Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!

By | 12/04/2017

Resepi Membuat Homemade Nugget Ayam

Assalamualaikum semua :).

Suka beli Nugget Ayam tak? Biasanya anak-anak kita yang suka kan? Saya pun masa dulu-dulu biasa jugak beli nugget nugget ni. Bekal anak ke sekolah pun nugget. Antara sebab kenapa nugget ni menjadi pilihan adalah kerana ia amat mudah, ringkas dan senang disediakan. Walaupun ia bagus dari segi sumber protein iaitu daripada daging atau ayam, tapi kita tak tahu tentang kandungannya dan bahayanya terhadap kesihatan.

Sebenarnya kesedaran ni timbul apabila saya terbaca info mengenai nugget yang terproses dibeli kat pasaraya tu tak berapa elok sebenarnya. Kita tak pasti bahagian ayam mana yang dia gunakan, berapa banyak bahan tambahan perisa MSG yang dia tambahkan, berapa banyak garam yang dia letak dan banyak lagi isu lain. Selain garam, ia tinggi dengan high-fructose corn syrup (HFCS atau fruktosa jagung) yang ditambahkan untuk menambah rasa.

Selain itu juga, daging ayam ni memang agak mahal. Jadi pengilang akan pilih bahagian-bahagian ayam yang tertentu, dihimpunkan, dipadatkan dan digoreng. Kita tak tahu tu bahagian perut ke, hati ke, tongkeng ke, lemak je ke, kan. Yang pasti ia dah diproses masuk campur semua sekali. Kandungan lemaknya juga tinggi dan daging ayam sebenar dalam satu keping nugget tu sebenarnya kurang daripada setengah berat nugget! Lepas tu diikuti dengan cara digoreng dalam minyak terhidrogenasi yang mengandung lemak trans.

Jadi nugget ayam ni memang termasuk dalam makanan yang tidak sihat dan termasuk dalam senarai makanan yang perlu dijauhi. Ia rendah dengan nilai gizi makanan dan tinggi kalori dan lemak.

Sebab tu lah, timbul minat nak buat nugget ni sendiri di rumah. Benda ni pun memang dah jadi trend ibu-ibu yang prihatin dengan apa yang anak mereka makan. Resepi ni, sangat simple! Ia sangat simple, sihat sebab langsung tak perlu ada MSG dan bahan-bahan pengawet atau perisa tambahan malah rasanya pun sangat sedap. Lagi satu, ikut suka kita nak guna bahagian ayam yang mana dan ayam jenis apa.

Untuk kegunaan saya sekeluarga, saya selalu beli Ayam Organik yang tidak dicucuk. Jadi bila kita dah buat sendiri nugget ayam, sumber ayam ni kita dah boleh sendiri yakin.

OK tak yah buang masa lagi. Jommm saya ajarkan resepi Nugget Ayam yang mudah, menyelerakan dan berkhasiat ni.

Bahan-bahan membuat Nugget Ayam:

  1. Ayam – potong dadu (saya guna bahagian dada)
  2. Bawang besar – hiris
  3. Bawang putih – hiris
  4. Tepung gandum atau tepung jagung
  5. Lobak merah – hiris
  6. Black pepper
  7. Breadcrumbs
  8. Sedikit minyak zaitun
  9. Garam

Untuk salutan Nugget Ayam:

  1. Telur
  2. Breadcrumbs

Cara-caranya:

  1. Ayam yang dipotong kecil dan dadu dilumurkan dengan sedikit garam dan dikisar. Saya campurkan sedikit minyak zaitun supaya dia tak kering sangat.

    Ayam untuk membuat homemade Nugget Ayam

    Ayam dadu yang telah dikisar

  2. Gaulkan ayam kisar dengan lobak merah, bawang merah, bawang putih, sedikit breadcrumbs dan tepung. Semua agak-agak je. Yang penting dia mesti melekat dan tak terlerai.

    Gaulkan dengan ayam yang telah dikisar

    Bawang-bawang dan lobak merah yang siap dihiris

  3. Bentukkan leper-leper macam nugget.

    Nugget Ayam sebelum dimasak

    Ayam yang siap digaul dengan bahan-bahan dan dibentuk leper-leper

  4. Salut dengan telur yang dah dipukul dan kemudian salut pula ke atas breadcrumbs.

    Nugget Ayam dengan breadcrumbs

    Nugget ayam yang disalut dengan breadcrumbs

  5. Air-fry dengan Air-fryer dengan 180 Celcius selama lebih kurang 10 minit.

    Nugget Ayam digoreng dalam air-fryer.

    Saya goreng nugget ayam saya dengan air-fryer.

Haa.. saya guna air-fryer untuk lebih sihat dan bebas minyak. Sebab tu la tadi saya bubuh sekali minyak zaitun. Antara sebabnya, saya nak bagi anak-anak saya makan minyak zaitun la jugak. Lobak merah tu pulak atas pilihan sebab anak-anak pun jenis susah nak makan sayur. Kalau tak nak bagi nampak lobak merah, anda juga boleh blend dia bersama ayam supaya anak-anak tak perasan. Tapi kalau potong hiris halus-halus, memang tak perasan pun lobak merah tu masa makan. Kalau nak guna sayur lain pun boleh. Boleh  blend saja semua sekali. Contohnya cendawan ke, bayam, brokkoli atau apa-apa je. Anak-anak takkan perasan punya. Janji awak buat sedap-sedap. Tapi sebenarnya banyak sayur dan sangat berkhasiat.

Nugget Ayam homemade yang sedap dan berkhasiat

Inilah hasilnya. Nugget Ayam Homemade yang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan.

Ok, selamat mencuba!

21 thoughts on “Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!

  1. Attiey

    sekarang dah insaf nak makan nugget sebab bila nak makan tu terbayangkan bahagian2 yang tak best. nanti nak buatlah mcm resipi ni.

    Reply
    1. syahida Post author

      Kann.. Jom la insaf. Try dan improvise!

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu. Makanan terproses kena kurang kurangkan.

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe.. Tak leh nak bagi. dah habis 😀

      Reply
  2. nieyl

    ada juga tgk ramai org buat sendiri..tapi belum ade kesempatan lagi..

    Reply
    1. syahida Post author

      Rajin jugak mereka ya. Cuba la nanti 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      hahahaa.. saya belum pernah dengar lagi nugget ikan.. menarik!! kalau budak2 suka ikan, memang lagi sesuai…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge