Legakan Sakit Sendi dan Lutut dengan Set Sendi Shaklee

By | 02/10/2016
Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman.
Sakit sendi dan lutut ni sangat biasa kita dengar dan nampak. Kalau orang dewasa, sakit lutut dan sendi biasanya terjadi bila usia memasuki 45 hingga 55 tahun sekiranya pada usia muda mereka, mereka tidak menjaga pengambilan kalsium mereka. Berbanding sekarang yang mana orang-orang muda sangat cakna dengan kesihatan dan pencegahan penyakit, orang tua-tua kita dahulu memang tidak didedahkan dengan kepentingan kalsium ini menyebabkan ramai yang menderita sakit lutut dan sakit sendi pada usia tua. Kasihani mereka. 
Namun ada juga golongan muda yang sakit lutut dan sendi kerana kemalangan kecil seperti terjatuh atau mengalami kecederaan ketika bersukan. Lutut terasa sakit dan membengkak. Jika ini terjadi, jangan ambil mudah ya. Boleh jadi ada ligamen yang terkoyak, tulang yang retak, ada kanser yang akan membesar ataupun mungkin sebab-sebab lain. Silakan mendapat check-up di klinik atau hospital. Jangan pula anggap ia perkara kecil dan akan sembuh sendiri. Sekiranya ia tidak dirawat atau kita tak ambil serius, kita khuatir ia akan menjadi lebih mudarat. Dalam masa beberapa tahun, lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.
Apa Itu Osteoarthritis (OA) ?

Sakit lutut dalam bahasa klinikalnya adalah Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis haus terutama di bahagian lutut.

Ia berlaku dimana apabila tulang rawan telah mula haus, tulang-tulang (joint) itu semakin rapat dan menyentuh antara satu sama lain. Ini menyebabkan kesakitan, bengkak, kurang upaya untuk bergerak jauh.

 
Perbezaan di antara lutut yang normal (kiri) dengan osteoarthritis (kanan)
Apakah Punca Sebenar Sakit Lutut Terjadi?
1. Umur
Semakin meningkat umur, semakin sukar untuk mencegah kekurangan tulang rawan.

2. Berat Badan
Berat memberikan tekanan kepada semua sendi, terutamanya lutut. Untuk setiap paun berat kita bertambah, kita membebankan lutut kita dengan 3 – 4 paun extra.

3. Keturunan
termasuk dengan genetic mutations yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

4. Jantina
Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki

5. Tekanan Sendi Berpanjangan
Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih), mencangkuk, melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.

6. Cedera / Trauma Urat dan Sendi Lutut
Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.

7. Tumor
Jarang berlaku sakit lutut disebabkan tumor. Namun ia boleh berlaku. Arwah adik ipar saya menghidapi kanser tulang bermulanya di kawasan lututnya selepas terjatuh dan terseliuh.

8. Kelainan Sistem Kekebalan Tubuh dan Kelainan Darah
seperti penyakit Rheumatoid Arthritis dan penyakit LUPUS.

Tanda-tanda Sakit Lutut Osteoarthritis (OA)

  • Terasa amat sakit apabila anda aktif terutama pada tangan, pinggul, lutut, leher, sendi, atau tulang belakang,
  • Bengkak
  • Rasa panas dan sakit pada sendi – kelembutan, bengkak, kekakuan.
  • Tegang pada lutut
  • Sakit apabila menggerakkan lutut
  • Kurang daya upaya untuk menggerakkan lutut
  • Berkeriut (atau bunyi bising) apabila lutut bergerak
  • Boleh jadi berlaku kesakitan akibat cuaca
Cara-cara Merawat Sakit Osteoarthritis (OA)

  • Turunkan berat badan
  • Bersenam – Senaman regangan membantu lutut anda untuk lebih fleksibel
  • Ubat Penahan Sakit atau Anti-Radang : Ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) – Namun begitu, pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan kesan sampingan
  • Suntikan corticosteroids atau asid hyaluronic ke dalam lutut.
  • Alternatif Terapi seperti acupuncture
  • Pengambilan Supplement (seperti glucosamine dan chondroitin)
  • Terapi fizikal dapat membantu menguatkan otot dan meningkatkan flexibility di dalam sendi.
  • Rawatan lain: Aspirin (Ecotrin), Acetaminophen (Tylenol), Capsaicin di kawasan yang terjejas (Capsagel), Hyaluronan di tempat yang sakit
  • Ubat penenang: Menthol untuk disapukan di tempat yang sakit. Seperti penggunaan Vicks VapoRub.
  • Pembedahan merupakan rawatan terakhir.
Bagaimana Set Sendi Shaklee Boleh Membantu Melegakan Sakit Sendi atau Osteoarthritis Ini?

1) Vivix

Vivix adalah minuman botani yang kaya dengan Resveratrol. Resveratrol adalah agen antioksidan dan antipenuaan yang sangat kuat. Vivix baik untuk meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi dan melindungi saraf. Ini kerana Vivix mengandungi bahan yang disebut sebagai Elderberi Eropah yang telah digunakan secara tradisional untuk masalah arthritis. Jadi sebab itulah sakit lutut pun boleh hilang dengan Vivix.

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.
Di dalam satu jurnal kajian saintifik yang diuji ke atas pesakit Osteoarthritis bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:

  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:

  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi
2) OmegaGuard

Omega Guard dengan sifat anti-inflamasinya mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.

3) Ostematrix 

Ostematrix berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas! Apabila kalsium mencukupi, barulah ketumpatan tulang akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah sakit lutut dan kaki.

Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun jenama ini berada di pasaran.

4) Collagen Powder

Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Sebab kalau tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk, berbunyi, sengal dan sakit. Secara ringkasnya kolagen:

  • Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.
  • Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.
  • Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.
  • Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang.

Malah, Collagen Powder juga memberikan pelbagai faedah kesihatan seperti memperbaiki kesihatan saraf mata (mata kering dan rabun), menganjalkan dan menegangkan kulit, awet muda dan kecantikan dan banyak lagi.


Jom sama-sama sihat. Saya bantu anda dan keluarga terus sihat. Dapatkan set anda hari ini dengan hubungi saya di nombor tertera di bawah.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.


Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.


Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?

Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?

Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?

 

Boleh hubungi,

Wan Syahida

SID 1143254

012-6753078

Rakan Konsultasi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge