Tag Archives: Catatan Pengalaman

Kesilapan Ibu Bapa Di Rumah Sebelum Anak Memasuki Taska, Tadika ataupun Sekolah Rendah

Bismillah. Ibu bapa adalah guru yang paling dekat dan terawal untuk anak-anak, bukannya guru-guru di taska mahupun tadika.  Saya merupakan seorang anak kepada seorang guru yang telah pencen daripada kerjaya guru di sepanjang kerjayanya. Saya banyak mendengar dan melihat sendiri pengalaman ibu saya yang menangani masalah anak-anak murid di sekolah rendah yang jauh ketinggalan daripada rakan-rakan sebayanya yang… Read More »

Menjadi WAHM Pada Usia 29 Tahun

Bismillah. Sebenarnya saya tak pernah menyangka saya dapat menjadi seorang WAHM (Work-At-Home-Mom) seawal usia 29 tahun ini. Sememangnya telah lama saya impikannya. Namun untuk ia menjadi realiti, pelbagai perancangan perlu dilakukan. Setelah 5 tahun berpengalaman bekerja sebagai seorang Engineer dalam bidang Biomedical Engineering Design, saya mendapati bahawa kepuasan hidup saya bukannya di sana. Walaupun makan gaji dengan selesa,… Read More »

Mendidik Anak Ilmu Asas Al-Quran Pada Awal Usianya Dengan Menggunakan VCD

“Ini anak bongsu saya..alya..setahun setengah..tiap2 mlm minta pasang “alif ba ta” ..siap kekiri kekanan klu time nasyid tu…dah boleh sebut alif ba ta..walaupun tak penuh lagi..klu tunjuk flash card tu dah boleh kenal 4 ke 5 huruf ..walaupun kdg2 tu ada gak salah…..:))” – Puan Niza Kassim – Didik anak dengan ilmu asas Al-Quran sejak kecil. Semua bayi… Read More »

Memupuk Sikap Cintakan Buku Kepada Anak Sejak Kecil

Bismillah.. Ini gambar anak saya Ameerah yang membuka buku dengan sendirinya. Memang kegemarannya ‘membaca’ buku walaupun saya tidak faham apa yang disebutnya. Hakikatnya anak saya sebenarnya masih belum pandai membaca. Umurnya baru 2 tahun. Tapi dia tetap gemar membebel sendiri seolah-olah dia sedang membaca buku dengan betul. Biarpun salah bacaannya tapi anak saya sukakan buku malah amat suka… Read More »

Anak Adalah Cerminan Ibu dan Bapanya

Sumber gambar : http://www.lutherwood.ca/mentalhealth/services/child-parent-place Apabila lahirnya seorang bayi ke dunia daripada dunia rahim yang telah menjadi rumahnya sebelum dilahirkan, Allah telah menjadikan seorang bayi itu boleh melihat, mendengar, menghidu ataupun merasa apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Berbeza daripada dunia gelap bayi sewaktu berada di dalam kandungan ibunya. Ini boleh dibuktikan apabila sejak bayi lahir lagi, seorang bayi perlu… Read More »

Kaedah Saya Mendidik Anak Membaca Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Bersambung daripada entry saya yang sebelum ni, antara produk yang saya sering gunakan untuk mendidik anak saya mengenal Al-Quran adalah Set Buku Al-Furqan dan VCD Lagu-lagu Al-Furqan.  Masa saya mula-mula belikan untuk anak saya, dia baru je berumur 1 tahun 3 bulan dan anak saya masih belum mengenal semua huruf-huruf Alif Ba Ta. Jangan risau kalau anak-anak kita… Read More »

Langkah Awal Mendidik Bayi Membaca Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahiim. Sebagai seorang yang pertama kali menjadi ibu, tentunya pelbagai perkara dan persoalan yang menerjah di fikiran kita mengenai sebarang permasalahan dan perkembangan bayi dan anak kita, kan? Pada masa itulah, kita mula mengGoogle isu-isu yang kita mahukan penjelasan dan banyak bertanya dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang mungkin berpengalaman. Tambahan pula dalam masa tempoh berpantang, kita sentiasa… Read More »

Entry Pengenalan Tentang Pemilik Blog dan Apa Yang Anda Bakal Perolehi Daripada Blog Ini.

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian kepada Allah. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W. Syukur Ya Allah di atas segala kurnian-Nya, yang memberikan saya nikmat yang paling besar, iaitu nyawa dan keimanan. Alhamdulillah. Masih lagi berupaya menghirup udara yang segar, mampu berjalan menuju ke destinasi… Read More »