Nak Atasi Masalah Anemia Ketika Hamil ?

By | 12/02/2016
Anemia? Selalunya anemia ni berlaku ketika kita hamil. Dan ketika kita hamil juga la waktu yang paling kritikal untuk kita atasi masalah anemia ini. Kenapa anemia ini begitu berbahaya kepada ibu mengandung? Kerana ibu yang anemia boleh membawa risiko keguguran kepada bayi ataupun kelahiran bayi pra-matang. Bayi pun tak dapat membesar dengan sempurna. Dan bayi itu juga besar kemungkinan akan menjadi anemic juga apabila lahir nanti. Sekiranya bayi itu perempuan, maka dia juga akan mengalami masalah anemia apabila hamil bila besar nanti. 
Sangat memberi kesan, kan? Seandainya ibu yang hamil itu sentiasa mengambil berat, pastinya dia akan cuba atasi masalah anemia atau paras hemoglobin (HB) yang rendah ini walau apa jua rintangannya. Sebab kesannya begitu bahaya.
Jadi mari kita kenali dahulu apa tu Anemia :-).
Anemia adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini turut saya alami untuk kandungan pertama dan kedua. 
Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah [hemoglobin] ibu kurang daripada 11gm%.

Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen & zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi Hipoksia (kurang kandungan oksigen).

Klasifikasi Anemia :

Anemia teruk         : Hb < 7 gm%
Anemia sederhana : Hb 7 – <9 gm%
Anemia ringan        : Hb  9 – <11gm%
Normal                  : Hb > 11 gm% 

Punca anemia :
1. Kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12,
2. Jangkitan cacing
3. Penyakit malaria
4. Masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. Kerap mengandung [kurang dari 2 tahun], kehamilan kembar, kerap keguguran
Tanda-tanda anemia :
1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat
Kesan anemia kepada ibu :
1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin
Kesan anemia kepada kandungan :
1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.
Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak Zat Besi ataupun bahasa omputihnya Iron :-).
Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan :
1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.
6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

TIPS :

Kerap la mengambil makanan bijirin atau dan hasil bijirin yang diperkaya dengan asid folik (contohnya roti gandum). 

– Asid folik adalah sejenis Vitamin B dan asid folik ni sifatnya mudah sangat untuk terlarut dalam air. Ia juga mudah musnah sekiranya dimasak terlalu lama.
Oleh itu,     
– pendekkan masa memasak
– kurangkan penggunaan air/kuah dalam masakan
– masak secara kukus     
– pilih makanan atau sayuran segar
Pengambilan Hematinik :
1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.
2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.
3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.
4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.
5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.
Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang
Cegah ANEMIA ketika hamil dengan VITALEA with Iron Shaklee & juga B-Complex Shaklee.
VITALEA Shaklee diperkaya dengan zat besi & iron untuk pembentukan sel darah merah.

 Kenapa ya Vitalea with Iron ini begitu istimewa?
Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin & mineral yang pertama dicipta di dunia! Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” & disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Hebat kan? Hihi.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buah, 12 vitamin & 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vita-Lea Shaklee disaluti dengan spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini & teknologi eksplosif yang kompleks (Explo Tab). 

Vita-Lea Shaklee merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air & tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Vita-Lea Shaklee merupakan salah satu supplemen asas selain B-Complex  & Vita C Plus.

Kebaikan Utama Vita-Lea Shaklee:

1) Penambahan tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh & mental, sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

2) Pelengkap nutrisi – kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) & anaemia

3) Keupayaan sistem produktif – penting kepada kanak-kanak & remaja yang sedang membesar

4) Metabolisma – membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan proses penuaan
   
5) Elemen penting pada sel tubuh – menyediakan asas nutrisi,memastikan sel hidup,pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku & hormon, serta menjaga kesihatan tiroid
   
6) Melindungi organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.

B-Complex Shaklee

B-Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

– B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga
   
– Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika sedang mengandung, HB saya telah meningkat daripada 9 atau 10 ke 11 selepas mengamalkan Vita-Lea & B-Complex Shaklee secara konsisten selama 2 minggu. Jadi, kalau anda mempunyai Hb yang rendah, anda bolehlah mencuba Vta-Lea & B-Complex Shaklee untuk meningkatkan Hb darah anda. Pasti tidak rugi!

Psst : Mommies boleh je kalau nak ambil Vitalea sahaja sebab Vitalea mengandungi Iron. Tapi, Iron itu lebih baik diambil bersama Asid Folik dan Vitamin C supaya penyerapan Iron itu lebih baik. 

Jadi sebab itulah, pilihan terbaik tentulah gabungan 3 supplemen Shaklee ini iaitu:

1) Vitalea with Iron

2) Sustained Release Vita C Plus (Vitamin C) dan 
3) B-Complex (kaya asid folik).

Yang ni pula video seorang ibu yang pening memikirkan cara meningkatkan Hb, diajak menggunakan Vitalea Shaklee, die tak nak,  jom kite tengok ape kesudahan kisah die? Berjaya tak die melawan anemia yang dialaminya ketika mengandung?

Ni pula testimoni bertulis tentang kesan Vitalea dalam menaikkan HB ketika hamil πŸ˜‰

Ingin mendapatkan Vitalea, B-Complex atau Vitamin C bagi membantu anda mencapai kesihatan yang lebih baik dan bagi membantu mengatasi masalah anemia ketika hamil? Hubungi saya untuk bantuan, pembelian dan konsultasi. 012-6753078. Area Petaling Jaya, Selangor.

 Atau ingin menjadi ahli Shaklee terus untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih menjimatkan?

Seorang pengedar Shaklee perlu bantu daftarkan anda. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian pendaftaran sebanyak RM80 seumur hidup (RM70 + RM10 untuk kos penghantaran membership kit). Jadi, hubungi saya terus untuk saya bantu daftarkan keahlian anda untuk seumur hidup. Saya sedia membantu πŸ™‚.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

2 thoughts on “Nak Atasi Masalah Anemia Ketika Hamil ?

  1. Pingback: Cara-cara Kawal Gula Dalam Darah Bagi Ibu GDM

  2. Pingback: Set Berpantang Shaklee : Kebaikan yang Sangat Hebat! • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge