Ada yang di sini bergelar surirumah bekerja? Mesti ada banyak dugaan kan terutamanya masa awal-awal resign dari kerja makan gaji. Maklumlah tak biasa.
Macam saya, saya pun ada cabaran dan dugaan yang biasa mak-mak hadapi.
Contohnya dugaannya bila menjaga anak kecik.
Pernah 1 hari, anak saya Ameer seawal Subuh lagi dah bangun menangis merengek. Mujur saya sempat dah siap solat sunat subuh plus solat subuh cuma tak sempat nak doa ke wirid ke. Dia tunggu saya sampai habis salam. Tepat 6.30am terus saya mandikan si kecik Ameer.
Then mula la melayan Ameer sepanjang pagi. Dia mengadu sakit perut. Badan pun rasa suam-suam je mungkin nak demam. Mujur ada Abi yang tolong uruskan kakak nak sekolah. Saya sibuk kat dapur, masak nasik goreng untuk sarapan & bekal Ameerah. Sambil Ameer nangis-nangis je kat dapur tunggu saya habis masak.
Akhirnya kul 9.30am, bila kerap menangis tanda nak tidur sangat, saya paksa je tidur. Terpaksa tegas minta berhenti menangis. Sebab pujuk lembut dah tak jadi. Tak makannya dia pujukan lembut. Sebenarnya Ameer tak berhenti menangis sebab dah sangat mengantuk. Jadi saya kena suruh untuk tidur.
Dengan anak lelaki kena tegas-tegas.
Saya lupa sebab dah terbiasa menjaga si kakak dahulu. Saya perasan dengan anak perempuan memang kena cakap lembut-lembut & hati-hati. Pujuk baik-baik.
Tapi dengan anak lelaki, lain caranya.
Cakap tegas-tegas baru dia akan ikut.
Syukur la dah masuk tidur akhirnya.
Pastu saya tengok jam, cepatnya masa.. Dah pukul 9.45am!
Kenapa la cepat sangat masa tu berjalan. Saya tak siap kerja apa-apa pun lagi. Melayan anak sahaja. Sebab tu la kerja surirumah ni sebenarnya sangat sibuk.
Camne la kalau saya masih bekerja di pejabat. Mau kena denda sebab masuk keje lambat kalau melayan kerenah anak kan? Dah masuk keje lambat, sah-sah la balik keje pun jadi makin lambat (cukupkan kerja 8 jam).
Sekarang, saya bersyukur sebab saya ada time freedom di rumah. Saya dah jadi surirumah bekerja dari rumah. Masa bekerja saya fleksibel dan saya tetap boleh uruskan dan melayan anak-anak. Tiba waktu habis sekolah, saya pergi ambil anak di sekolah.
Cuma hati kena kental. Nama je duduk kat rumah. Tapi saya takde masa langsung nak layan drama TV, nak scroll FB layan viral, lepak-lepak baca surat khabar, layan cerita politik, cerita artis ataupun nak rehat-rehat tidur-tidur.
Sebab punggung saya selalu panas dan sentiasa ingin bekerja. Kerja, ibadah, house chores, cooking, children time & business. Nothing else.
InsyaAllah bila kita ada impian dan target dalam hidup, kita takde masa nak membuang masa. ?
Bila kita menceburi bidang bisnes, sambil-sambil jadi surirumah bekerja, kita jadi takde masa nak berleka atau bersenang-senang.
Kerja surirumah tu sendiri dah begitu banyak. Ditambah lagi dengan bisnes online. Dua-dua kerja perlu seimbang dan diberikan perhatian.
Itu lah kebiasaannya hidup dan rutin mana-mana Work-at-home-moms… They stay home, but they are always working.
Ada ke mak-mak yang macam saya jugak?
Kita adalah boss kepada diri kita sendiri kan?
Semoga saya terus kuat untuk laksanakan tugas-tugas yang sangat penting untuk keharmonian keluarga tercinta.
Salam sayang,
Wan Syahida
Shaklee Business Mentor
Seorang Surirumah Bekerja dan Berpendapatan
Alhamdulillah, sibuk dengan penuh manfaat 🙂
Ikhwan recently posted…Daftar Uber
Sibuk pun satu nikmat dalam kehidupan. Kita tak sia-siakan waktu.
memang mencabar sungguh tugas2 seorang surirumah ni..lagi2 yang bekerja di rumah..saya salute
zara recently posted…Bagaimana Mengelakkan Pospartum Depression Atau Meroyan Semasa Berpantang
Ya sangat…. kalau takde time management yang bagus, memang huru hara satu rumah. 😀
terbaik puan..bukan senang nak jadi suri rumah berkerjaya
syahida recently posted…Info Sihat : 10 Diet Pemakanan untuk Anti Penuaan Anda
Hehe syahida juga.. ha’a memang bukan senang. kena kuat mental dan fizikal jugak 😀
As salam..saya pun syahida juga 🙂 dan saya juga surirumah yang bekerja. Kena tabah sebab lagi mencabar
iedanoor recently posted…Info Sihat : 10 Diet Pemakanan untuk Anti Penuaan Anda
oo syahida juga. salam perkenalan :D. Betul. bertabahlah dan banyak bersabar.. manage time bebaik 😀
tabah ibu yang sibuk menguruskan urusan kerja di rumah, sambil bisnes online tambah pendapatan keluarga.
Memang kena tabah. Kalau tak, habis problem satu rumah 😀
Kerja surirumah ni memang tak habis. 24 jam kerja untuk kesempurnaan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga.
Kerja surirumah ni memang tak habis. 24 jam kerja untuk kesempurnaan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga.
Norma recently posted…CARA MENGHILANGKAN LETIH
Kann!!aduhaiii. Kerja non-stop. Sentiasa sibuk.
Twitter: zoolligakampung
memang terbaek jadi surirumah sambil mempunyai pendapatan.. semoga maju jaya
zool recently posted…Tips Lulus MUET
ha’a.. menjadi surirumah berpendapatan adalah impian ramai wanita.. 😀
Semoga menjadi suri rumah yang berjaya.
Ramai yang kata jadi suri rumah ni kerja yang senang, hakikatnya tak mudah. Yang mana lagi nak cari income sampingan, kemas rumah dan jaga kebajikan anak.
Saya sendiri sebagai lelaki pun kagum dengan suri rumah yang tekun memastikan orang rumah bahagia.
dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah
tu laa.. hargai la isteri 😀
menjadi surirumah atau surarumah pun saya pernah alami..biarpun bekerja..
kemas anak nak mandi,mengemas rumah dan memasak adalah putaran kerja yang tidak akan habis..
yang habisnya tenaga seharian membanti ng tulang dalam rumah
Hero Borneo recently posted…Rahsia Untuk Bangkit Selepas Jatuh Teruk Dalam Bisnes
hehehe pernah jadi surarumah? dah rasa sendiri boleh la lebih hargai isteri pastu 😀
Mencabar sangat seb3narnya tugasan suri rumah ni
zara recently posted…Bagaimana Mengelakkan Pospartum Depression Atau Meroyan Semasa Berpantang
kannn.. yang pernah rasa tu faham la… huhu
Thanks sebab memahami hehehe 🙂
Dirumah lagi banyak cabaran compared to career woman kan? Duk ofis tak terganggu dengan pelbagai drama..hehe
Noriza Abdul Rahman recently posted…Wah! Sukanya Parut Campak Sudah Hilang