Mengapa Anak Selalu Batuk Waktu Malam?

By | 14/01/2016

Mengapa anak saya batuk waktu malam??

Pernah tak ibu-ibu alami masalah ini??
Anak asyik batuk je waktu malam. Tapi waktu siang, ok pulak. Takde pula batuk.
Sebenarnya, batuk itu adalah satu tindak balas badan terhadap bendasing yang masuk ke saluran pernafasan.
Bendasing contohnya kahak, habuk, dan lain-lain.
Proses batuk sebenarnya melindungi paru-paru kita daripada dicemari oleh apa sahaja bendasing yang masuk.
Jadi batuk sebenarnya memberikan faedah kepada kita.
Batuk bukanlah penyakit. Batuk hanya menunjukkan bahawa sistem pernafasan kita sedang menghadapi masalah.
Jadi, kita tidak seharusnya merawat batuk, tetapi merawat Punca Batuk tersebut.
Batuk boleh disebabkan oleh penyakit asma.
Ianya akibat daripada pembentukan kahak (lendir) dalam saluran pernafasan, lalu menyebabkan kita batuk dan sukar bernafas.
Penyakit asma, jika menyerang dengan teruk akan menyebabkan seseorang :
– Bernafas laju
– Sesak nafas
– Keletihan
Note: Perlu diberikan rawatan nebulizer secepat mungkin
Selain asma, punca batuk waktu malam juga adalah disebabkan oleh “post-nasal drip”
Ianya akibat daripada banyaknya lendiran hingus pekat di dalam rongga hidung.
Apabila anak kita tidur dalam keadaan terlentang, lendiran hingus akan mengalir ke belakang kerongkong dan berkumpul di situ, lalu mengakibatkan batuk.
Apa yg boleh kita lakukan.. Pastikan anak minum air yang banyak untuk “melonggarkan” lendiran hingus yg berada dalam hidung, kerongkong mahupun paru-paru.
Selain itu, berilah anak vitamin C.
Kenapa kena ambil vitamin C?? Ini ada kaitan dengan punca terjadinya hingus atau mukus.
To be continued ~
#TeamSeamlessMom
#HamilDenganSihat
#SetHamilTerbaikShaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge