Simpan Impian Untuk Menunaikan Umrah

By | 02/12/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Malam ini saya tak terasa mengantuk jadi saya perlu juga update blog ini. Beberapa hari meninggalkan blog ni rasa macam ada lubang dan tak complete rutin saya. Hehe. Hari ini saya agak kesibukan. Siang tadi saya bersama suami keluar ke Maju Junction bagi ke branch Tabung Haji. Lama kami menangguhkan hasrat kami untuk memasukkan duit raya anak kami Ameerah dan membuka akaun bank Tabung Haji untuk Ameer. Dulu pernah singgah ke Tabung Haji kat Jalan Tun Razak. Tapi silap sebab masa tu musim selepas hari raya haji. Terlalu ‘meriah’. Jadi kami terpaksa membatalkan hasrat masa tu. Sekarang baru ada kesempatan bila suami saya kerja shift petang hari ini. 
Ameerah dah awal-awal didaftarkan haji (simpanan minimum yang mesti ada dalam akaun Tabung Haji mestilah RM1300 untuk melayakkan seseorang mendaftar). Alhamdulillah untuk Ameer, awal-awal lagi dia pun memang dah layak untuk mendaftar haji, hasil daripada duit yang dia dapat masa awal-awal lahir dulu dengan masa Raya 2014. Alhamdulillah dah berjaya daftar, syukur atas rezeki Allah :-). Yang terkejutnya, ‘turn’ dia pergi haji adalah pada 2077. Haha. Masa tu umur Ameer pun dah 63 jika diizinkan Allah panjang umur. 
Bercakap mengenai haji, saya tersentuh bila teringatkan bumi Mekah dan Madinah. Kadang-kadang bila terlihat rakaman ‘live’ Kaabah di TV AlHijrah setiap kali sebelum masuk waktu solat fardhu, saya selalu explain kat Ameerah tentang apa tu (Kaabah) dan impian Ummi dan Abi nak ke sana tahun depan. Saya ulang-ulang katakan kepada Ameerah, “Ameerah, kalau Ummi ngan Abi banyak duit, murah rezeki, dapat la kita pergi Mekah tahun depan. Yang macam dalam TV ni. Ameerah doakan la supaya kita semua dapat ke sana tahun depan.” Ameerah macam faham tak faham aje. Dia ulang cakap balik je apa yang saya cakap sambil teruja. 
Betul. Besar impian kami. Saya takkan putus asa selagi impian kami ini belum tercapai. Saya tak ada pun impian macam nak beli rumah besar, kereta besar, bercuti luar negara dan semua-semua tu (belum lagi) – yang hal-hal dunia ni saya akan berimpian nanti-nanti. Hehe. Yang saya nak berimpian dahulu sekarang hanyalah nak menunaikan umrah. Tu je. Setelah dapat umrah, baru lah saya lega nak berimpian perkara lain. Walaupun begitu, nak juga saya fikir-fikirkan tentang matlamat masa depan. Cuma impian saya buat masa ni lebih berat kepada berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama suami, anak-anak dan keluarga. Dah terlalu lama saya inginkannya. 
Jom! Saya tahu ramai sahabat-sahabat dan di antara pembaca blog ni pun ingin sangat-sangat nak menunaikan umrah, kan. Takpe. Jom la kita berimpian. Sebutkan dan niatkan mulai dari sekarang, zahirkan kepada Allah dalam doa-doa kita. Biar Allah tahu niat kita. Mohon supaya Allah pertemukan kita jalan untuk memudahkan kita mencapainya. Mudah-mudahan. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge