Bolehkah Bayi Menghafal Al-Quran?

By | 17/03/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Untuk bayi atau kanak-kanak kecil seusia 0-3 tahun, ya ia sememangnya boleh dan tidak mustahil. Janganlah para ibu dan bapa merasa rendah diri atau kekurangan sekiranya anak-anaknya tidak berjaya menghafal Al-Quran pada usia tersebut. Setiap bayi mempunyai keupayaan dan perkembangan yang berbeza mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Apatah lagi, minat dan kecenderungan masing-masing. Tak elok jika kita membanding-bandingkan keupayaan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Ini akan merendahkan self-esteem ibu bapa dan anak-anak itu sendiri. Yang penting adalah usaha yang berterusan. Allah tidak melihat kepada hasil sesuatu usaha itu, tetapi Allah melihat akan usaha yang kita lakukan atas niat yang kita ingin capai. Usah frust atau stress bila apa yang kita ajar kepada anak-anak kita masih belum dapat diserapnya dengan baik. Berikan mereka masa. Mereka kan masih bayi? Asalkan anda sudah mencuba, itu sudah cukup baik.
Begitu juga, jangan juga kita ambil terlalu mudah atau leka dengan usia emas anak-anak kita. Pada usia mereka 0-5 tahun, adalah waktu yang paling sesuai dan efektif untuk kita mula mempekenalkan mereka dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Kerana apa? Kerana otak mereka berkembang dengan teramat pesat pada waktu ini dan mampu menyerap dengan mudah segala apa yang sering didengarinya di sekeliling. Lebih-lebih lagi sekiranya apa yang didengarinya itu seringkali didengarinya secara berulang-ulang.
Dan itulah juga kaedah saya mengajar anak saya menghafal sejak usianya 1 tahun. Saya mulakan dengan mengajarnya huruf-huruf hijaiyyah dengan menggunakan flashcards Alif Ba Ta dalam bentuk jawi dahulu. Bayi memang la bukan macam orang dewasa yang boleh duduk dan menatap setiap helaian flashcards itu. Bayi sememangnya akan hanya memegang, melihat, baling-baling flashcards tu. Tak pun dia akan menggigitnya hingga lunyai. Ataupun lipat-lipat atau rosakkan sahaja flashcards tu. Jangan bimbang!! Berikan mereka peluang untuk bermain sahaja dengannya pun takpe. Sebab? Sebab bila mereka bermain, mereka akan sambil-sambil melihat imej huruf di dalam flashcards tersebut. Dan inilah peluang ibu bapa untuk cuba memperkenalkan huruf-huruf itu kepada bayi sewaktu mereka bermain. Cuba la lakukannya selalu. Biarkan je ia bersepah dan menjadi bahan mainan bayi anda. Kertas je pun, bukannya bahaya kan? Tapi pantau la selalu jangan sampai anak termakan pula kertas-kertas flashcards tu! Insya Allah dengan usaha anda yang berterusan, terus-menerus memperkenalkan huruf-huruf ini kepada bayi, bermula dari umurnya 1 tahun, mungkin pada umurnya 1 tahun setengah, atau sekurang-kurangnya sebelum usianya 2 tahun, dia akan sudah boleh menghafal dan membeza-bezakan huruf-huruf itu berdasarkan bunyi dan sebutannya, apatah lagi menyebutnya sekali sekiranya dah pandai bercakap atau meniru percakapan anda. Dengan usaha ini, anak saya berjaya menghafal kesemua huruf-huruf hijaiyyah dan boleh memberitahu kami nama-nama huruf-huruf tersebut pada usianya 1 tahun 7 bulan. Ini tidak menghairankan pun. Sebab ada ramai la bayi di luar sana yang mampu menghafal huruf-huruf ini walaupun usianya belum mencecah 1 tahun. Hebat kan? Ini kerana usaha ibu bapanya atau penjaganya yang tekun mengajar bayinya setiap hari.
Setelah anak saya mula pandai meniru percakapan orang lain dan mula pandai bercakap, saya mula mengajarnya mengikut setiap ayat yang saya baca dalam surah-surah lazim dalam Al-Quran, iaitu juz amma lah. Sebenarnya tak terlalu serius pun. Dalam santai-santai sewaktu mood anak tengah happy, seronok-seronok, perut dah kenyang, tidur dah cukup, baru siap mandi pula tu, masa tu la saya cuba bacakan ayat pertama surah Al-Ikhlas. Anak saya ikut. Sikit demi sikit kita bacakan satu persatu ayatnya dan biarkan dia ikut. Kemudian sambung ayat seterusnya dan biar dia ikut lagi. Lakukan sahaja secara berterusan dan lama-kelamaan anda akan nampak hasilnya anak anda akan mampu membacanya sendiri, bermakna dia dah pun menghafalnya. Senang je kan? Saya tak ingat sejak usia anak saya berapa yang saya mula ajar surah Al-Ikhlas ni. Awal 2 tahun kot. Kemudian saya on and off la mengajar. Masuk usianya 2 tahun 5 bulan, saya mula serius mengajarnya ayat-ayat di dalam Al-Quran. Pada masa tu Al-Ikhlas memang dah lancar di mulutnya. Jadi saya fokus dengan surah senang yang seterusnya, iaitu Al-Fatihah. Seterusnya surah An-Naas, Al-Kaafiruun, Al-Kauthar, An-Nasr, Al-Falaq dan sebagainya. Sekarang usia anak saya dah nak masuk 2 tahun 8 bulan dan dia dah hafal semua surah di atas termasuklah Surah Al-Quraisy, Al-Maaun, Al-Masad, dan sekarang tengah mengajarnya Al-Fiil.
Saya ada rekod bacaan hafalan anak saya tapi belum ada masa untuk uploadnya di Youtube. Sebenarnya tak berapa mahir upload melalui phone. Jadi tunggu la ya sampai saya dapat upload dengan jayanya.
Semoga anda semua para ibu bapa mencuba taktik ni. Buat sikit-sikit je jangan la harap anak cepat sangat pandai. Berikan mereka masa. Yang penting anda jangan stress tau sebab kalau anda stress, nanti anda juga yang bosan.
Selamat mencuba. Insya Allah, di samping itu banyakkan berdoa ya.
===

*** PROMOSI *** Pakej Belajar Cepat Membaca Al-Quran

4 Item:
1) VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 – Mengenal Huruf Alif Ba Ta
2) VCD Lagu Al-Furqan – Mengenal Sebutan Alif Ba Ta di dalam Al-Quran
3) Puzzle Alif Ba Ta – Seronok Belajar Alif Ba Ta Huruf Sambil Bermain
4) Buku Mewarna Al-Furqan – Seronok Mewarna Sambil Belajar Sebutan Al-Quran

PERCUMA: 2 POSTER ABJAD & NOMBOR (selagi stok masih ada – siapa cepat dia dapat)

*** TERHAD *** 7 sets sahaja utk 7 orang pertama

Hanya RM55 PERCUMA POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

Cara Tempahan:

PM kami – Klik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk info pembayaran ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

STOK HABIS, PROMOSI TAMAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge