Resdung? Dah Tak Tahan Lagi Dah!

By | 17/05/2016
Assalamualaikum para pembaca yang budiman 🙂

Kali ini saya nak share sedikit tentang masalah RESDUNG !! 

Resdung memang sangat common di kalangan kita. Hanya yang membezakannya adalah teruk atau tidak je. Saya sendiri mempunyai resdung dan begitu juga dan ibu dan ayah saya. Adik-beradik saya. Memang mudah untuk bersin memanjang terutamanya pada waktu pagi sekiranya malam sebelumnya saya terdedah dengan kesejukan dengan tak pakai selimut ataupun stokin. 
Jadi dalam entry kali ni, biar saya kongsikan sedikit sebanyak mengenai resdung, punca-punca resdung dan sedikit tips untuk kita atasi masalah RESDUNG ni!
Ini adalah perbezaannya di antara sinus yang sihat dengan yang tidak sihat!!
Mari kita ketahuinya!!

2 PUNCA BERLAKUNYA RESDUNG

“Haaa cim! Haaaa cim! Haaaaaaa cim!”

Eh…panggil pakcik hashim ke?

Takkkk. Ni sebab resdung. Duk bersin-bersin pagi-pagi dan beberapa ketika. Kadang-kadang datang dengan tiba-tiba je.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya resdung ni tau. Namun, punca ini berbeza bagi orang tertentu. Tak semestinya si A mendapat resdung punca dari yang sama macam si B alami tau. Ia bergantung pada kadar kekuatan imun sistem dan tahap elergik seseorang.

Saya kongsikan dengan anda mengenai punca utama yang sering kali berlaku.

1. Virus

Biasanya semasa selsema hadir…antibodi lemah kan. Dari situ bermula jangkitan “sinus”. Apabila seseorang terkena virus selsema, dia akan alami selsema. Dan secara umumnya…ia menyebabkan tisu dalam rongga hidung membengkak. Dan kemudiannya ia akan menutup rongga hidung sehingga tersumbat tau.

(Wah! Kita tiba-tiba pagi ni faham camne hidung tersumbat kan?)

Bila hidung tersumbat, ia menyebabkan cecair “sinus” tidak dapat dikeluarkan dan ia akhirnya menyebabkan terjadinya resdung.

2. Alergik

Ada sesetengah orang kan…bila ia alergik pada sesuatu…muka dan rongga “sinus” mula membengkak! Dan akibatnya, hidung tersumbat dan disertai dengan simptom resdung yang lain. Wah! Dapat rasakan seksanya orang tu. Kesian dia.

Menurut kajian kan…mereka yang mempunyai alergik lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal. Kita kena pastikan apakah perkara yang membuatkan kita alergik. Kerana penentunya kita. Kalau pergi jumpa doktor pon…doktor akan diagnos (korek banyak-banyak) apa yang kita makan, kita buat dan sebagainya.

Contoh biasa yang orang sering kali alergik adalah debu, bulu binatang, makanan laut, lipas dan banyak lagi. Kenal pasti apa yang menyebabkan kita alami simptom resdung ini macam hidung berair, gatal-gatal, bersin.
Bila tahu punca…mudahlah kita nak atasi masalah tu kan?

Ada lagi 8 punca tau.

 

Ok…punca mendapat resdung yang ketiga dan keempat…

3. Bakteria

Seandainya selsema tidak sembuh dalam tempoh 10 hingga 15 hari…kemungkinan besar bakteria telah bergabung dengan virus untuk melawan imun sistem badan kita. Jarang berlaku jangkitan bakteria yang menyebabkan masalah pada “sinus”. Melainkan bakteria akan menambahburuk jangkitan sedia ada yang telah dilakukan oleh virus.

4. Udara Tercemar dan Bahan Kimia

Tiap hari kita bernafas kan? Tahukah kita yang dalam udara yang kita sedut masuk dalam badan kita kini miliki pencemaran. Zaman dulu tak seteruk kini. Makin canggih zaman kita…makin banyak pencemaran berlaku. Hidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, tak selesa pada rongga hidung dan menyebabkan keradangan. Dari sinilah bermulanya masalah resdung pulak.

Lagi pulak sekarang ni…jarang sangat orang yang tak pakai minyak wangi (walau duk rumah?). Juga pencuci-pencuci kita yang harum semerbak tu ye… Ia adalah bahan kimia walau wangi tau. Memang akan berikan kesan pada badan kita sebenarnya. 

5. Mandi Di Kolam Renang

Suka mandi manda di kolam renang? Bestnya kan… Tapi… yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’…ia tak best sangat. Ini kenyataan yang perlu diketahui.

Kalau nak tahu… Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’. Kat kolam renang kan macam-macam aksi termasuk menyelam kan? Apabila kita menyelam…tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Betol kan?

Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja. Haa maksudnya masuk hidung kita secara automatik. Kandungan klorin di dalam air akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.

6. Jangkitan Kulat (Fungi)

Dr Hueston kongsikan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Wowww!! tapi..

Apabila sistem pertahanan diri rendah, kulat boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

Erkkkk!!!

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus tau. Ada orang yang resdungnya boleh menjadi kronik akibat tindak balas alergik terhadap kulat tau. Haa jangan main-main dengan kulat ni.

7. Merokok

Rokok ni kan…bila ambil, ia rosakkan kita.

Asapnya sendiri boleh buat udara tercemar tau.

Pernah terhidu asap rokok? Perit kan baunya?

Asap rokok ni boleh akibatkan keradangan pada hidung.

Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

Kesian tau. Satu tambahan ilmu pulak untuk kita hari ni kan pasal ni. ?
“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

Aihhh. Dah-dahla merokok. Takde manfaat pon tau. ?

8. Kekurangan Air atau Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Aiyooo???

Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk. Sebab itulah kita disarankan minum air dengan cukup tau. 8 gelas sehari minimum. Tujuannya adalah untuk mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

Morale story hari ni…

1. tinggalkan dekati rokok dan even asap rokok tau. (Asap rokok pon kita nak lari jauh-jauh. Ini kan pulak rokok kan???)

2. Banyakkan lagi minum air okay. Air kosong. Bukan air manis tau you???


9. Struktur Hidung yang Berbeza


Kes seperti ini jarang berlaku namun ada. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

Itu saja 9 punca resdung buat semua. Semoga mendapat manfaat tau.

Mana satu 1-9 ni menjadi punca bagi diri kita?

Cuba cek dan cuba kawal. Kita mampu membaik pulihnya tau.

Jika nak tahu lanjut, boleh tanya saya. 😉


One thought on “Resdung? Dah Tak Tahan Lagi Dah!

  1. Pingback: Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa "The Walking Beauty"? • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge