Pengalaman Mobile Spa Dengan Youth Skincare

By | 23/05/2023
Pengalaman Mobile Spa Dengan Youth Skincare Shaklee

Selamat datang pembaca budiman. Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai peluang part time job dengan membuat bisnes facial ataupun Mobile Spa bersama team kami iaitu Beauty On The Go (BOTG). Hari ni saya akan kongsikan mengenai pengalaman membuat Mobile Spa ini dengan menggunakan Youth Skincare.

Sebagaimana kesemua servis facial atau spa yang lain, pastinya akan menggunakan skincare dalam treatment. Bagi team kami pula, tentulah kami juga amat mementingkan jenama produk skincare yang kami gunakan dalam treatment kami.

Bagi kami, pilihan produk skincare yang kami gunakan itu mestilah :

  • selamat daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya mahupun yang meragukan.
  • mestilah sepenuhnya organik dan diperbuat daripada bahan semulajadi sahaja.
  • mestilah tidak memberi kesan sampingan yang tidak diingini kepada customer.
  • mestilah mempunyai kajian saintifik sebenar ke atas manusia yang membuktikan bahawa produk ini dijamin selamat dan dijamin berkesan.
  • mestilah memberi kesan yang best kepada pelanggan supaya pelanggan sentiasa berminat untuk repeat facial.

Dengan kualiti yang kami tekankan dalam treatment facial Mobile Spa kami, kami amat berharap agar customers Mobile Spa kami mendapat pengalaman yang best apabila mendapatkan servis facial daripada team kami. Keselamatan dan jaminan keberkesanan adalah sangat penting buat kami.

Oleh sebab itu, kami memilih skincare Youth keluaran Shaklee yang terkenal dengan kelebihannya dalam bidang nutrisi vitamin dan beyond organic dalam setiap rangkaian produknya.

Shaklee merupakan perintis kepada produk supplement semulajadi yang pertama di Amerika Syarikat. Mereka memiliki barisan saintis yang sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan mengenai nutrisi dan kesihatan untuk membantu manusia menjadi semakin sihat dan bertenaga.

Shaklee dah menjadi pilihan beratus-ratus atlet Sukan Olimpik, para pengembara dunia yang menjalankan misi-misi penting, Angkasawan NASA, pemimpin terkemuka dan termasuklah sentiasa menyokong aktiviti yang menjaga alam sekitar. Sebab itulah, produk yang dihasilkan sentiasa organik, terjamin selamat dan berkualiti tinggi.

Youth Skincare Keluaran Shaklee

Ramai yang tidak tahu bahawa Shaklee yang selalu popular dengan supplement dan vitamin, sebenarnya turut ada mengeluarkan skincare. Skincare daripada Shaklee pula tentulah yang sangat mementingkan nutrisi vitamin.

Bayangkan setiap rangkaian produk skincarenya ibarat menyapu vitamin direct kepada kulit kita. Memandangkan Shaklee sangat popular dengan kelebihannya meningkatkan kesihatan pengguna, maka falsafahnya dalam skincare juga adalah dengan harapan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Bukan semata-mata mahu cantik sahaja. Tapi yang jauh lebih penting adalah kulit yang dirawat dan semakin sihat.

Jom kita lihat, apa kelebihan yang ada pada Youth Skincare ini untuk pengalaman Mobile Spa dengan team kami.

Pengalaman Mobile Spa BOTG dengan Menggunakan Youth Skincare

  1. 100% semulajadi & diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan sahaja
  2. Telah diuji oleh pakar mata (selamat jika terkena mata)
  3. Telah diuji oleh pakar kulit
  4. Telah dikaji selama 8 tahun sebelum dipasarkan (kajian sangat intensif & menyeluruh)
  5. Bebas gluten
  6. Tanpa merkuri dan paraben
  7. Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak kira kulit Asia atau bukan Asia, termasuklah kulit sensitif.
  8. Telah diuji secara saintifik bahawa ia sesuai untuk pelbagai peringkat usia dari 20an sehingga 60an. Tidak perlu rangkaian skincare yang berlainan mengikut usia pengguna.
  9. KKM approved
  10. Bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya atau diragui
  11. Kesan seawal 7 hari
  12. Tak diuji ke atas haiwan (cruelty free)
  13. Mempunyai kandungan seumpama Vivix yang terkenal sebagai bahan anti-penuaan sehingga ke peringkat sel dan DNA.

Shaklee telah pun menjalankan ujian klinikal dan ia menunjukkan, 100% daripada wanita berusia 20an hingga 60an yang diuji telah mendapat kulit yang lebih muda selepas menggunakan Youth Skincare.

2/3 daripada 100 wanita itu pula mendapat 10 tahun kulit yang lebih muda!

Wow amazing sangat! Terbukti secara saintifik tuuu. Maknanya tak disangkal pun.

Tak menghairankan apabila Youth yang memiliki ciri-ciri organik dan bebas bahan kimia, memiliki bahan ramuan yang hebat dan tinggi vitamins pula, dapat memberikan effect yang power macam ni.

Sebab itu tercari-cari skincare yang alami, organik & semulajadi, terbukti berkesan & bebas bahan kimia, Youth ni sesuai sangat-sangat. Kena cuba tau. Sebab tu lah BOTG menggunakan sepenuhnya skincare daripada Youth Shaklee.

Kalau tak berkemampuan untuk membeli Youth Skincare untuk kegunaan harian, maka itulah gunanya ada servis Mobile Spa. Anda pun boleh merasai kehebatan produk skincare Shaklee ini dalam facial treatment BOTG.

Kalau anda JOIN KURSUS FACIAL dengan Team BOTG, anda pasti akan turut memperolehi Youth Skincare ni. Jadi masa tu bolehlah cuba juga! 🙂

Nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan Youth Shaklee ini? Klik di SINI : Sains Di Sebalik Youth Shaklee.

Kenali juga Rangkaian Set Penjagaan Kulit dengan Youth Shaklee.

Ok jom… Kita tengok pula kehebatan pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare yang dikongsikan oleh team beautician dalam BOTG kami ni.

Pengalaman Mobile Spa Para Customer Team BOTG

Kesemua customers kami merasai:

  • Kulit yang lebih cerah
  • Terasa sangat lembap
  • Bintik-bintik hitam yang pudar
  • Kulit terasa lebih lembut dan licin
  • Kalau kulit berusia, lebih ketara penampakan semakin tegangnya tu
  • Kulit berusia boleh nampak kurang ketara garisan halusnya
  • Kulit nampak lebih berseri-seri

Tak dilupa juga pengalaman mobile spa dengan BOTG yang memberikan kesan urutan yang sangat rileks dan menenangkan. Siapa-siapa pun akan confirm suka dengan pengalaman mobile spa dengan BOTG ni.

Haa teruja tak ualls dengan effect yang Mobile Spa BOTG ni berikan. Ini baru sekali facial punya before and after. Belum cerita tentang pengguna Youth Skincare ni yang konsisten pakai hari-hari. Bukan saja kulit makin cantik je, tapi kulit jadi semakin sihat. Tu yang paling utama. Bila dah sihat, automatic lah nampak lebih muda. Betul-betul seperti yang diuji dalam kajian saintifik Shaklee.

Baca juga entry sahabat saya tentang pengalaman mobile spa dengan Youth Skincare.

Jom Jadi Ahli Beautician Mobile Spa BOTG Dengan Kami !

Kalau suka dengan produk yang kami sertakan dalam kursus facial kami, dipersilakan untuk menyertai team kami dan mendaftar bersama kami. Anda akan automatik mendaftar sebagai ahli Shaklee sama. Jadi selain daripada menyertai kursus facial Mobile Spa, anda turut sedang melangkah dalam penjagaan kesihatan dan rawatan kulit dengan Shaklee dari dalaman juga.

Jadi Mobile Spa BOTG kami ni lengkap untuk penjagaan kecantikan kulit secara luaran dan dalaman juga. 2 in 1 yang anda bakal dapat. Ye lah kan, kalau muka cantik saja tapi tak sihat dan badan pun tak sihat, tak best juga kan? Kita mestilah berbadan sihat dan bertenaga, lagi-lagi bila nak berikan servis kat orang.

Haaa part tu kami memang pakar. Jadi tak rugi jika anda menyertai kursus facial bersama BOTG. Jom daftar sekarang! Hubungi saya di WHATSAPP 012-6753078 (boleh klik).

Baca juga : Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG.

Terima kasih kerana membaca entry saya. Semoga bermanfaat.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Pengedar Shaklee Petaling Jaya

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Trainer Mobile Spa BOTG
Shaklee Business Leader

Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Pengalaman Mobile Spa Dengan Youth Skincare

  1. Pingback: Testimoni Buat Duit Dengan Mobile Spa • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge