Pakej VCD Anak Pandai Quran & Solat untuk Anak-anak 3-6 tahun

By | 25/01/2014

Merangkumi 9 unit item istimewa iaitu:

1. VCD Belajar Cepat Membaca Quran 1

VCD BCMA siri 1 ini adalah langkah awal yang paling sesuai bagi sesiapa yang baru memulakan pembelajaran membaca Al-Quran. Di sini kanak-kanak akan belajar cara membaca dan menulis huruf hijaiyah, penghafalan huruf hijaiyah diselangi dengan menggunakan kaedah bernasyid agar kanak-kanak tidak mudah bosan dan gembira belajar mengenal hruf hijaiyah.

2. VCD Belajar Cepat Membaca Quran 2

Video CD ini adalah lanjutan dari siri 1 mengenal huruf hijaiyah, maka VCD siri 2 ini akan membawa anda mengenal dan mempelajari cara membaca baris huruf Al-Quran atau biasa disebut Harakah yakni: Dhommah, Fathah, Kasrah, dll.

3. VCD Animasi Ikan Nun & Nabi Yunus

VCD Animasi ini menceritakan kisah Nabi Yunus AS dalam perut ikan Nun. Kisah ini diambil daripada kitab suci Al-Quran, menceritakan perjuangan pahit baginda ketika menghadapi ummatnya Kaum Ninawa (kaum NEVANEH di kawasan Palestin dan Israel sekarang) yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh baginda. Kemudian baginda beruzlah mengembara meninggalkan ummatnya itu tetapi apa yang berlaku baginda malah mendapat ujian yang lebih getir yakni terjun ke lautan yang bergelora hingga ditelan ikan Nun, dan berada dalam perut ikan Nun itu selama 40 hari 40 malam. Untuk mengetahui bagaimana baginda boleh ditelan ikan Nun dan apa yang berlaku kepada kaum Ninawa (Nevaneh) yang ingkar selepas ditinggalkan oleh baginda nabi Yunus AS dapatkan VCD ini untuk mengikuti kisah menarik ini.

4. VCD Mari Mengingati Allah dalam Adab dan Doa

VCD yang mengandungi Video animasi kegiatan harian anak soleh dengan mengamalkan Sunnah nabi daripada mula bangun tidur pada waktu subuh hingga ke tidur semula pada waktu malam. Belajar menghafal doa-doa harian beserta adab-adabnya diselangi nasyid-nasyid pilihan yang digemari kanak-kanak.

5. VCD Juzuk Amma

Alunan Merdu yang dibaca oleh Qari cilik Ahmad Saud dari negeri Bahrain Timur Tengah.
Bacaan Khas 30 Surah Terakhir, sesuai bagi sesiapa yang ingin mentahsin bacaan Juz Amma, kanak-kanak atau orang dewasa yang baru memulakan penghafalan. Dibantu dengan visualisasi karaoke dengan resam uthmani beserta terjemahannya.

6. VCD Animasi Panduan Praktikal Solat
Percuma Mini Poster Wuduk & Solat

VCD ini mengajar anak-anak anda mengenai wudhuk dan solat dalam bentuk kartun dan juga diselangi nasyid tentang solat. Mempelajari cara menunaikan ibadah solat yang baik dan benar yang mudah di aplikasikan khususnya bagi kanak-kanak yang baru memulakan belajar solat dalam VCD ini kita akan belajar:
Mengenal jenis-jenis air.
Jenis-jenis yang membatalkan wudhuk.
Cara-cara ber-wudhuk beserta bacaannya.
Cara-cara azan.
Cara-cara iqamah.
Cara-cara menunaikan solat beserta bacaan dan perbuatan dalam solat.

7. Kad Imbas Anak Bijak Alif Ba Ta

Kad Imbas yang mengajar anak mengenal huruf hijaiyah lengkap sehingga huruf berbaris fathah, kasrah, dhammah etc. Juga percuma panduan mengajar untuk ibu bapa dan guru.

8. Buku Solat Bersama Upin Ipin

Buku yang diterbitkan bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan info berkaitan Solat, daripada mengambil wudhuk hingga selesai Solat. Buku ini dapat mengajar kanak-kanak secara praktikal dengan gambaran grafik yang lengkap.

9. Poster Alif Ba Ta

3 keping poster alif ba ta yang boleh ditampal di ruangan belajar anak-anak di rumah.

Kelebihan pakej ini adalah:

1. VCD boleh dipasang di tv dan laptop. Boleh dibawa ke mana2 sahaja. Dalam bentuk animasi kartun yang dapat menarik perhatian anak2 seusia ini.

2. Penggunaan kad imbas dan buku solat berwatakan kartun kegemaran Upin Ipin yang menarik dari segi ilustrasi gambar yang jelas, terang dan berwarna warni pastinya menambat hati anak2 untuk membaca sambil belajar.

3. Gabungan dua item i.e VCD dan Buku boleh diselang selikan dan digunakan sebagai alat bantu penggunaan kedua2 item tersebut bersama poster pada ruangan belajar anak-anak.

Kami yakin gabungan pakej ini membantu anda dalam pendidikan Quran & Solat anak terutamanya di rumah.

Apapun cara penggunaan adalah mengikut kreativiti ibu bapa. Terpulang kepada anda!

HARGA SATU PAKEJ LENGKAP INI IALAH RM150 (tak termasuk kos pos).

Caj poslaju Semenanjung Malaysia: RM11.20
Caj Pos Guna NATION WIDE untuk SABAH/SARAWAK: RM12.80
Caj Poslaju Sabah: RM19.70
Caj Poslaju Sarawak : RM16.40

Berminat untuk order, boleh PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp 012-6753078.

Like kami di Fanpage Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge