Tips Travel Kalau Suka Bercuti Dan Berjalan

By | 28/07/2023
Tips travel


Hari ni maybe saya boleh try share & recall apa tips travel yang boleh ualls apply kalau suka bercuti / berjalan.. Kalau macam we all, every year akan pasti ada masa yang kami melancong ke luar negara. Kecuali masa Covid-19 memang kena stop. Last trip adalah ke Padang Indonesia pada bulan November 2019. 2020 dah Covid-19. Border dah buka tahun 2022, kami jelajah Turkiye.

Nak kata banyak pengalaman tu tak lah sangat. Kami dah pernah ke :

  1. Brunei
  2. Singapore
  3. Indonesia (Medan & Padang)
  4. Vietnam (Ho Chi Minh & Hanoi)
  5. Thailand (Hatyai & Phuket)
  6. Jepun (Kyoto & Osaka)
  7. Turkiye (Istanbul & Bursa, latest adalah kali ke-2 kitorang discover lebih banyak negeri di Turkiye termasuklah Bolu, Cappadocia & Pamukkale)
  8. Umrah (Mekah & Madinah)

Domestik around Malaysia lagilah banyak..

Kami start cuba berani berjalan masa anak first baru berusia tak sampai setahun. Saya dan suami berkahwin pada tahun 2010. Bayi pertama kami lahir pada bulan Julai tahun 2011. Jadi itulah waktunya kami cuba untuk travel jauh sikit daripada biasa. Tahun 2011, pilihan pertama ialah Brunei. Memikirkan ia destinasi yang aman & selamat dalam keadaan kami membawa baby.

Tips Travel Dari Segi Persediaan

  1. Fikirkan negara mana yang diminati untuk dituju. Kalau tak sure, tanya diri sendiri. Suka tengok nature, shopping, ataupun culture? Ada orang suka ke bandar besar macam London, Tokyo. Nak shopping. Ade juga yang suka tengok nature macam Switzerland. Tahun lepas saya ada tengok Wawa Zainal & Aeril bercuti ke Swiss. Tapi Wawa share yang dia tak leh tahan lama-lama di Swiss sebab dia tak minat. Dia lagi suka ke bandar-bandar untuk shopping. So, tengok la minat u apa. Kalau saya , saya suka nature , culture & history. Shopping bukan minat saya sangat. Cukup sekadar beli magnet kot. Ahaks.
  2. Dah tahu, terus cari group-group FB yang share tips ke negara tersebut. Join group-group yang berkenaan dan banyakkan membaca & melihat. Amik feel pengalaman orang lain. Belum mampu tak apa. Yang penting jiwa korang dah mahu. Hehe.
  3. Buat sedikit research kat travelog orang lain. Research juga tentang attractions di sana, makanan, cuaca, matawang, musim apa yang best, budaya orang tempatan, apa orang selalu shopping / makan di situ, dll.
  4. Tengok harga trip, tiket, flight apa, berapa hari, usha-usha skit pakej yang ada, tengok cara DIY, tengok pakej ground. Tengok juga time bile yang boleh dapat rate murah daripada biasa. Tengok juga di mana transit jika perlu transit. Boleh juga tengok travelog travellers lain yang banyak dikongsi di laman Youtube. Lagi feel di sana sebab perkongsian secara video. Jadi kita boleh lihat sendiri macamana keadaannya di negara tersebut.
  5. Sambil-sambil tu dah kena menabung. Duit memang banyak kena pakai. Menabung la dalam Rm200 ke sebulan. Masuk dalam tabung Maybank saver. Kalau istiqamah, setahun dah boleh simpan RM2400. Ok la tu. Kalau 2 tahun, RM4800. Kena buat target savings dan bina income mulai hari ni.
  6. Tak cukup RM200 (contoh), then kena planning betul-betul kewangan. Kena buat target savings dan bina income mulai hari ni. Jimat mana yang boleh, dan tambahkan pendapatan mana yang boleh. Kalau target nak ada RM6k untuk ke Swiss contohnya, bahagi berapa bulan dan berapa RM kena simpan setiap bulan. Ada target dan tempoh menyimpan, tu yg terbaik. Baru korang disiplin.
  7. Bincang dengan pasangan untuk usahakan bersama-sama. So nanti boleh sama-sama berjimat dan menambahkan tabungan. Bab berbincang dengan pasangan ni antara yang paling exciting sebab kita selalu ada topik menarik yang nak diborakkan. Sometimes bila pergi mana-mana je, nampak je apa-apa yang berkaitan dengan negara yang kita minat, kita dah boleh tambah info selalu. Biar sama-sama target, sama-sama dapat bersedia dan tambah ilmu along the way.
  8. Kesihatan kena tip top. Badan kena fit. Nama pun berjalan. Memang banyak pakai kaki. Mesti jaga kesihatan dari sekarang. Contohnya nak Umrah, kena praktis berjalan. Kena banyak exercisekan kaki bagi ada stamina. Jauh perjalanan nanti. Macam saya, saya perlu dukung baby. Tak semua tempat selesa dengan stroller. So wajiblah saya amalkan B-Complex & ESP hari-hari tanpa miss. Malam recharge dengan Ostenutrix (source of calcium & magnesium) untuk legakan sakit-sakit bahu dan kaki.
  9. Sentiasa berada di dalam circle orang yang sama-sama turut meminati travelling. Pengalaman saya, bila kita meminati sesuatu hobi tu, kita akan pasti berjumpa dengan orang yang meminati hobi yang sama. Contohlah macam saya dan suami, kami dah baaaanyak kali sertai pakej percutian, banyak jumpa strangers yang lama-lama buat jadi kawan, dan kenal lebih ramai orang baru dengan asbab kami menyertai banyak percutian. Semua tu buatkan kami dapat menambahkan circle kenalan dan network kami. Percaya tak, ada suatu keluarga yang kami kenali semasa bercuti di Royal Belum Rainforest di Gerik Perak, kami masih in contact sampailah ke hari ni. Dan kami suka bertukar-tukar pengalaman tentang percutian memasing. After few years tak jumpa dan kembali berjumpa, diorang share diorang dah pergi ke South Korea. Now tengah plan nak pergi ke Bali Indonesia. Diorang teringat kat kami dan berhajat nak ajak kami join group tour diorang sekali. Bayangkan!! Kenal masa kat trip bercuti, dan berhubung mengenai percutian sampailah ke hari ini sebab minat kami yang serupa. Tiap kali berjumpa je, topik bercuti je yang kami borakkan :-).
  10. Sentiasa open minded dan ada jiwa nak sahut cabaran. Kalau ada yang rasa takut-takut, tak berani, itu tak berani, ini tak berani.. Ualls takkan belajar tau. The thing is, uall kena berani mencuba. Berani explore dan banyakkan membaca pengalaman orang lain. Banyakkanlah membaca. Banyak bahan yang boleh dicari. Kat Google pun ada banyak bacaan. Kat Youtube ada banyak video. Kat kedai buku pun ada banyak travelog yang orang lain tuliskan pengalaman lengkap mereka. Cubalah juga berkawan dengan orang-orang yang dah pernah travel ke negara berkenaan. Jangan limitkan peluang kita ok!! Always read. Always cari info. Always excited dengan your own dreams. InsyaALlah, benda yang asalnya hanya angan-angan, akan bakal menjadi kenyataan.

Ok setakat tu dulu tips travel daripada saya.

Banyak lagi tips travel yang boleh anda dapati jika join circle orang yang kerap travel. Kita kena banyak-banyak menuntut ilmu daripada orang yang dah berpengalaman macam-macam.

Jangan hadkan impian anda untuk mentadabbur bumiNya. Sebab negara-negara lain bukannya diciptakan Allah untuk penduduk negeri tu saja. Tapi Allah cipta untuk sekalian manusia dari seluruh pelusuk dunia untuk kita sama-sama tadabbur.

Bila kita berjalan, kita dapat belajar banyak sangat benda. Dan kita akan rasa sangat bersyukur dengan negara kita sendiri.

Malaysia is still the best, walaupun negara lain sangat indah dan ada banyak keistimewaan lain. Sekadar mengenali tempat orang je, nak stay di sana tu tidaklah.. 😆

Baca Juga :

  1. Persiapan Kesihatan Diri Ketika Travel
  2. Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

P / s : Saya surirumah yang berbisnes Shaklee, dapatlah allocate duit untuk trip. Kalau nak sertai team saya dalam Shaklee, jom saya share lagi banyak pengalaman , tips , & ajar camne nak besarkan pendapatan. 🥰

Sekian. Semoga entry tips travel saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

2 thoughts on “Tips Travel Kalau Suka Bercuti Dan Berjalan

    1. syahida Post author

      Ok tu.. Kita memang bermula dengan dalam negara.. lepas tu berjinak-jinak dengan luar negara 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge