Tag Archives: 0-12 Bulan

Tips Berbicara Dengan Bayi

Sejumlah kajian telah menunjukan bahwa anak-anak yang orang tuanya kerap mengajaknya bicara saat mereka bayi ternyata memiliki tingkat IQ yang jauh lebih tinggi. Di samping itu, kosa kata mereka juga jauh lebih kaya berbanding dengan anak-anak yang jarang sekali mendapatkan stimulasi verbal sewaktu mereka masih bayi. Anda dapat mulai mengajak bayi anda berbicara sejak anda mulai hamil. Secara demikian, bayi anda… Read More »

Sebab-sebab Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum Cukup 6 Bulan

 Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil satu bulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan… Read More »

Bagaimana untuk Bermain Aktiviti yang Mudah dan Ringkas Bersama Bayi

Teks : Wan Syahida Kahar Kanak-kanak secara semulajadinya suka bermain dan dapat mempelajari banyak bahasa dan pelbagai perkara baru. Mereka suka belajar sambil bermain bersama kawan-kawan serta ibu bapa. Manakala anak-anak kecil di bawah 3 tahun suka mempelajari warna dan bentuk. Satu peraturan yang perlu diingati ibu bapa selalu, jangan menjadi seperti cikgu kepada anak yang seringkali suka… Read More »

Perkembangan Bayi 3-5 Bulan

Teks : Wan Syahida Kahar Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, anak kedua saya sudah pun berusia 5 bulan 1 minggu. Masih terngiang-ngiang pengalaman melahirkannya. Masih kuat lagi ingatan mengandungkannya dulu sewaktu saya sering terbaring dan banyakkan berehat. Syukur sangat-sangat Allah kurniakan kami anak lelaki yang sihat dan sempurna dan saya berupaya menjaganya sendiri dan masih dapat menyusukannya dengan… Read More »

Perkembangan Bayi 0-1 Bulan (Bahagian 2)

Teks : Wan Syahida Kahar Kekuatan fizikal bayi akan semakin berkembang setiap hari walaupun bayi anda masih kecil. Pada bulan yang pertama ini, pelbagai tindak balas semula jadi yang dimiliki pada awal kelahiran akan mula hilang sedikit demi sedikit. Biasanya pada bulan pertama kelahiran bayi ini, waktu berjaga mereka lebih panjang daripada waktu tidurnya jika dibandingkan dengan minggu… Read More »

Perkembangan Bayi 0-1 Bulan (Bahagian 1)

Teks : Wan Syahida Kahar Bayi merupakan makhluk Allah yang sangat istimewa. Malah, sejak dalam kandungan ibunya lagi, perkembangan bayi di dalam kandungan adalah begitu menakjubkan. Sehingga kini, para saintis dan golongan pengkaji masih menerokai perkembangan bayi ini dalam pelbagai konteks. Bayi juga makhluk yang bijak kerana mereka mengalami kadar perkembangan dan tumbesaran dengan begitu cepat. Semua perkembangan… Read More »

Tips Mengatasi Anak Meragam

Teks : Wan Syahida Kahar Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 2 tahun ke atas tentu biasa mengalami situasi anak meragam. Jangan resah kerana ini adalah perkara yang sangat normal. Orang Mat salleh panggil ia ‘the terrible twos’. Bukan anda je yang mengalaminya. Semua ibu bapa pun sama jugak 🙂 Hal ini terjadi sebenarnya kerana anak-anak… Read More »

Pakej Softbook Bayi Bijak

Seronoknya boleh ajar bayi kita membaca. Membaca seawal usia masih bayi, bagus untuk membantu perkembangan sensori dan otak bayi. Galakkan dia memegang, menyelak halaman, menggigit buku, malah tidur dengan buku selepas membaca tidak merisaukan lagi. Baca dengan nada yang tinggi rendah, dengan bercerita dengan pelbagai gaya untuk membina imaginasi anak-anak yang sihat! Pupuk minat membaca sejak bayi lagi!… Read More »