Zikir Adalah Ubat Untuk Penyakit Hati

By | 12/04/2021

Pernah rasa resah gelisah dan stuck dalam hidup? Mungkin kita pernah alami situasi di mana kita rasa susah dan tak tahu nak buat apa untuk atasi masalah hidup kita sekarang ini. Cubalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dengan cara cuba mengingati Allah selalu.

Betul, mungkin kita tak berapa kuat nak perbanyakkan solat-solat sunat, perbanyakkan bacaan Al-Quran atau ibadah-ibadah utama yang lain. Tapi mengingati Allah adalah mudah untuk dilakukan dan boleh dilakukan di mana-mana saja. So kalau kita rasa kita susah ke, stop kejap. Ingat Allah. Ingat Allah tu pun suatu zikir kepada Allah. Tak semestinya kita berzikir di mulut lagi.

Zikir tu sendiri bermaksud mengingati. Jadi at least kita start ingatkan Allah. Dan lebih baik jika kita dapat mula berzikir pula menyebut nama Allah dan memuji-muji Allah. Allah ada semua sifat yang Maha Besar dan semua nama-nama yang baik yang boleh kita hayati dan mohon mengikut kekurangan kita pada masa itu.

Saya memang sangat suka menghayati nama-nama Al-Husna Allah. Kalau katakan saya keluar rumah dan memohon supaya Allah lindungi saya daripada wabak COVID, saya zikirlah Ya Allah Ya Muhaimin. Maksudnya Allah yang maha melindungi. Lindungilah aku daripada wabak penyakit COVID dan penyakit-penyakit berjangkit. Sebab kita tak tahu kat mana kita boleh terjangkit betul tak? Walaupun kita dah amalkan SOP, kita dah pakai hand sanitizer, dah lakukan penjarakan sosial dan dah pakai mask, tapi kita masih boleh dijangkiti. Virus tu makhluk Allah juga dan Allah boleh izinkan apa saja pun untuk berlaku.

Saya ni lagilah dah makan supplemen yang membantu menguatkan sistem pertahanan badan saya iaitu Vitamin C, Omega Guard, Nutriferon dan Zinc. Semuanya set complete dalam Set Immune Shaklee. Tapi saya tak boleh sombong dengan menganggap saya takkan boleh dijangkiti. Sebab tu, kena selalu anggap diri kita hamba dan merayu dan memohon kepada Allah untuk menjaga kita dan melindungi kita.

Kalau saya nak mohon Allah menjaga saya, saya sebut nama Al-Husna Ya Allah Ya Hafiz, jagalah saya di sepanjang perjalanan. Nak Allah mudahkan saya drive dan sampai ke destinasi dengan selamat, saya sebut Ya Allah Ya Salam, bermaksud Allah Yang Maha Pemberi Keamanan.

Apabila saya perlu berusaha dan berikhtiar dalam bisnes Shaklee saya pula, saya perbanyakkan zikir Ya Allah Ya Fattah (Yang Maha Membuka Pintu Kebaikan), Ya Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Ya Mughni (Maha Kaya), Ya Wahhab (Maha Pemberi), dan Ya Waasi’ (Maha Luas Pemberiannya).

Di samping tu, tak lupa juga perbanyakkan lah zikir-zikir yang sangat dianjurkan untuk kita baca contohnya beristighfar, berselawat dan memuji-muji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan AllahuAkbar.

Memohon ampun dan berzikir dengan zikir Nabi Yunus A.S sewaktu baginda ditelan ikan nun juga sangat baik diamalkan bila kita berada dalam keadaan susah dan ketika kita memohon sangat pertolongan Allah.

InsyaAllah bila kita selalu buat, kita cuba buat, kita akan rasa lebih tenang. Kuranglah sikit serabut kita kan. Kurang sikit rasa resah gelisah kita yang tak sudah-sudah tu. Ringan sikit beban kita yang sesak memikir mengenai ujian dan cabaran. InsyaAllah bila kita sandarkan semua itu kepada Allah, Allah akan tolong kita. Baik dalam menenangkan hati kita dan tolong kita selesaikan pula lagi masalah-masalah kita itu. InsyaAllah.

Saya share perkara ni sebab saya tahu kita semua tak lari daripada ujian. Mungkin kita nampak happy di social media. Tapi di sebaliknya hanya Allah yang tahu apa struggle yang kita sedang lalui. So kepada pembaca-pembaca saya di luar sana, kalau buntu, kalau susah, pause sebentar. Perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah. Back to Allah. Allah yang memberi kita ujian tu. Dan Allah jua yang boleh menyelesaikannya. Kita kena percayalah perkara tu dengan sepenuh hati kita.

Saya doakan kita semua baik-baik saja ye. Saya share sebenarnya bukan sebab saya tengah ada masalah besar ke apa. Tapi saya share sebab saya kebetulan tengah dengar LIVE sharing di FB mengenai topik berzikir ni. Host dan tetamu jemputan yang bercakap mengenainya menceritakan tentang pengalaman mereka apabila melazimi berzikir.

Zikir tu pula bukan sekadar di lisan tau gais. Tapi benar-benar rasa di hati dan benar-benar merasakan dengan jiwa kehambaan kita di hadapan Allah. Sentiasa rasa merendah diri dan melihat hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. InsyaAllah dengan kehambaan jiwa yang kita rasakan, Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan menolong hamba-hambaNya yang sedang memohon pertolongan.

And memang banyak masalahnya dapat diselesaikan. Bisnes dia juga maju. Dia berjaya memperoleh agen-agen yang hebat yang masuk dalam team dia dan dia sendiri rasa amazing sangat. Begitulah hebatnya kuasa zikir ni. Jadi rugilah kan kalau kita tak nak amalkan. Lagi rugilah juga kalau kita asyik sombong je tanpa memerlukan pertolongan Allah pun dalam setiap pekerjaan kita. Baik semasa susah mahupun senang, sentiasalah mengharap hanya kepada Allah. Kita pun memang hambaNya. Kita semua milikNya. Jadi memang wajarlah untuk selalu sandarkan semua perkara kepadaNya.

Jom! Kita ingat mengingati sesama kita dan mulakan zikir kepada Allah.

Semoga istiqamah!

P/s: Berminat nak bertanya tentang produk-produk Shaklee atau nak dapakan produk Shaklee? Saya pengedar Shaklee yang sah. Boleh hubungi saya untuk saya bantu anda sebaiknya ye ๐Ÿ™‚

Salam Mesra dan Salam Sayang,
Wan Syahida Kahar
Senior Coordinator Shaklee
Young Successful Team in Shaklee
012-6753078
www.syahidashukri.com
IG : @shye_wsyahida

18 thoughts on “Zikir Adalah Ubat Untuk Penyakit Hati

  1. Sis Lin

    Bagus sangat perkongsian ini.. memenag betul jika hati tak tenang, perbanyakkan zizkir aje, rasa lega dan lapang jiwa… tapi banyaknya time lepas solat aje banyak berzikir.. tu lebih dekat denganNya.. terima kasih perkongsiannya..
    Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – KETAM BUTTERMILKMy Profile

    Reply
  2. Nadia johari
    Twitter:

    Berul, zikir selalu bagi ketenangan jiwa.. Rasa resah.. Rehat kejap dengr zikir. Bgus sangat kongsi mcm ni kadang orang tak tau zikir ni banyak bagus dia

    Reply
    1. Zaza

      Alhamdulillah terima kasih sebab share content ni. Kita bookmark dah. Apa2 bole Baca utk tenangkan Hati ni. Bole Cuba praktikkan selalu lepas ni

      Reply
  3. Ummizarra
    Twitter:

    Terima kasih sharing untuk peringatan bersama. Semoga perkongsian ni dapat beri manfaat dan kita tidak lupa untuk banyakkan berzikir.

    Reply
  4. siennylovesdrawing
    Twitter:

    thanks so much for sharing this informative awareness post about health & wellness, learnt them here. Heart concern is important to be address early. cheers, siennylovesdrawing

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge