Teks : Wan Syahida Kahar
Bayi merupakan makhluk Allah yang sangat istimewa. Malah, sejak dalam kandungan ibunya lagi, perkembangan bayi di dalam kandungan adalah begitu menakjubkan. Sehingga kini, para saintis dan golongan pengkaji masih menerokai perkembangan bayi ini dalam pelbagai konteks. Bayi juga makhluk yang bijak kerana mereka mengalami kadar perkembangan dan tumbesaran dengan begitu cepat. Semua perkembangan ini membentuk personaliti baru dan kemahiran diri seawal 0-1 bulan pertama kelahirannya.
Setiap bayi dilahirkan dengan kepandaian yang berbeza-beza. Ada anak yang cepat, ada anak yang lambat. Semua ini bergantung kepada bayi dan tidak boleh diukur dengan bayi-bayi lain kerana setiap bayi melalui perjalanan yang tidak sama dan rangsangan sekitar yang tidak serupa. Bayi yang baru lahir juga mempunyai kemahiran yang tersendiri biarpun belum begitu banyak keistimewaannya lagi. Pada masa ini, bayi anda sedang belajar untuk meniru perbuatan yang dilihatnya di sekeliling dan masih sukar untuknya berkomunikasi. Mereka bagaikan diprogramkan untuk meniru mimik muka ibu bapa setiap kali ibu bapa berekspresi dan meniru bunyi yang ibu bapa hasilkan ketika bertutur. Bayi juga mula “memahami” setiap perkara yang terjadi di sekelilingnya selepas dilahirkan. Ibu bapa boleh membuat carta perkembangan untuk bayi untuk memantau perkembangan bayi mereka pada bulan pertama kelahirannya.
Fizikal
Kebanyakan perkara yang dipelajari bayi adalah secara semulajadi, tindak balas persekitaran dan sesuatu yang menarik minatnya. Bayi akan belajar dengan sangat pantas tentang sekelilingnya. Para peringkat pertama ini, bermula dengan tindakan refleks melangkah apabila anda cuba mendirikannya dengan kaki mencecah permukaan rata. Tindak balas motor pada skala pergerakan yang kecil juga terjadi apabila bayi membengkokkan kaki dan menolak badannya jika berada dalam posisi meniarap.
Pada awal kelahiran, bayi mungkin menjadi agak ‘kaku’ ketika mendengar suara anda. Dia akan senyap seketika untuk peka dengan bunyi tersebut. Badannya akan terhenti daripada bergerak-gerak kerana ingin menumpukan perhatian kepada bunyi yang anda hasilkan.
Pada hari ketiga, matanya pula yang akan memberi tumpuan kepada bunyi yang anda hasilkan dan proses ini akan berkembang sehingga bayi anda mencecah hari kesembilan. Bayi akan memberikan tindak balas terhadap bunyi yang kuat.
Apabila bayi telah berjaya memusingkan kepala dan mencari arah datangnya bunyi pada hari ke-18, bayi akan mula belajar untuk mempamerkan dan mengawal emosi terhadap bunyi. Jika anda bercakap dengan nada suara yang kuat, emosi sedih akan dirasai.
Tindakan refleks bayi pada masa ini adalah bayi akan menggenggam dengan kejap jari anda. Anda akan perasan yang genggamannya sangat kuat. Selain itu, bayi akan mula melilau mencari puting susu sekiranya anda mencuit jari anda di pipinya.
Pendengaran
Bayi anda mampu mendengar suara di sekelilingnya dengan baik pada jarak yang tertentu. Malahan, dia juga boleh mengecam suara ibu bapanya. Untuk menggalakkan perkembangan pertuturan bayi, keupayaan mendengar adalah sangat penting. Apabila bayi mula meniru pertuturan anda, ia secara tidak langsung akan merangsang kemahiran berbahasa padanya secara berperingkat-peringkat.
Penglihatan
Pada awal kelahiran, bayi akan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20-25 cm dan memerhati wajah anda dengan penuh minat. Bayi juga dapat ‘membaca’ emosi yang anda paparkan di wajah. Malah dia juga akan mampu tersenyum kembali apabila anda senyum padanya. 🙂
Pada peringkat awal ini juga, walaupun terdapat wajah anda atau objek di sekelilingnya, bayi tidak dapat lagi fokus kepada apa yang dilihat. Oleh itu, selalulah jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dengan jarak antara 20-25 cm. Anda boleh melakukannya ketika memakaikannya pakaian, bermain dengannya atau ketika sedang menyusukannya.
Ini sahaja buat masa ini. Nantikan sambungan Bahagian 2 pada entry yang akan datang. 😉
Insya Allah saya akan kongsikan perkembangan bayi sehingga bulan-bulan yang berikutnya.
Lihat Perkembangan Bayi 0-1 Bulan (Bahagian 2)
Sumber : Pa & Ma
===
Permainan Bayi Yang Comel-comel
Selalu kawan-kawan saya bertanya tentang permainan apakah yang sesuai untuk bayi berusia bawah 6 bulan atau 12 bulan? Ini koleksi yang saya jual. Boleh bertanya kepada saya terus sama ada masih ada stok atau tidak pada waktu yang anda ingin order.
Hubungi saya di 012-6753078 atau PM ke www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop . Harga yang tertera belum termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung ataupun Sabah/Sarawak.