Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 1)

By | 28/11/2016
Assalamualaikum wbt para pembaca saya yang budiman..
Alhamdulillah sekarang saya sedang mengikuti percutian Umrah Ziarah dengan pakej Andalusia Travel di Istanbul Turkey. Sementara saya free ni saya nak share la perjalanan percutian saya dengan team umrah ziarah ni. 
Yang mencabarnya, saya bawa bersama dua orang anak kecil saya, Ameerah 5 tahun dengan Ameer 2 tahun. Jadi mungkin perkongsian saya ni boleh jadi panduan la kepada mereka yang berminat nak join Umrah Ziarah ke Turkey ni juga.
Sebenarnya hari ni dah hari ketiga saya kat Turkey dan hari tengah hujan. Saya dalam bas dan sedang stuck dalam traffic jam nak balik ke hotel. So tengah ada banyak masa 😀
Day 1 – 25 November 2016 (Jumaat)
Flight kami pukul 11.45pm di KLIA dan kami naiki Turkish Airlines. Jumlah jemaah Malaysia ada la dalam 66 atau 68 orang. Sebelum berlepas tu, kami perlu berkumpul di kaunter H untuk urusan check-in. Andalusia akan bekalkan dua buah beg bagi setiap jemaah iaitu satu beg luggage besar dan satu lagi hand luggage. Kemudian satu lagi sling bag yang kecil untuk isi buku umrah. 
Saya, suami dan 2 orang anak dah dapat 4 beg luggage dengan 4 hand luggage. Tapi kami hanya bawa 3 beg luggage dengan 3 hand luggage je. Tu pun dah rasa tak menang tangan nak bawak. Jadi untuk memudahkan kami handle barang-barang dengan stroller dan beg galas lagi, kami check-in sekali 1 hand luggage kami. Ringan la sikit tangan. 
Sebelum naik train untuk ke kapal terbang, mutawwif akan berikan sedikit taklimat di pentas belakang balai perlepasan dan ceritakan serba sedikit tentang aturcara perjalanan umrah ziarah ni.
Dalam Flight
Kapal terbang bertolak dalam pukul 12.45am. Lamaa kami tunggu. Yang paling susah nak handle dah tentu lah anak-anak. Anak nak tidur, anak meragam, anak menjerit, menangis dan tak nak duduk diam, tu semua akan menjadi dugaan besar buat ibu bapa. 
Sebelum naik flight, kena siap-siap bawa anak saya yang 5 tahun untuk ke tandas dan siap-siap tukarkan pampers anak. Jadi tak la susah bila kat atas flight nanti. Untuk anak-anak, saya dah siap sedia bawakan printable activities yang dah siap laminate untuk distract anak-anak. Bawa sekali pen whiteboard dan anak-anak akan lukis-lukis dan duduk diam. 

 Anak saya Ameer main conteng-conteng atas kids printables yang saya prepare sendiri

Bila dah boring, boleh tengok movie kat screen. Ada macam-macam movies even untuk kids. Turkish airlines tu sendiri ada hadiahkan gifts kat anak-anak saya macam teddy bear dan buku. Siap dapat comfort bag untuk keselesaan anak. Dalam tu ada penutup mata, ada selipar kain, yang saiz budak punya.
Dalam flight Turkish Airlines tu kemungkinan besar menu dia anak-anak kita tak minat nak makan. Jadi, parents kena siap-siap bawa makanan yang anak suka supaya anak tak meragam kelaparan.
Macam kami hari tu, dalam flight, mereka serve kami ayam dengan roti, bersama vegetables, buah, cheese, kentang ataupun pasta. Anda boleh pilih. Saya pilih ayam. Suami saya pilih pasta. Sedap gak menu dia. Dia serve dalam pukul 1 pagi ++ atas kapal terbang.

 Menu makan malam di atas flight: Ayam, kentang, sayur brokoli dan tomato, ikan salmon, cheese dan roti.
Kemudian dah selesai makan, mereka tutupkan semua lampu dan mostly time ni orang nyenyak tidur la ataupun layan movies. Dalam flight tu agak sejuk ya. Tapi semua orang akan dapat selimut agar tidur lebih selesa.
Saya tak layan pun movie. Saya ada cuba tengok-tengok tapi takde pun yang menarik hati saya heheh. Masa tu pun dah mengantuk. Jadi saya pun pasangkan audio bacaan Al-Quran sambil lelapkan mata.
Boleh layan audio Al-Quran atas flight
Mata memang tak berapa boleh nak lelap sebab selalu kena tengok-tengok Ameer yang tak selesa tidur atas seat. Kejap pusing sana. Kejap pusing sini. Tapi ok la not so bad. Bantal dan selimut pun diberi jadi anak-anak pun lebih selesa. 

 Ameer tidur
Sebelum landed, kami diserve lagi dengan makanan breakfast pula. Masa ni anak-anak pun dah bangun dan makan sekali. Selesai makan tu ada lah dalam 2 jam lagi nak sampai ke Istanbul. 
 
Ni pula makanan breakfast. Kami dapat telur dadar, kentang, tomato, roti, buah-buahan dan sedikit dessert.
Akhirnya Alhamdulillah sampai juga kami ke destinasi selepas 12 jam duduk atas flight. Bukan senang tau duduk lama-lama dengan anak-anak kecil. Tapi kami redah juga walaupun sukar. 
Day 2 – 26 November 2016 (Sabtu)
Kami selamat tiba pukul 6.20am. Betul-betul baru masuk waktu Subuh di sana. Subuh masuk 6.17am. Lepas sampai tu kena jalan pulak. Jauhhhh sangat nak kena jalan ke tempat imigresen dia dan collect luggage. Asalnya kami tersesat tau! Tersalah masuk kaunter. Aduyai.. 
Kemudian dah selesai urusan passport dan luggage, kena cepat-cepat solat Subuh di surau. Tapi saya sangat la tak sempat. Ambil saja wudhuk guna botol wudhuk spray di tandas airport dan solat je kat tepi dinding tempat collect luggage. Mereka tak benarkan tau amik wudhu di tandas. Sebab tu saya kena guna botol spray wudhu.
Kemudian jemaah akan terus dibawa menaiki bas yang disediakan. Jemaah kami ada 2 bas. Saya dapat bas 2. Time saya datang ke Turkey ni tengah musim luruh dan hampir memasuki musim sejuk. Jadi cuacanya pada pagi Subuh tu.. ya Allah sejuk sangat-sangat!! 
Jadi, siap-siap la kami terus pakai baju sejuk masing-masing yang kami dah bawa dalam hand luggage. Anak-anak pun kami terus pakaikan. Masa tu ada la 10 degree Celsius pun ada. Tiup pun mulut boleh nampak keluar asap. Tak ke sejukkk camtu? Heheh..
Lepas naik bas, kami terus start jalan tau. Mula-mula kami dibawa ke makam Abu Ayub Al-Ansari yang terletak di Istanbul juga. 
InsyaAllah saya akan sambung share dalam entry yang seterusnya ya… 🙂
Nantikan Part 2 – Umrah Ziarah Turkey.

3 thoughts on “Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 1)

  1. Pingback: Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge