Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah kembali segar pada hari ni untuk menulis :-).
Mencari nama untuk anak? Untuk anak kedua kami yang bakal dilahirkan ini, saya dan suami agak kesibukan untuk berbincang mengenai nama yang ingin kami berikan kepada anak kami. Selain daripada takde idea nak bagi nama apa, isu-isu lain yang selalu menjadi keutamaan menyebabkan kami agak lewat membuat keputusan untuk nama anak. Ada bincang sikit-sikit dan akhir-akhir ni barulah dapat satu keputusan yang dipersetujui bersama :-).
Sebenarnya matlamat kami untuk anak kami ini juga tak jauh beza daripada anak pertama. Jadi, nama pun nanti akan jadi lebih kurang :-). Saya banyak juga bertanya kat kawan-kawan yang suka bab-bab bagi nama anak ni.. Hehe. Seronok dengan idea mereka. Saya buat list, kongsikan dengan suami. Dari situ kami shortlist dan pilih mana yang berkenan. Seterusnya, saya kena tanyakan pendapat rakan yang mahir berbahasa Arab, betul ke tak nahu Arab dalam nama yang kami nak tetapkan ni nanti :-).
Bercakap mengenai nama anak, saya dan suami tak berminat dengan nama-nama yang boombastik yang menjadi trend ibu bapa muda zaman sekarang. Biar simple dan bermakna serta betul penggunaannya, itu yang penting. Yang penting juga, kami ingin mendidik anak-anak kami menjadi sepertimana nama mereka. Insya-Allah, semoga Allah memberikan kekuatan dan kemampuan.
Sama seperti Sultan Muhammad AL-Fateh yang berjaya membukakan kota Constatinople, Al-Fateh bermaksud pembukaan. Bapanya telah tanam visi dan misi untuk anaknya tu sejak awal lagi, lantas dinamakannya Al-Fateh. Kita pun, mulakan menamakan nama anak kita dengan nama yang kita ingin mereka jadi apabila besar nanti. Yang penting, nama yang baik-baik, dengan makna yang baik-baik dan yang boleh mendorong membentuk keperibadian anak tu. Lagipun, ini kan tanggungjawab pertama ibu bapa apabila anak lahir nanti.
Nama-nama yang hebat, boombastik dan lain daripada yang lain walaupun tiada makna yang spesifik? Ibu bapa yang seronok memberi nama anak, tapi nanti anak yang pening dengan namanya sendiri ;-). Jadi fikir-fikirkan ibu bapa.. Berikan nama yang mudah, simple tapi moden seperti yang diinginkan. Tapi, jangan pula sampai hilang makna dan salah penggunaannya. Semoga nama itu, sesuai dengan diri anak itu :-).
Selamat mencari nama anak. ;-D
====
Mengajar Anak Nombor, Nombor Arab dan Mengira Dengan Cara Yang Seronok!
4 in 1 Number’s Play sudah sedia untuk mencari teman bermain!!
Apa kelebihannya??
1. Numbers Play mengajak anak mengenal angka dalam tulisan bahasa Arab.
2. Setiap puzzle bahasa arab mempunyai tulisan Roman di belakangnya.
3. Memberi peluang kepada anak belajar mengira melalui penglihatan, iaitu mengira bulatan pada kepingan puzzle.
4. Mengira sambil memasukkan kepingan cincin menurut turutan angka sesuai untuk anak yang lebih faham dengan cara belajar melalui pergerakan.
Harga : RM65.
Kos Pos Laju ke SM : RM8.50
Jumlah harga item termasuk kos pos laju ke SM : RM73.50.
Berminat untuk order, boleh hubungi saya di 012-6753078 atau PM di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop