Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

By | 14/03/2014
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lega kerana akhirnya saya berjaya juga siapkan 44 entri sejak mula menubuhkan Blog Panduan Mendidik Bayi Genius ini walaupun saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Walaupun saya lambat menyiapkannya, namun saya cuba pastikan bahawa setiap entri saya itu adalah berkualiti agar saya tidak mensia-siakan masa pembaca yang selalu tercari-cari tips menarik dan terkini dalam mendidik anak-anak terutamanya sejak usia bayi. Saya tidak mahu menghasilkan blog yang hanya banyak dari segi kuantiti entri tetapi kurang dari segi kualiti. Semoga ia bermanfaat buat pembaca dan diri saya juga.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mentor saya, Puan Normi Hj Mat Yusof kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan membina blog, menulis blog dan membina fanpage. Walaupun saya sudah biasa dengan dunia blogging dan telah banyak blog yang saya pernah buat sendiri sejak tahun 2005, namun di dalam kelas ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu teknikal dan dunia berblogging yang khas untuk mereka yang ingin berbisnes secara online. 
Sebenarnya, untuk menjayakan blog kita itu  adalah di atas usaha dan kesungguhan kita sendiri. Mentor hanya memberi panduan dan dorongan untuk kita terus menulis. Namun isinya, kekerapannya dan jayanya blog itu adalah bergantung kepada kita – sejauh mana kita serius untuk memberikan panduan atau tips yang kita ketahui buat tatapan para pembaca. Saya juga bersyukur yang saya dapat menubuhkan blog ini kerana ia menjadi medan untuk saya berkongsi dengan pembaca pengalaman berharga saya dan menjadi medan untuk saya menyampaikan perkara yang baik-baik. Mudah-mudahan ia dapat menjadi saham yang menguntungkan saya di dunia dan juga di akhirat.
Di dalam akademi ini juga, saya dapat mengenali protege-protege lain dan memahami bisnes mereka yang pelbagai termasuk membaca blog-blog mereka juga yang sarat dengan panduan dan tips yang berguna memandangkan semuanya adalah ibu-ibu muda yang sama-sama berjuang dalam medan dan minat yang sama. Saya juga dapat memperoleh ebook yang berguna sebagai bahan bacaan dan mendapat kelebihan yang diberikan kepada mereka yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. 
Sekiranya anda tercari-cari jalan untuk memulakan bisnes secara online, akademi ini dapat membantu anda membantu apa yang patut. Ruang dan peluang yang ada, janganlah dilepaskan. Jika tidak, mungkin anda akan menoleh sahaja ke belakang melihat ruginya anda tidak merebut peluang ini sejak awal-awal lagi. Peluang adalah banyak, hanya bergantung kepada usaha dan kesungguhan anda sahaja. Semoga kita sama-sama berjaya.
==
Berminat dengan produk pendidikan awal kanak-kanak yang membolehkan anak-anak belajar sambil bermain sejak usia bayi hingga prasekolah? Jemput ke blog saya di http://wansyahidakahar.blogspot.com/ atau browse di Photo Album saya di https://www.facebook.com/IslamicKidsShop/photos_albums .

Pakej Anak Pandai Mengaji. 

Nak Ajar Anak Baca Quran? Adik Naufal umur 2 tahun dah kenal alif ba ta, woow hebat!

Testimoni yang baru kami terima, tahniah kepada Puan Nordila Bt Ahmad. Iman Naufal Hakeem B. Herman yang berusia 2 tahun 2 bulan boleh mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan mudah menggunakan kad imbas Al-Furqan. Jom tengok video adik Iman Naufal Hakeem B. Herman http://youtu.be/qiG46tZgl_8

Lagi.. Apa kata pengguna Set Buku Al-Furqan?

“Saya dah pun terima set al-Furqan dan dah mula ajar anak saya mengaji (umo 2 tahun). Alhamdulillah dia memang minat sangat sampaikan asik dok usung buku 1 dan kupiah dia ke sana ke mari dan mintak saya atau ayahnya ajarkan dia mengaji, alhamdulillah… Cuma yang kelakar tu, masa mula-mula ajar tu, saya ikut sebutan dalam buku tu (huruf ba) tapi dia p bantai baca Yaasin pulak sebab selama ni dia dok dengar saya mengaji macam tu. Tapi adik dia yang umo 11 bulan pulak yang pandai ikut. ~Puan Afrohah – Cheras, Selangor~

“asalamualaikum…., alhamdulilah…jas dah terima set furqan tu….balik je dari keje…terus tunjuk kat anak dara jas (5thn)…jas ajar muka surat 1-4 je….pas tu jas kata ok…simpan dulu esok lak… dia kata x mau…kakak nak baca lagi…..jas kata kakak baca ler dulu…mama nak rebus botol susu jap…..dari dapur jas dok dengar dia baca……lancarnya…. pas tu jas pi le jenguk…dan suruh dia ulang balik…… dia baca dari muka surat 1-20…..dengan lancar sekali…….x payah jas tegur bacaan dia tu…….allah je yg tahu…hati jas masa tu……dan anak jas tgur…nape mama mcm org nak nanggis je…… jas happy sgt2 dengan kemampuan anak jas tu…….ALHAMDULILAH….” ~Puan Jasliza – Sg. Petani, Kedah~

“Saje nak bagi tau.. anak saya sejak guna set Al-Furqan tu dia dah boleh baca dalam tulisan jawi.. Minggu lepas cikgu sekolah dia bagi tau saya .. terkejut le jugak..sebab kat rumah takde pun buku jawi.. rupanye dia belajar dari buku Al-Furqan.. baca Muqaddam pun dah pandai.. walau pun sebenarnya dia tak sampai lagi ke tahap baca Muqaddam.. Alhamdulillahhh..” ~Puan Zarina – Kajang, Selangor~

PAKEJ LENGKAP AJAR ANAK DARI TAK TAHU MENGAJI SAMPAI PANDAI MENGAJI BACA MUQADDAM, BELAJAR TAJWID DAN BELAJAR SOLAT..setiap rumah patut ada!

Pakej Bestari ini mengandungi 8 produk :
==========================

1.Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1

2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak

3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada akd imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan

3.Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak

4.Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
-setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar

5.Tajwid Al-Furqan
-sambil-sambil ajar anak muqaddam, anak-anak anda juga boleh belajar tajwid menggunakan buku ini

7.Poster Makhraj Huruf
-membantu anak anak menyebut huruf mengikut makhraj yang betul.poster yg sangat berguna untuk anda dan juga anak-anak anda

8.Panduan Amali Solat
-bila anak dah pandai mengaji, mesti ajar anak solat.Buku amali ini adalah panduan yg berguna untuk ajar anak-anak anda solat

Insyaallah mudah-mudahan anak-anak kita cepat pandai mengaji dan istiqomah mengerjakan solat.

===================================
Berminat? PM kami dengan cara klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078.

Harga SPECIAL UNTUK 10 orang yg TERAWAL yang buat bayaran pada hari ini (Jimat RM10):
RM94 termasuk kos Pos Laju dalam Semenanjung Malaysia.
RM98 termasuk kos Nationwide ke Sabah/Sarawak.

Jika berminat, boleh buat bayaran ke akaun bank :

MAYBANK
No Akaun: 164182408771
Nama: Wan Syahida
Third Party Email: wsyahida@yahoo.com

Selepas bayar SMS kepada 012-6753078 atau email kpd wsyahida@yahoo.com masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge