Makan Supplement Shaklee Boleh Rosak Hati dan Buah Pinggang?

By | 17/06/2017
Supplement

Makan Supplement Shaklee Dikatakan Merosakkan Hati dan Buah Pinggang

Assalamualaikum semua. Lately kecoh diperkatakan tentang isu supplement Shaklee yang menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Ramai jugak yang mengecam Shaklee kerana seringkali buat kenyataan overclaim mengenai produk mereka. Ada jugak yang membantah pengambilan supplement kerana kata mereka, makan makanan seimbang daripada “real food” saja dah mencukupi untuk kita. Lebih-lebih lagi diet rakyat Malaysia yang terlebih makan dah pun. Jadi, buat apa nak tambah dengan “makanan tambahan” ni?

Banyaknya persoalan dan isu. Baik. Di sini saya cuba rungkaikan satu persatu apa yang buat ramai orang kecam sangat. Sebenarnya kami tak marah pun. Tapi kami faham sebab mereka masih belum faham. Baca satu persatu penerangan saya.

1. Salah Faham Vitamin

Orang akan mudah membenci dan pilih untuk tidak mahu faham walaupun kita dah cuba explain berkali-kali. Ramai yang skeptikal dengan supplement vitamin ini lebih-lebih lagi bila ia menggunakan konsep MLM. Bagi mereka yang malas nak berfikir tentu lebih suka untuk berpegang pada persepsi, instead of berpegang kepada fakta yang cuba kita sampaikan.

Dah makan vitamin, tak perlu makan nasi

Salah faham yang pertama, ramai orang ingat kalau dah makan supplement atau vitamin dah tak makan nasik atau tak makan sayur dan buah. Ini salah. Supplement adalah makanan tambahan yang bertindak menampung diet kita yang kurang.

Saya bagi contoh la ye. Kalau sarapan kita makan nasik lemak, kemudian minum teh tarik, adakah anda rasa kita dah cukup mendapat makanan seimbang untuk pagi tu? Ala yang suku-suku-separuh tu la. Cukup tak rasa-rasa? Timun pun 2, 3 keping. Nak kata dah cukup sampai separuh? Hehhehe. Lawak kan?

Itu untuk pagi je. Kemudian makan tengah hari pulak, sayur sejemput, nasi sepinggan, pastu ikan seketul. Buah? Langsung tak ambil pun. Firstly, sayur pun dah tak cukup separuh pinggan. Nasik yang separuh. Ikan pula? Ya memang ia protein. Tapi ramai tak tahu yang protein kita selalu tak cukup kesemua 19 asid amino yang badan kita perlukan. Tambahan pula, khasiat protein mudah hilang pada suhu masakan yang tinggi. Nak bergantung kepada ikan tu untuk dapat 19 asid amino penting ni? Sangat la jauh sekali. Boleh baca lebih lanjut tentang Essential Amino Acid ini.

Untuk dapatkan asid amino yang lengkap ini, kita perlu pelbagaikan makanan protein kita. Bukan saja bergantung kepada protein haiwan seperti ikan, daging atau telur, tetapi juga protein tumbuhan seperti kekacang, soya, tauhu, dll.

Dah makan vitamin, elak makanan seimbang dan senaman

Kalau dah makan makanan tambahan atau vitamin, ia bukan tiket untuk membenarkan kita tak perlu lagi makan makanan seimbang ataupun bersenam. Ini adalah pandangan yang salah.

Hakikatnya, vitamin tidak sesekali boleh menggantikan makanan seimbang dan senaman. Vitamin adalah pelengkap nutrisi, bukannya pengganti nutrisi. Ingat tu ya 🙂

Kadang-kadang salah faham ini lah yang membuatkan dietitian tak setuju dengan makanan tambahan. Ya lah, nanti pesakit hanya pilih vitamin je. Real food tak nak makan atau makan sambil lewa. Sekali lagi saya katakan, kita memang kena makan real food. Macam menu sarapan dengan tengah hari dalam contoh saya bagi tadi. Memang real food kan? Cuma masalahnya diet kita susah nak mencukupkan segala nutrien penting yang badan kita perlukan. Tak kira siapa pun kita, ia memang sangat-sangat susah. Anda pulak rasa macam mana?

Lagipun kalau kita makan sayur sepinggan, kita tak tahu banyak mana nutrien vitamin yang kita berjaya dapat daripada sepinggan sayur tu. Ini kerana :

  • Zat daripada tanah sekarang yang jauh berbeza berbanding 100 tahun dahulu
  • Risiko sayur dan tanaman yang banyak disembur pestisid dan mikrob daripada air yang tidak bersih. Kita makan sayur bersama toksiknya sekali.
  • Sayur yang telah dimasak akan hilang banyak khasiat dan vitamin asalnya.

Kalau dah macam ni, apatah lagi kalau kita kurang makan sayur, anda rasa, cukup lengkapkah diet kita masa kini?

Penekanan Shaklee

Manakala bagi Shaklee, Shaklee sangat-sangat menekankan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya, iaitu :

  • Bersenam
  • Kawal stress
  • Makan secara seimbang
  • Supplement secara bijak

Yang paling utama untuk menjaga kesihatan tentulah kita wajib bersenam, berusaha makan makanan seimbang melalui “real food” dan kawal stress.

Supplement pula untuk apa?

Sebenarnya supplement adalah bertujuan untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan ataupun “nutrition gap”. Boleh jadi kita sedar tentang kekurangan ni, boleh jadi kita tak sedar. Macam contoh-contoh tadi.

Kebanyakan orang tak sedar yang dia sebenarnya kekurangan nutrisi yang dia perlukan. Dengan alasan, “aku sihat je? Tak sakit pun? Buat pe nak makan vitamin?”

Ya, anda mungkin memang belum dapat penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis ataupun gout sekarang. Tapi, habit anda yang kurang nutrisi ini sepanjang usia muda anda, sebenarnya sedang develop penyakit yang akan timbul selepas 20-30 tahun. Kita pun biasa nampak kan, kat Malaysia ni, common sangat orang-orang tua yang ada penyakit 3 serangkai ni. Tak pun sakit-sakit lutut dan kaki. Benda common kan?

Sedangkan kita yang masih muda ni boleh pilih untuk elakkan ia sejak sekarang lagi. Bagaimana?

Tentunya dengan bersenam, kawal pemakanan, kawal stress, makan dengan seimbang dan ambil makanan tambahan yang elok untuk mengelakkan penyakit.

Contohnya penyakit jantung. Adalah baik untuk kita amalkan pemakanan Omega-3 yang kaya DHA dan EPA. Omega-3 ni susah nak cukupkan melalui pemakanan ikan dan chia seed je. Ini kerana ikan hanya ada DHA dan EPA. Tapi kalau makan banyak-banyak ikan macam salmon, takut banyak kandungan merkuri pula. Chia seed pula memang mengandungi Omega-3 tapi hanya jenis ALA, tiada DHA atau EPA.

Sebab tu ramai pakar dan saintis pemakanan yang amat menggalakkan pengambilan supplement Omega-3. Tapi kalau kita dah sangat kerap makan ikan macam penduduk Jepun, tak mengapa. Atau makan banyak tauhu, soya dan kekacang. Boleh je skip supplemen ni. OK?

Oh ya cakap pasal Jepun, anda tahu tak kejadian serangan jantung di sana dan kes penyakit jantung penduduk Jepun adalah antara yang paling rendah? Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana Omega-3 amat membantu menjaga kesihatan jantung kita. Sila la selidik ya.

Apa Pentingnya Lengkapkan Nutrisi Ni Sebenarnya?

Sebenarnya, penting lengkapkan nutrisi ni tau. Bila kita lengkapkan nutrisi badan kita, barulah setiap satu SISTEM dalam badan kita dapat berfungsi dengan sebaiknya. Ibarat jigsaw puzzle. Kalau lompong, maka fungsi pun akan terjejas.

Seperti yang diterangkan tadi, susah kita nak cukupkan nutrisi kita dan bergantung sepenuhnya kepada diet semata-mata. Sebab gaya hidup rakyat Malaysia yang sekarang ni sangat tak sihat. Kita makan lemak berlebihan, kita kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kita kurang makan protein sihat, kita makan banyak fast food, makan jajan, kita makan maggi, garam tinggi, skip makan, makan sebarangan, makan makanan bergoreng, minum air manis dan macam-macam la lagi. Jadi anda rasa macam mana?

Sebab tu, kita boleh bantu cukupkan nutrisi badan kita dengan bantuan vitamin ini. Tapi bukan yang sebarang ok? Mesti cari yang semulajadi, bebas pengawet, bebas gula, bebas pewarna, telah menjalani banyak ujikaji klinikal, terjamin selamat dan diyakini berkesan. Kalau vitamin yang tiada jaminan selamat, yang tu bahaya ok?

Kebaikan Nutrisi Yang Mencukupi

Nutrisi yang cukup adalah penting supaya setiap SISTEM dalam tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik.

Badan kita terdiri daripada Sistem. Kemudian sistem ini terdiri daripada organ. Organ terdiri daripada tisu dan tisu terdiri daripada sel-sel.

Contohnya Sistem pernafasan. Sistem pernafasan kita terdiri daripada organ paru-paru. Organ paru-paru ini terdiri daripada pelbagai tisu yang membentuk paru-paru dan akhirnya pelbagai tisu ini terbentuk daripada sel-sel.

Keperluan vitamin ini seperti pelbagai jenis vitamin, protein dan mineral akan menjadi makanan kepada sel-sel badan kita. Vitamin B contohnya akan membantu sel-sel badan kita menjalankan fungsinya iaitu seperti menukarkan makanan kepada tenaga, kemudian protein pula membantu dalam membina sel-sel baru. Manakala mineral akan membantu sel-sel berfungsi mengikut peranan memasing.

Bila lengkap semua ni, sel-sel badan kita dapat berfungsi dengan sempurna. Tenaga dapat dihasilkan dengan efektif, semua peranan sel dan organ pun berjalan dengan bagus sekali. Tak ke kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga? Malah tak mudah jatuh sakit?

Kalau katakan suatu hari kita dah stop amalkan vitamin ni pula, maka berbalik la semula badan kita jadi lompong dan kekurangan nutrisi. Akibatnya, fungsi badan akan menjadi kurang efektif. Maka kita akan berisiko untuk mudah jatuh sakit semula.

Sebenarnya vitamin ini bukannya ubat. Ia hanya membantu badan kita berfungsi dengan lebih sempurna dan merasa lebih sihat. Bila kita makan vitamin ini, ubat-ubat yang kita makan pun dapat menjadi lebih berkesan, sebab badan kita dapat berfungsi dengan baik untuk sembuh semula.

Beza Ubat dan Supplement

Jadi inilah bezanya cara ubat dan vitamin bekerja. Ubat akan merawat simptom penyakit. Manakala vitamin akan kembalikan fungsi badan agar tubuh kita cukup kuat untuk melawan penyakit. Bukankah ia sangat baik?

Sebab itulah penting untuk kita konsisten makan vitamin. Supaya badan kita sentiasa cukup nutrisi. Bila badan kita cukup nutrisi, setiap organ dalam badan kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Lagipun, vitamin bukan ubat yang mungkin ada side effect. Sebaliknya, Shaklee dijamin 100% selamat tanpa kesan yang mudarat sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Shaklee dah pun ada ujian Landmark Study yang mengkaji tentang penggunaan supplement Shaklee selama lebih 20 tahun.

Pengguna Shaklee yang tegar ada yang dah consume selama 30 tahun malah 40 tahun pun ada. Dan Landmark Study ini telah dijalankan dan membandingkan tahap kesihatan dan ujian darah (serta biomarkers) antara pengguna Shaklee yang tegar ni dengan orang yang makan supplement jenama lain serta yang tak makan apa-apa langsung.

Cerita kajian Landmark Study ni boleh baca lebih lanjut di sini ye. Kenapa Saya Yakin Shaklee Selamat?

Saya pernah kongsikan mengenai seorang pengguna Shaklee ini yang consume Shaklee selama 50 tahun lamanya dan semasa artikel ditulis, usianya adalah 77 tahun. Dia masih sihat bertenaga dan terus share tentang kebaikan Shaklee. Bukti Pengguna Shaklee Dah 50 Tahun Masih Sihat

 

2. Vitamin Menyebabkan Buah Pinggang Rosak?

Saya tahu ramai doktor yang mengecam supplement kerana sebab ini. Ya saya tak nafikan. Memang makin banyak kes buah pinggang pesakit bertambah teruk selepas ambil macam-macam benda pelik. Kesian kat doktor-doktor yang kena handle kes-kes ni.

Masalahnya siapa suruh orang ramai ambil produk kesihatan hanya sebab murah ataupun sebab ada label makanan sunnah kan?

Landmark Study Shaklee membuktikan, pengguna vitamin jenama lain mempunyai incident kencing manis paling tinggi (11%) berbanding pengguna Shaklee (3%) dan yang tak makan apa-apa vitamin (8.5%). Boleh rujuk di website Landmark Study.

Kenapa pula pengguna vitamin jenama lain ini lebih tinggi incident kencing manis berbanding yang tak makan apa-apa vitamin?

Dan kenapa pula pengguna vitamin jenama lain lebih tinggi incident kencing manis berbanding yang tak makan apa-apa vitamin?

Ini kerana kebanyakan vitamin jenama lain tidak pure dan ada banyak gula. Tidak natural dan juga vitamin sintetik. Sebab tu, paras gula pesakit yang guna produk kesihatan sebegini naik mendadak selepas menggunakannya.

Ini adalah contoh untuk penyakit kencing manis. Bagi biomarker untuk masalah buah pinggang pula, bacaan C-reactive protein (CRP) yang menjadi biomarker klinikal untuk keradangan, menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai paras CRP yang paling rendah (1.9), berbanding pengguna jenama lain (3.2) dan pengguna yang tak amalkan apa-apa supplemen (4.6). Manakala penanda aras CRP yang ideal adalah kurang daripada 3.0.

Pesakit yang mempunyai CRP yang semakin tinggi, berisiko untuk mendapat kerosakan buah pinggang dan kerosakan organ hati.

Inilah punca sebenar, kenapa doktor perubatan sangat geram dengan produk-produk kesihatan yang cuma popular di TV, majalah atau radio tapi hakikatnya memudaratkan lagi pengguna.

Jadi kalau nak makan vitamin tapi tak nak makan Shaklee mungkin kerana alergik dengan perkataan Shaklee, lebih baik jangan makan apa-apa vitamin langsung. Sebab dah terbukti membazir dan lebih memudaratkan jika menggunakan produk kesihatan lain. Lebih-lebih lagi produk kesihatan bancuhan belakang rumah tapi ada label makanan sunnah.

Setakat ni memang tak pernah lagi ada pengguna tegar Shaklee yang didiagnos rosak hati dan buah pinggangnya setelah mengamalkannya selama bertahun-tahun malah 30-50 tahun. Shaklee tak sama seperti yang lain.

3. Masalah Overclaim

Disebabkan kebagusan produk Shaklee ini dan sangat ramai penggunanya yang merasa effect yang baik selepas mengamalkannya, ramai orang yang menganggap ini semua adalah overclaim. Semua benda pun overclaim bagi mereka, walaupun ianya benar belaka. Sama ada dibuktikan dengan jurnal sains, mahupun disahkan benar oleh tuan punya badan.

Tuduhan overclaim ini ada dua.

  1. Kesan vitamin yang dianggap terlalu hebat.
  2. 20 penyakit kritikal Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956

Sebenarnya apa yang dikongsikan hanya real life stories tentang kesan pengambilan individu. Dan ada segelintir pengedar yang mempergunakan real life stories itu untuk menjanjikan kesembuhan kepada orang lain. Saya sedar perkara ini adalah salah. Vitamin tidak boleh dijadikan penyembuh kepada sebarang penyakit lebih-lebih lagi penyakit kritikal. Vitamin hanya membantu setiap pengamalnya berasa lebih sihat. Bukan bermakna menyembuh. Tapi kalau dah pengguna tu sendiri dah bebas penyakit lepas amalkan vitamin, itu cerita dia.

Saya ulangi sekali lagi, badan kita akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya dibekalkan nutrisi yang cukup ini. Hanya bila badan kita mampu berfungsi dengan baik, baru boleh kuat untuk melawan macam-macam penyakit. Kalau ditakdirkan sudah berpenyakit sekalipun, fungsi badan yang tip top akan mempercepatkan proses pemulihan. Sekali lagi vitamin bukannya menyembuhkan. Dan pesakit sekali-kali tidak boleh berhenti mengambil ubat dan tidak boleh tak nak ikut arahan doktor. Malah, pengedar Shaklee juga sentiasa disarankan supaya menggalakkan pesakit meminta izin daripada doktornya terlebih dahulu sebelum berniat nak amalkan apa-apa supplement. Dan memang ini yang kami amalkan selalu. Sentiasa check di hospital dahulu dan dapatkan kesahihan sebenarnya sakit apa, kemudian ikut arahan doktor dan ikut rawatan doktor. Jika ingin menambah supplement, berbincang lah dengan doktor dahulu.

Supplement akan hanya meningkatkan kesihatan pesakit, namun tidak menyembuhkan penyakit kritikal.

Penutup

Sememangnya ilmu nutrisi ni, ramai yang salah anggap. Ilmu nutrisi dan supplement ini adalah “Preventive Medicine” ataupun langkah pencegahan daripada penyakit. Disarankan untuk mengambilnya waktu masih sihat lagi supaya kita dapat menjaga kesihatan pada tahap optimum, mengelakkan jangkitan dan memberi kecergasan badan.

Ianya langsung tak sama dengan “Curative Medicine” yang lebih fokus kepada merawat penyakit. Kalau katakan anda sakit, dapatkanlah rawatan daripada pakar. Dan bila anda sakit, anda juga perlu menjaga keperluan nutrisi badan.

Sebabnya, kalau sakit dan makan ubat tapi pemakanan masih tak jaga, memang tak ke mana juga. Penyakit akan tetap berulang dan anda akan bergantung kepada ubat.

Jadi penting ya untuk faham tentang nutrisi dan supplement ni. Terutamanya ketika sakit. Percayalah jika kita bantu badan kita cukupkan nutrisi, kita akan lebih cepat sembuh.

Dan kenapa Shaklee?

Shaklee disokong oleh banyak ujian klinikal dan jurnal antarabangsa. Malah telah diyakini berkesan oleh berjuta-juta penggunanya di seluruh dunia. Malah produknya juga telah bertahan lebih daripada 100 tahun dah.

Shaklee juga sentiasa yakin dengan TAGLINE nya:

Always safe

Always works

Always green

Sekiranya berminat untuk dapatkan produk Shaklee, saya adalah pengedar Shaklee anda. InsyaAllah bantuan dan konsultasi tip top marvellous daripada saya agar anda sentiasa terpandu dan dapat amalkan Shaklee dengan cara yang betul.

Salam sayang,

Wan Syahida

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

2 thoughts on “Makan Supplement Shaklee Boleh Rosak Hati dan Buah Pinggang?

  1. Bahrain

    yang penting kena tahu supplement apa yang kena kita ambil…senam dan air kosong kena amalkan selalu. 😀

    Reply
    1. syahida Post author

      Yang tu memang sama-sama penting 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge