Walaupun kanak-kanak itu memperbaiki dietnya dengan peningkatan umurnya, namun IQ kanak-kanak tersebut banyak dipengaruhi oleh bagaimana dietnya sewaktu zaman kanak-kanak kecilnya terutamanya ketika umurnya tiga tahun ke bawah, menurut laporan Journal of Epidemiology and Community Health.
Kajian ini juga mendapati bahawa pemakanan dan diet yang baik sepanjang tiga tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak semenjak usia bayinya, boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua pihak yang terlibat dalam perkembangan awal kanak-kanak tentang pemakanan yang baik kepada setiap kanak-kanak. Selalulah dapatkan panduan dan nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar dietetik tentang makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak.