Tips Cara Didik Anak Menjadi Soleh – daripada Tanyalah Ustaz TV9

By | 12/12/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Cukup tak kita ajar anak kita adab-adab?
Bismillah.
Assalamualaikum.. 2-3 hari yang lalu, ada tajuk best kat Tanyalah Ustaz TV9. Tajuknya ‘Anak Soleh’. Nama ustaz sorry saya tak kenal namanya. Tapi dia memang banyak kali dah keluar kat Tanyalah Ustaz. Saya dapat kutip dan tulis beberapa tips melalui soalan-soalan yang diajukan penonton kat studio masa tu. Tips-tips ni saya berminat nak mengabadikannya dalam blog ni sebab tips-tips ni tak pernah terfikir oleh saya untuk mengamalkannya. Betul jugak caranya. Lepas dengar tips ni daripada ustaz, terus saya nak aplikasikannya kepada anak-anak saya terutamanya anak sulung saya. Anak sulung saya baru 3 tahun 4 bulan.
Soalan : Bagaimana Nak Mendidik Anak Menjadi Soleh/Solehah?
1) Ajar anak selalu ucapkan ‘Saya sayang ibu’ / ‘Saya sayang ayah’.
Betul. Kita pun tentu kekok nak sebut macam ni kat mak ayah kita sendiri kan? Sebabnya? Sebab kita tak dididik atau diajar untuk ucap macam tu sejak kecil. Tak biasa la. Tak pernah ‘practice’. Jadi, kalau kita nak anak-anak kita mesra dan rajin ucap yang dia sayang kat kita dan jadi anak yang soleh solehah, lebih-lebih lagi bila dia dah meningkat remaja, ajarkan mereka untuk sering mengucapkan ‘saya sayang ibu’ atau ‘saya sayang ayah’ semenjak usia kecil mereka lagi. Supaya mereka tak kekok untuk ucapkannya bila dah besar nanti. Jadi kita biasakan siap-siap sejak kecil. Kalau boleh, biar kita ajar anak-anak untuk sebutnya setiap kali kita hantar anak kita gi school.
Tapi janganlah harap anak je yang sebut selalu. Ibu bapa pun kena la rajin-rajin sebut dan katakan yang kita sayangkan anak-anak kita. Sebelum bye bye dan sebelum anak salam tangan kita untuk pergi sekolah, katakan yang kita sayangkan mereka selalu no matter what.
Ingat ya, sometimes perbuatan sahaja tak mencukupi untuk menyatakan sayang kita pada seseorang, lebih-lebih kepada kanak-kanak. Jadi, rajin-rajin la sebutkannya dan rajin-rajin juga la ajar anak kita untuk menyebutkannya juga. Biar anak sentiasa rasa yakin yang kita tak marahkan dia atau bencikan dia pun atas apa-apa sebab. Anak-anak ni memang suci murni. Yang mereka nak dari kita adalah kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan mereka takut kalau kita marahkan mereka. Jadi kurang-kurangkanlah marah atau serius je sokmo dan lebih-lebihkan lah sayang. 
Ajar anak kita berikan ucapan yang baik-baik
2) Ajar anak selalu bantu ibu bapa / buat baik kepada ibu bapa
Anda expect anak-anak anda untuk selalu bantu anda, tapi anda sendiri tak pernah nak ajar dia dulu bagaimana caranya? Atau lebih haru lagi anda nak suruh anak anda buat benda yang anda nak, tapi anda sendiri tak pernah ajar dia camne cara nak buat perkara tu. Dah la tak ajar, pastu mengharapkan agar dia buat dengan penuh kesempurnaan pula tu. Bila dia tak dapat buat atau tak pandai buat, anda marah. Siapa yang salah dalam hal ni? Bukan anak ya tapi ibu bapa. 
Jadi, kadang-kadang tu mintalah anak-anak kita untuk tolong buat sesuatu kerja. Contohnya kita nak anak kita besar nanti jadi anak yang solehah, rajin masuk ke dapur dan tolong apa-apa yang patut dengan pandai-pandai sendiri. Jadi semasa dia dah masuk umur yang boleh diharap (darjah 5 pun dah boleh harap), ajarkannya untuk menggoreng ikan yang kita dah siap-siap bubuh kunyit dan garam contohnya. 
Ajarkan anak kita untuk menggembirakan ibu bapa juga. Contohnya? Suruh anak kita menelefon kita kalau dah sampai mana-mana. Atau kat asrama. Ajar dia untuk selalu call kita pada waktu sekian-sekian, hari sekian-sekian, dengan kekerapan sekian-sekian. Baru lah anak akan terbiasa sendiri dan jadi terikut-ikut untuk selalu memberi laporan kepada kita sampai la meningkat dewasa nanti. Bukan la nak kepoh sangat, tapi zaman sekarang kan macam-macam perkara boleh jadi. Kalau anak kita ada habit selalu call kita kan bagus. Anak akan jadi rapat dengan kita. Walaupun nanti dah pergi oversea dan belajar tinggi-tinggi, tak lupa untuk telefon kita untuk tanya khabar dan mohon restu kita. Kan ke soleh macam tu? Sejuknya hati kita kan.
Antara cara yang lain untuk menggembirakan ibu bapa juga adalah dengan mengambil berat akan kesihatan ibu bapa kita. Jadi, ajarkan anak kita untuk membelikan kita ubat contohnya. Apabila ibu kita sakit, kitalah sepatutnya yang jadi orang pertama yang mengusahakan ubat untuk ibu kita. (Ni dah cakap pasal kita dengan ibu kita pulak. Tapi memang ustaz cerita macam ni tau). 
Oh tetiba saya rasa nak sebak dan teringat kat mak saya pulak. Sebab saya memang suka ambil berat akan kesihatan mak. Mak saya ada darah tinggi sejak umurnya 40-an lagi dan disebabkan darah tinggi tu, ginjal mak saya dah tak berfungsi sebelah (atau dah kurang berfungsi la). Sampai la sekarang dah umur warga emas. Sekarang ada kencing manis pula lagi. Saya memang tak banyak duit untuk belikan ubat ke apa. Lagipun mak saya kakitangan kerajaan dan dapat pencen. Ubat-ubatan dia semuanya free daripada Hospital Universiti. Syukurlah kan. Kalau tak, tanggungjawab kami anak-anak untuk tanggung kos perubatan mak. Sekarang, saya suka berbakti kepada mak saya dengan membekalkan supplemen-supplemen kesihatan Shaklee. Saya tak profit apa-apa pun. Anggap saja saya belikan untuk mak saya. Untungnya dah siap jadi ahli Shaklee sebab harga ahli jauh lebih murah. Dengan cara ini saya dapat bantu mak saya improve kesihatannya terutamanya dalam bab nak turunkan paras kolestrol (Shaklee ada OmegaGuard dan Phytocol-ST yang baik untuk turunkan paras kolestrol dan kurangkan risiko jadi pesakit jantung). Selain tu, Vitamin C-SR untuk gusi mak saya dan Ostematrix (calcium) untuk tulang. Mak saya pun nak kulit muka cantik dan gorgeous jugak tau so dia makan jugak Collagen Powder Shaklee. Baru-baru ni dah minat pula nak try Vitamin E. Huhu. Itu la mak saya. (dah termelalut ke cerita mak pula). Ayah saya pun dah mula ambil Vitamin C-SR. Untuk mak mertua, saya dan suami belikan Vivix yang terbaik untuk turunkan paras gula (mak mertua ada diabetis. Baca : Yang Terbaik Untuk Mak) dan bapa mertua pula saya dan suami belikan Ostematrix (calcium) untuk tulang yang sihat (bapa mertua saya masih bekerja membanting tulang). Yang nak ceritanya, selagi kita hidup, gembirakanlah mak dan ayah kita walau dengan cara apa sekalipun. Dan yang paling disukai mak ayah bila umur dah lanjut-lanjut masuk warga emas macam ni tentulah untuk bantu mereka capai tahap kesihatan yang lebih baik dan kunjungan kita ke kampung selalu, bawa balik cucu-cucu untuk mereka melepas rindu.

3) Ajar anak bersikap lemah lembut, bersabar, manis muka dan sentiasa senyum
Macamana lah nak ajar ni? Heheh. Tak lain tak bukan kita lah yang terlebih dahulu kena berikan contoh yang baik kalau kita nak anak-anak kita jadi macam tu. Saya rasa hebatnya ibu bapa yang berjaya didik anak-anak mereka semuanya memiliki sifat-sifat di atas ni. Memang anak soleh solehah. 
Saya tahu kita semua mana ada yang sempurna. Nabi Muhammad s.a.w je manusia yang paling sempurna. Yang boleh kita buat adalah buat yang terbaik semampu yang boleh walaupun tak sempurna. Kita juga tak kuat untuk melawan nafsu. Apa yang kita boleh buat adalah mohon kepada Allah dan berdoa agar kita dikuatkan iman dan ketaqwaan. Insya Allah. Doa juga supaya anak-anak kita terdidik menjadi anak yang bersikap lemah lembut, bersabar, sentiasa manis muka dan senyum. Doa-doa ibu bapa kan mustajab?

Buat baik kepada anak-anak, buat mereka rasa disayangi keluarga.

4) Ajar anak beri duit gaji, sikit pun tak apa.
Bukanlah kita nakkan duit tu sangat. Al-maklumlah dah tua, berumur. Nak guna untuk apa la sangat, kan. Lebih-lebih lagi pada zaman kos sara hidup yang makin meningkat ni, anak-anak yang duduk di bandar pun kena berjimat dan hidup sederhana seadanya. Tapi anak-anak kena juga hulurkan duit kepada mak ayah supaya duit dan harta gaji anak-anak tu berkat. Jadi, ajarkan anak kita untuk berikan duit kepada kita walaupun sedikit. Kalaupun anda tak memerlukannya, anda boleh saja simpankan semua duit tu. Mana lah tahu, anda perlukannya sewaktu kecemasan suatu hari nanti? Atau mungkin anak yang kecemasan? Cucu ke yang memerlukan? Jadi, ambil la duit yang anak bagi dan simpan sahaja. Buat sedekah pun boleh.
Saya teringat semasa saya mula-mula bekerja selepas saya graduate dahulu. Saya tak tahu perlu bagi mak ayah saya berapa ringgit daripada gaji saya. Pesan kakak saya dan mak saya masa tu, berapa banyak tu tak penting. Yang penting berapa yang kita mampu berikan. Kalau rezeki kita lebih, kita beri lebih. Kalau kita tak berapa mampu, berilah setakat mana yang kita mampu sahaja.
Gitu lah tips nya. Banyak elaboration daripada saya sendiri. Moga anak-anak sekarang terdidik ke arah menjadi generasi soleh solehah. Kita sebagai ibu bapa, mari lah kita berusaha sebaiknya untuk didik anak-anak kita. Pening kepala lah kita asyik dengar macam-macam kes jenayah kat TV. Apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang (dari zaman dulu lagi sampai makin teruk jadinya). 
Saya teringat dalam satu episod Tanyalah Ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah. Tajuk tak ingat. Tapi ada disebutkannya tentang budak-budak zaman sekarang memang lain macam. Seteruk-teruk budak zaman dulu (zaman mak mak dan bapak bapak kita lah), tak la seteruk budak zaman sekarang. Kenapa ustaz kata macam tu? Sebab seteruk teruk budak-budak zaman dulu, atau senakal-nakal mereka zaman dulu, mereka tak lawan mak bapak atau ‘pijak’ mak bapak macam budak-budak zaman sekarang yang berani melawan dan mencederakan ibu bapa sendiri. Yang mengugut ibu bapa pun ada. Naudzubillahi minzaalik. Jadi tolong, tolong ubati masyarakat kita bermula dengan keluarga kita.
Sekian dahulu. Semoga bermanfaat. Silakan share kalau ia baik untuk orang lain juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge