Nikmati Kelebihan Jika Kita Mengembara

By | 02/03/2017

Saya bersama anak-anak di atas bot, Laut Bosphorus

Ramai yang suka saya share gambar-gambar Turki 2 bulan lepas. Sebenarnya saya tak banyak gambar. Tangan sibuk menjaga anak-anak. Tapi ada la sikit untuk saya share. Kebanyakan gambar semasa di Turki, saya share di Facebook.

Satu perkara yang saya suka ketika travel ni, suka saya ambil pengajaran dan ibrah daripada sejarah kawasan itu.

Kalau nak tahu, setiap kali Tourist Guide kami explain sejarah tempat yang kami lawati, saya suka pay full attention. Tapi bila tangan dan attention kena berikan kepada anak-anak, terpaksa missed banyak points menarik. ?

Tu la sedikit cabaran bila kita nak mentadabbur bumi orang.

Cakap tentang tadabbur… Dalam Al-Quran ada diperintahkan untuk kita mengembara, membuka minda. Sebab tu kita digalakkan untuk travel.

Lihat sejarah yang terjadi di tempat tu. Buat kita berfikir. Kemudian apa yang kita rasa bermanfaat, kita tanam dalam hati… Muhasabah diri.

Pastu, bila anak dah besar nanti, kita ada bahan nak ceritakan kepada diorang ? contohnya kalau diorang tengah belajar subjek Sejarah kan.. dengan topik Turki Uthmaniyyah. Kan ke seronok kalau kita dapat ceritakan??

Berbeza kalau kita duduk terperap je kat tempat sendiri. Bila kita travel ni, feel dia lain daripada melihat gambar je atau baca cerita je tau. Kita dapat rasa sangat REAL nya tempat tu. Rasa bumi dia. Nampak dengan mata sendiri. Lihat dengat dekat! Pegang dengan tangan sendiri. Rasa udara di bumi tu… Ia akan sangat meresap dalam jiwa.. serius best..

Saya sendiri rasa teruja.. seronok dapat pengalaman yang macam ni. Alhamdulillah di atas peluang yang diberikan oleh Allah.

Sebenarnya kalau nak kata kami ni kaya sangat, tidak.. Tapi semua ni perlukan perancangan kewangan yang awal. Usaha yang keras untuk capai apa yang kita nak. Dalam hal kewangan travel ni, memang kami sama-sama usahakan.. dan semuanya perlukan perancangan yang rapi.

Kepada yang bercita-cita untuk travel, naik kapal terbang, sebenarnya anda juga boleh.. Kalau niat dari awal dan rancang dari awal.. Carilah bisnes part-time yang sesuai dengan jiwa. Dah jumpa, terus buat. Tak yah fikir! Then niatkan yang baik-baik, niatkan anda nak gi Umrah atau sebagainya, InsyaAllah… nanti Allah akan tunjukkan jalan..

Saya doakan lebih ramai lagi orang yang dapat menjejaki bumi Turki dan Mekah Madinah… Sebab semua ni adalah part of ibadah… Kita memang dianjurkan. So, tak salah kalau anda kejarkan, usahakan untuk menabung. KHUSUS untuk travel.

Everybody must have the dreams to travel ok!!

Gambar: Atas feri merentasi Laut Bosphorus, Turki. ?

 

8 thoughts on “Nikmati Kelebihan Jika Kita Mengembara

    1. syahida Post author

      Benar sekali.. mencari pengalaman…

      Reply
    1. syahida Post author

      Sekali dah travel mesti rasa nak travel lagi kan!!

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe. Cerita dari hati lebih syok πŸ˜€

      Reply
  1. dedauncomel.com

    Meskipun keluar mengembara kini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di negara ini terutama bagi golongan muda, namun masih ada yang beranggapan travel hanya membazir duit dan tidak memberi impak positif kepada individu terlibat.

    Hakikatnya banyak sekali kebaikan yang boleh diperolehi daripada mengembara
    dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di RumahMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul memang ada mentaliti macam tu. Tapi sekali bila dah try travel sekali, tahu bestnya camne, mula la teringin nak travel lagi πŸ˜€

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge