Menarik Minat Anak Membaca Al-Quran Dengan Memberi Ganjaran Upah/Hadiah

By | 09/07/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Assalamualaikum.
Tak dapat dinafikan, anak-anak berusia 6 tahun ke bawah memang agak sukar diajak belajar atau fokus akan sesuatu dalam masa yang lama. Definisi lama adalah 10 minit ke atas. Pada usia kanak-kanak, dapat fokus membaca dalam masa lebih 5 minit pun dah sesuatu yang bagus sangat. Apatah lagi untuk membaca Al-Quran, memang memerlukan ‘motivasi’ yang tinggi bila nak ajak anak-anak ni membaca.

Anak saya tak kurangnya juga. Walaupun dia suka membaca Al-Quran, tapi tak boleh juga lama-lama. Dia akan cepat bosan dan lepas beberapa surah, mula la fokusnya beralih. Dia mula nak buat benda lain dan dah tak sungguh-sungguh membaca ayat-ayat Al-Quran seperti awal-awal dia baca pada 3-5 minit terawal tadi.

Jadi, untuk tak melunturkan minat anak anda dalam membaca Al-Quran (atau apa-apa saja seperti membaca buku), janganlah dipaksanya terus-terusan membaca. Lihatlah kepada ‘mood’ atau minatnya juga. Anak-anak ini bila dipaksa, kita bimbang yang dia akan menjadi lebih bosan apabila kita nak cuba ajaknya membaca pada masa yang lain. Sebaliknya, cubalah untuk jadikan sesi membaca itu, sesi yang ‘fun’ untuk anak-anak. Jadikan sesi membaca itu seronok sehingga membuatkan anak kita berasa teruja setiap kali kita mengajaknya mengaji. Kita pun tak nak patahkan minatnya. Bila dipaksa-paksa, takut-takut kita sebenarnya semakin ‘membunuh’ minatnya. Bukannya menggalakkan minatnya, malah melunturkan lagi. Kalau dia dah tak nak mengaji dah lepas beberapa minit, akhirkan sahaja bacaan itu dan biarkan anak kita main apa yang dia nak. Yang penting, dia ada mengaji walaupun sedikit.

Tapi awas juga. Sebab kita tak boleh terlalu memanjakan anak sampai dia langsung tak nak mengaji. Bila anak kita terlalu leka dengan bermain, kita kena cuba tarik minatnya kembali dengan menjanjikan kepadanya yang dia boleh bermain itu dan ini, tapi dengan syarat, perlu mengaji dahulu. Hal ini akan menjadi suatu motivasi kepada anak kita. Walaupun kita terpaksa mengenakan syarat, namun ia adalah baik untuk anak-anak kita. Biarlah walaupun dia hanya dapat mengaji sepanjang 3-5 minit pun. Sekurang-kurangnya, hari yang dilaluinya tidak terbazir dengan langsung tidak membaca Al-Quran. Sesibuk mana pun kita, pastikanlah kita ada ajarkan anak kita membaca dan menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari agar dia tak melupakan hafazannya dan momentum hafazannya tidak berubah atau terganggu.

Kalaulah mungkin ada masanya apabila anak anda langsung tak nak membaca pada hari itu, pasangkanlah CD atau MP3 Al-Quran ketika anak anda sedang bermain agar dia dapat mengisi pendengarannya dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Sebaik-baiknya, kita cuba biasakan anak-anak kita mendengar Al-Quran dengan kerap walaupun ketika mereka bermain. KIta juga tak nak anak kita terpisah daripada Al-Quran lebih daripada sehari. Kalau anak-anak tak nak mendekati Al-Quran dengan lisan melalui lidah, kita dekatkannya dengan pendengaran melalui telinga. Tujuannya masih sama, untuk sampaikan keberkatan Al-Quran itu ke dalam hati anak-anak kita. Yang penting, kita nak anak-anak kita terus-menerus melekat dengan Al-Quran dan tak terpisah walaupun sehari.

Nak pupuk anak-anak meminati Al-Quran perlukan kesungguhan dan kebiasaan sejak awal-awal lagi. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini bermakna, jika nak bagi dia minat akan Al-Quran, mulakan dari awal usianya. Tak lah susah apabila anak kita makin meningkat usianya, apabila semakin banyak subjek keduniaan yang perlu dipelajarinya di sekolah. Lagipun, ketika anak-anak kita berusia 6 tahun ke bawah, otaknya masih sangat ‘fresh’ dan belum sesak lagi dengan pelajaran di sekolah. Manfaatkanlah usianya pada masa itu dengan Al-Quran. Tak lah sia-sia usianya berlalu dengan begitu sahaja, kan.

Insya Allah. Allah kan suka kita tetap istiqamah dengan suatu amalan walaupun sedikit? Tapi jangan sedih hati ya ibu bapa, kalau mungkin usaha anda tak mendatangkan hasil (bila anak tak berminat dan asyik nak bermain saja). Banyakkan berdoa, usaha berdikit-dikit, dan dapatkan bantuan pasangan serta keluarga. Malam-malam ketika anak dah tidur, bacakan ayat-ayat lembutkan hati dan hembuskan ke ubun-ubun anak. Doakan supaya anak kita lembut hatinya dan mudah mendengar kata ibu bapa. Insya Allah.
===
Kit Seronoknya Ramadhan -FREE Buku Mari Membaca Surah Yaasiin Bersama Upin dan Ipin
MADRASAH RAMADHAN! ◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑◐◑

✔Jadikan Ramadhan kali ini diraikan dengan penuh semangat dan kefahaman!

✔Semangat untuk beribadah!

✔Semangat untuk beramal!

✔Semangat untuk berbuat kebajikan!

✔Jom didik anak-anak berlumba-lumba rebut peluang ganjaran daripada ALLAH!

✔Jadikan rumah tempat PESTA IBADAH bersama anak-anak!

SETKAN MINDA ANAK-ANAK, “IBADAH PUASA SEBAGAI 1 KESERONOKAN, BUKAN 1 BEBANAN.

Kit Seronoknya Ramadhan ini mengandungi 10 item:

1. Buku Jurnal Ramadhan Saya

2. Buku Aktiviti Ramadhan

3. Carta Motivasi Ibadah Saya

4. Pelekat Motivasi

5. Bunting Pesta Ramadhan dan Syawal

6. Tabung Sedekah

7. Angpau Sedekah

8. Ramadhan Door Knob

9. Taqwim Ramadhan

10. Fail Kit

Produk ini sesuai untuk anak berusia 4 tahun hingga 20tahun.

Ia juga sesuai digunakan oleh semua ibu dan ayah serta sesiapa sahaja yang ingin merasai keindahan Ramadhan.

======
Harga :

Semenanjung Malaysia : RM46 (termasuk kos Pos Laju)
Sabah/Sarawak : RM47 (termasuk kos pos Nationwide)

======

Untuk Order, PM Kami – KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.
Dapatkan segera sebelum kehabisan stok ya!
===
Like kami di >> Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge