukan 2-3 kali sehari. Tujuan bertungku supaya batu meroyan cepat kecut, hindari perut buncit, memecahkan darah beku, dan ibu tidak akan rengat.
8.Berganggang/ bertangas pada api
– Untuk keluarkan peluh kotor dan badan cepat pulih dan cergas.
Caranya duduk pada kerusi yang berlubang. Nyalakan api yang sederhana di bawah kerusi, duduk di atas kerusi hingga badan berpeluh, lakukan setelah seminggu bersalin. Rawatan ini untuk menyegarkan badan.
– Boleh juga menggunakan sabut kelapa dan taburkan halba diatasnya… Kalau tak ada kerusi berlubang, bolehlah berdiri (kangkang)  di atas sabut yang berasap sambil ditutup pakai kain batik
9. Berbengkung (Jika tak nak barut… dedulu orang pakai cam ni)
– Sediakan kain kosong 3 meter, ikat pada tiang dan lilitkan pada badan bermula bawah payudara hingga ke bawah punggung dengan ketat.
– tujuannya untuk menguatkan perut yang longgar, mengempiskan perut, menguatkan peranakan supaya tidak turun.
10. Mandian wanita selepas bersalin / serum
– Antara Ramuanya 20 helai daun nangka, Daun serai wangi secekak, Daun pandan 10 helai, dan daun inai secekak. rebus dan campur dengan air mandian suam-suam kuku.
11. minum air pati kunyit
Ambil kunyit sebesar ibu jari, bakar pada api. setelah layu tumbuk halus dan kacau pada suku gelas air. tapis dan minum airnya 3 hari berturut pada waktu pagi.cara ini untuk meyembuhkan luka dalam rahim.
12.Minum air akar kayu selepas 7 hari bersalin
13.minum jamu sleeps 7-10 hair besalin
14. makan telur ayam dan madu lebah
2 biji telur masak separuh campurkan dengan 1 sudu kecil maju asli dan bah kers…,makan waktu pagi selepas mandi.
Slamat beramal ya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge