Nutriwhite : Skincare Organik, Semulajadi dan Bebas Kimia

By | 24/07/2017

Nutriwhite : Skincare Organik, Semulajadi dan Bebas Kimia

Setelah berbulan-bulan Nutriwhite skincare ni out of stock dan sold out, akhirnya ia dah kembali re-stock betul-betul sebelum Raya hari tu. Lama betul saya tunggu sebenarnya. Dan masa sebelum raya, akhirnya dapat jugak kubeli produk Nutriwhite ni. Selama ni saya hanya gunakan Make-up Remover, Gentle Cleanser, Softener (Toner), Essence, Spot Whitening dan Night Cream sahaja. Yang terakhir yang belum beli dan pakai adalah Ultimate Protection (Day Cream).

Ini baru first time saya nak try Protection Lotion dia ni (day cream yang ada spf skali) sebab pertama kali masa saya guna Make-up Remover dengan Cleanser brand Nutriwhite ni, memang dah rasa dah kelainan produk ni tau.

Nutriwhite : Gentle Deep Foaming Cleanser (Membersih)

Kalau biasa saya guna Cleanser tempatan atau yang biasa, tak terasa pun sebersih Cleanser ni. Saya tak tau nak khabarkan bagaimana. Tapi kalau anda cuba, terasa lainnya cleanser ini dengan cleanser biasa. Selama ni saya dah pernah guna banyak jenis pencuci muka. Antara yang saya ingat, Fair & Lovely, Safi, Safia Rania Gold, Nanowhite, Mamadil dan pelbagai lagi. Semuanya ada kelebihan tersendiri termasuklah wangian dan kesegaran. Tapi Cleanser Nutriwhite ni lain bila dah cuba sendiri.

Apa yang lainnya?

Yang paling ketara adalah buihnya yang sangat kaya walaupun anda picitkan terlalu sedikit. Campurkan dengan amaun air yang secukupnya (jangan terlebih, nanti buih tak jadi), kemudian dah cukup untuk anda cuci seluruh muka dengan bersih dan menyeluruh. Anda tak perlu picit banyak, sebab ia hanya membazir. Picitkan sikit je. Amalan ni akan menyebabkan Cleanser anda boleh bertahan 6 bulan hingga 1 tahun lamanya tau!

Selepas cucian, kulit terasa sangat-sangat dicuci bersih kerana kekayaan buih dia, pulak tu cucian dia terasa sangat menyeluruh. Hasilnya kulit terasa sangat refreshed.

Rata-rata kawan-kawan dan customer saya yang pertama kali mencuba Cleanser ini akan beri komen berpuas hati. Semua kata ia sesuai dengan muka diorang dan terasa kulit nampak lebih cantik pulak. Tentang jimat tu ya memang betul kata mereka. Alhamdulillah bila semua berpuas hati.

Nutriwhite : Cleanser & Make-up Remover

Nutriwhite : Cleanser & Make-up Remover

Nutriwhite : Gentle Action Make-up Remover (Membersih)

Kalau digabung dengan pengunaan Gentle Action Make-up Remover ini sebelum Cleanser di atas pula, memang terasa clean & clear je kulit sebab Make-up Remover tu akan “exfoliate” dalam keadaan kering dan buangkan segala daki-daki daripada kulit. Make sure kita gunakan Make-up Remover ni dalam keadaan kering sahaja ya!! Jangan ada basah-basah mana-mana. Sebab kekeringan tu akan scrub muka dan buang segala daki dan make-up atau foundation di wajah kita.

Hasilnya kulit akan bersih daripada kotoran dan bersedia untuk dicuci bersih oleh Cleanser Nutriwhite pula.

Bila cuci muka dengan Cleanser pula, memang sangat bersih terasa. Selain bersih, kulit wajah rasa sangat lembut dan fresh. Takde pun rasa regangan kulit after wash ?

Make-up Remover ni ibarat kawan baik kepada Cleanser lah. Hasil gabungan dua-dua ni memang sangat mantop. Ada perbezaan yang besar kalau gabung dengan tak gabung. Lagi sekali susah nak cerita. Rasa dulu baru tau. Haha

Tapi kan… Kalau nak tahu, disebabkan ke’best’an dua-dua items ni, ia kerap sold out dan digilai ramai. Sekejap-sekejap sold out aje.

Sekali dah rasa, nak lagi… Tapi mujur lah dua-dua pun jenis tahan lama. 6 bulan hingga setahun. So kita takde la perlu beli banyak kali kan.

Jadi kalau anda nakkan wajah yang sangat bersih, suci dan segar dengan selengkapnya, kedua-dua set combo di atas ni memang sangat sesuai. Ia adalah yang paling asas untuk anda cuba. Kalau nak cuba Nutriwhite 🙂

Nutriwhite : Soothing Radiance Whitening Softener atau Toner Nutriwhite (Memperbaharu)

Memandangkan harga dia yang boleh tahan, so each month saya try beli one by one. Dah try Make-up Remover dengan Cleanser, next month try Toner dia pulak ?. And yes, again memuaskan hati sebab ia tak melekit, tak pedih, terasa lembap, sangat lembut dan membantu mengecilkan pori-pori.

Sebab saya miliki kulit jenis berminyak dan pori-pori yang besar. Saya wajib ada Toner selepas mencuci muka bagi menutup pori-pori di wajah. Bila saya try rangkaian Nutriwhite ni, memang rasa sesuai even though dia sesuai untuk kulit normal. Kulit berminyak or kering pun boleh je guna sebab dia neutral and natural for all.

Apa yang saya dapat rasa, muka yang berminyak terasa kurang berminyak lagi. Muka rasa dicuci bersih selepas seharian berada di luar. Dan yang penting, jerawat di muka semakin berkurang, kesan daripada penjagaan wajah yang bersih hari-hari dengan bantuan Make-up Remover dan Gentle Deep Cleanser tadi tu.

Toner ni juga berfungsi sebagai pembuangan pantas sel mati yang menyebabkan kulit kusam, juga menyerlahkan kulit yang lebih cerah dan lebih berseri.

Oh ya satu lagi perkara tentang set penjagaan muka Nutriwhite ini, kesemuanya tidak ada bau-bauan atau wangian tau. Ia completely natural tanpa bahan kimia dan tanpa pewangi. Sebab bila ia kata ia semulajadi dan bebas bahan kimia, ia benar-benar semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia pun.

Nutriwhite : Toner

Nutriwhite : Toner

Nutriwhite : Daily Defense Whitening Essence (Mencerah)

Selain daripada Make-up Remover, Cleanser dan Toner, Nutriwhite juga ada Serum yang berbentuk essence. Fungsinya adalah untuk membantu mencerahkan wajah dan warna tompok hitam yang sedia ada. Saya pernah try dah Essence ni dah ternyata ia sangat cepat menyerap dan cepat kering. Jadi kalau anda nak terus apply foundation atau bedak pun dah ok!

Pentingnya Essence ni adalah ia merawat dan mencerahkan wajah kita. Dan penting untuk apply ia selepas Toner tau! Sebab selepas kita cuci muka, selepas sapu toner, baru lah wajah dah bersih dan pori dah tutup, dan bersedia untuk dirawat oleh skincare lain iaitu Essence ini. Seterusnya menjadikan tona kulit lebih sekata, lebih cerah dan lebih menawan!

Saya dah try Essence ni sampai habis sebotol. Botol dia kecik je tapi tiap kali guna, tak perlu banyak pun. Sebab dia serum kan. Cukup sikit sahaja untuk sapuan di wajah. Kulit saya memang terasa improve dan nampak kurang kusamnya berbanding dulu. 

Nutriwhite : Serum

Nutriwhite : Serum

Nutriwhite : Spot Whitening Treatment Lotion (Merawat)

Kemudian ada Spot Whitening Lotion untuk jeragat atau bekas-bekas jerawat dan tompok-tompok hitam yang degil. Spot Whitening Lotion ni optional je tau. Kalau anda ada masalah jeragat la especially, boleh apply ni selepas Essence supaya ia dapat menghilangkan jeragat-jeragat di wajah.

Jeragat ni masalah dari bawah kulit. Jadi tak boleh la nak harapkan keajaiban dan jeragat hilang dalam masa yang cepat! Jadi bila apply Spot Whitening Lotion ni untuk jeragat, diminta bersabar dan tetap konsisten apply setiap hari. Apply pun jimat-jimat skit. Bentuk tiub nya pun dah membantu untuk kita jimat sebab ia hanya ada lubang kecil dan kita hanya picitkan amaun yang diingini sahaja untuk kawasan jeragat yang kita nak atasi. Jadi tak lah membazir. Malah ia menjimatkan pengguna agar tidak membazir dan terpicit banyak sangat.

Try la dan anda akan rasa penjimatannya dan keberkesanannya.

Bagi saya pula, saya tak ada jeragat. Tapi saya ada masalah parut jerawat. Jadi saya apply kepada parut jerawat untuk cepat hilangkan parut jerawat.

Nutriwhite : Spot Whitening Treatment

Nutriwhite : Spot Whitening Treatment

Nutriwhite : Overnight Renewal Whitening Night Cream (Memulih)

Yang terakhir adalah Whitening Night Cream yang berfungsi untuk memperbaharui sel-sel kulit di wajah ketika kita sedang tidur. Jadi selepas selesai segala rutin di atas, boleh lah apply terus Night Cream ni.

Night cream dia ni kan, kalau apply sebelum tidur, esok pagi terus muka rasa macam licin sangat ?

Pastu parut-parut jerawat pun tampak makin pudar. Yang penting, rajin-rajin lah konsisten amalkan keseluruhan set ni untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, cerah, segar dan sihat.

Saya memang suka la apply Night Cream ni. Rasa tak lengkap pulak rutin tidur saya kalau tak apply. Rugi satu hari je rasa kalau tak apply! Sebab waktu kita tidur lah waktu di mana kulit wajah kita nak pulih dan renew balik semua sel-sel kulit yang kita dah buang tadi. Bukan saja badan kita rehat, kulit wajah kita pun nak rehat tau. Jadi proses ni kita bantu dengan penggunaan Night Cream ini.

Nutriwhite : Night Cream

Nutriwhite : Night Cream

Nutriwhite : Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (Mencegah)

So far untuk keseluruhan Nutriwhite ni saya dah guna kesemuanya ? except for this Lotion SPF ini.

Berkenaan dengan Lotion SPF ini, dia bertindak sebagai Day Cream. Pada siang hari bila kita akan terdedah kepada matahari dan persekitaran, elok untuk kita apply supaya kita dapat elakkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan sinar UV serta persekitaran yang menggelapkan dan merosakkan kulit.

Sebabnya, sinaran matahari ni kalau kita kerap terdedah dan terkena, lama-lama wajah kita akan mudah berjeragat. Jadi, sediakan perisai Day Cream ni yang dilengkapi dengan SPF 15 supaya muka kita sentiasa terlindung. Jeragat pun dapat dicegah dan muka pun maintain putih gitu. Amalkan sejak sebelum dapat jeragat tau! Sebab kalau dah dapat jeragat, haa nangis nak hilangkannya semula!! Sebab jeragat ni bukannya senang nak hilang. Jadi, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Kenapa agaknya saya letak dia sebagai last product to try? Sebab kerja saya duk rumah je dan saya jarang terdedah kepada sun light. Haha. Tapi tak bermakna saya tak keluar rumah langsung. Jadi sebab tu, saya tetap membelinya dan nak apply setiap kali sebelum saya keluar rumah.

Nutriwhite : Day Cream SPF

Nutriwhite : Day Cream SPF

So now saya dah try semua, I will try this last one. So complete lah semua Nutriwhite saya ?

Apakah Keistimewaan Nutrwhite Ini?

About Nutriwhite yang buatkan saya rasa sangat amazed, kalau nak tahu, ini lah sebabnya :

✅ Dihasilkan daripada bahan semulajadi dan bebas bahan kimia

Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika

3 years of R&D between US and Japan.

✅ Daripada R&D tu, 16 bahan semulajadi terbaik dari 16 negara telah terpilih.

Ujian yang menyeluruh

✅ Specially designed for Asian skin

So natural, even fragrance pun takde

✅ Sangat selamat dan berkesan

✅ And of course, sangat menjimatkan!

Boleh imagine tak Cleanser dia, saya pakai setahun baru habis ?

Tak tau nak cakap tapi memang dia perlu picit sikit sangat untuk buih yang cukup banyak & memadai untuk mencuci keseluruhan muka. Seriusly the only Cleanser that I’ve tried, that lasts this long. Itu pun ada share share skit dengan pelanggan spa ?. Suami pun ada curi-curi guna kadang-kadang. Tapi tak boleh la nak jamin sebab ia bergantung kepada penggunaan individu. Pandai-pandai la jimat ya. Bagi saya, sikit saja dah memadai untuk mencuci muka. Jadi sebab tu ia sangat tahan lama untuk saya.

Saya tak tau la apa saintis Jepun ngan US buat sampai takde chemical, all natural tapi terus bleh jadi banyak buih & so effective ni! So safe pulak tu. Hehehe. Best kan?

I’m just so happy I’ve completed all my Nutriwhite skincare items. Finally!! Syukur boleh beraya dengan lebih gembira tahun ni hehe.

Oh yes saya nak add on pasal 16 ingredients utama yang ada dalam Nutriwhite ni jugak.

16 Ramuan Utama Dalam Set Skincare Nutriwhite 

✅ Bahan bahan botani yang digunakan adalah paling tulen dan herba paling berkuasa bagi membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, lebih cerah dan bercahaya.

16 ingredients tu adalah:

? Bearberry – Meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan

? Strawberry Begonia – Mencerahkan & mengurangkan pigmentasi

? Mulberry – Mencegah kerosakan matahari dan melembap

? Skullcap – Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

? Pokok Bic (Beech Tree) – Meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

? Kacang Soya – Mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok

? Aloe Vera – Melegakan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

? Rosemary – Mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan

? Mountain Arnica – Mengurangkan keradangan dengan flavones

? Cat’s Claw – menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin

? Peony – Mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

? Kudzu Leaf & Roots – Menegang dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon

? Linden – menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam

? Marshmallow – melembapkan dengan tanin

? Seaweed – mengeluarkan, memelihara dan menegangkan

? Green Algae – menyahtoksin dan melembapkan

Whoa! ?

Banyak, kan? All selected from 16 different countries lagi. Semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan je kan?

Untuk pengetahuan, gabungan nutrien unik sedang-dipaten ini dinamakan WhitenN-16. Formula ini ditambah dengan pemangkin aktif Vitamin C juga tau serta derivatif likuoris, yang membawa setapak lebih hampir untuk menyerlahkan kecerahan kulit, membantu menghapuskan tompok hitam, dan menampilkan kulit yang halus dan menawan!

Japanese product plak tu. Saya memang selalu admire Japanese skin care sebab ada pengalaman guna Japanese product lain sebelum ni iaitu Nanowhite ?

Penutup

So friends kalau sukakan skin care yang natural, specially for Asians, international product, yang boleh mencerahkan dan menyihatkan kulit secara selamat dan semulajadi tanpa langsung ada bahan chemical yang membahayakan, boleh try Nutriwhite ni gak ok!

Sebab saya dah guna sendiri & memang puas hati ?

Saya kalau saya suka, itu je saya recommend! Kalau saya tak suka, atau tak menjadi kat saya, idok ler saya nak recommend. Hehe.

Berita Terkini Nutriwhite

Nutriwhite ni walaupun berasal daripada Jepun, ia adalah keluaran Shaklee tau. Shaklee ni US company. Eh uolls kat Jepun pun ada Shaklee. Kan international? Jadi untuk skincare for Asian skin, Shaklee keluarkan dari Jepun dan R&D pun kat Jepun.

InsyaAllah selepas ini Shaklee bakal keluarkan skin care baru daripada Jepun bagi menggantikan Nutriwhite ni. Sekarang ni hanya ada Gentle Deep Foaming Cleanser dengan Gentle Make-up Remover sahaja yang dijual untuk habiskan stok. Selepas stok ni habis, dah tak ada lagi Nutriwhite.

Tapi jangan sedih-sedih sebab tak sempat nak try Nutriwhite skincare ni. Sebab Nutriwhite pun dah best, mesti yang lepas ni lagi lagi lagi BEST ! 

Dari Jepun pulak tu. Saya memang amazed la dengan skincare Jepun, Korea dan yang sewaktu dengannya. Maklumlah, kita ni kulit orang Asia. Jadi sila la pilih produk Asia yang telah dicipta khusus untuk kulit jenis Asia ye! Kalau produk US, selalunya ia sesuai untuk kulit Caucasian aje. Sebab tu ada orang tak sesuai pakai produk US.

Berminat untuk dapatkan Nutriwhite? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Selain itu, terdapat juga penjagaan dalaman wanita untuk menyerlahkan kecantikan kulit dari dalam ke luar. Ini kerana badan yang sihat dan bersih akan menyerlahkan kecantikan wajah secara lebih semulajadi. Bayangkan jika badan kita tak sihat, macam mana wajah kita pun nak sihat, kan?

Jadi, sebaiknya kita amalkan penjagaan kulit dari dalam seperti mengamalkan Vitamin C setiap hari, meminum ESP ataupun amalkan Collagen Powder dan Vivix untuk kesan lebih cepat dan awet muda. Di samping kurangkan makanan yang tak sihat yang bagi kita lagi cepat tua seperti gula berlebihan.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

4 thoughts on “Nutriwhite : Skincare Organik, Semulajadi dan Bebas Kimia

    1. syahida Post author

      Betul. Dah jadi kesedaran ramai orang sekarang untuk cari yang semula jadi je.

      Reply
  1. shikin satiman

    Sy pun guna nutriwhite..memang best skincare ni..patutlah ramai yg tak tukar dah skincare lain bila dah pakai nutriwhite..

    Reply
    1. syahida Post author

      Benda yang bagus orang tetap ulang cari 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge