Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?

By | 12/11/2019
Kenapa surirumah wajib buat bisnes?

Kenapa surirumah wajib buat bisnes? Bagi mereka yang belum mengenali saya, saya introduce diri saya sikit ye. Saya boleh relate dengan topik ini kerana saya kini merupakan seorang fulltime housewife ataupun surirumah sepenuh masa dan mempunyai kerjaya bisnes Shaklee dari rumah.

Dahulunya, saya merupakan seorang Biomedical Engineer di sebuah syarikat dari Belgium. Tugas saya lebih khusus kepada menjadi Quality Engineer dalam merekabentuk (computer design) alat implant pesakit untuk pembedahan tulang atau rekonstruktif muka. Ada banyak bahagian tulang sebenarnya. Tapi saya khusus untuk tulang ‘skull’. Itulah kepakaran saya. Hari-hari tengok imej tengkorak manusia masa kerja dulu. Saya pernah terlibat dalam design di bahagian tulang lain juga seperti tulang lutut, pinggul, bahu dan bahagian gigi.

Setelah 5 tahun resign, kini saya bahagia di samping keluarga dan anak-anak. Saya surirumah sepenuh masa. Tapi dalam masa yang sama, saya menjalankan bisnes Shaklee secara online serta mempunyai pendapatan yang stabil setiap bulan sebanyak 4 angka. Alhamdulillah untuk seorang surirumah seperti saya yang 24 jam bersama anak-anak.

Soalnya, sebenarnya perlu ke tak perlu seorang surirumah tu buat bisnes part-time dari rumah ni? Biasa kan kita jumpa, para ibu dan surirumah yang mengabadikan sepenuh masanya untuk keluarga dan anak-anak saja. Hidup mereka tertumpu kepada memasak, mengasuh, menjaga harta benda, membersih dan mengajar anak-anak saja. Saya tahu mereka sibuk. Jika ada masa lapang, surirumah akan selalu menggemari aktiviti baking, menjahit, deko rumah dan lain-lain. Ikutlah minat dan bakat masing-masing kan.

Saya tahu pasti ramai surirumah yang tak buat apa-apa pun untuk mencari pendapatan sampingan. Mungkin mereka betul-betul ada kekangan masa ataupun mereka rasa tak perlulah cari duit apa-apa lagi sebab tugasnya as a housewife je. Ataupun mereka tak minat. Saya faham itu.

Jadi… Entry kali ni saya akan mengupas mengenai hal ini. Kenapa surirumah wajib buat bisnes walaupun mereka rasa ia tak penting lagi sekarang?

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Baru-baru ni, ada sebuah syarikat akhbar tempatan yang terpaksa ditutup (tapi dikhabarkan untuk dibuka semula sekarang, saya tak pasti. Jika dah berjaya buka semula dan kembalikan pekerjaan staff, Alhamdulillah).

Khabarnya masa nak tutup tu, dah 3 bulan staff syarikat itu tak dapat gaji. Ada tu yang dah hampir kena halau daripada rumah sewa sebab dah banyak bulan tak bayar duit sewa. Belum cerita bab makan dan minum lagi. Ya lah kalau dah gaji tak masuk, camne nak tanggung semuanya kan.

Disebabkan masalah itu, ramai orang yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas. Ye lah hari ni hari diorang, kita bantu. Esok esok lusa mungkin kena kat kita? Naudzubillah. Mohon dijauhkan.

Kalau pasangannya pun bekerja, at least boleh bertahan sedikit. Tapi kalau pasangan atau isteri pun housewife dengan tiada pendapatan, Allahu Akbar. Sesak nafas jadinya. Kita tak pernah lalui mungkin kita tak faham. Tapi bagi yang pernah lalui kesesakan hidup seperti ini, ia bukan senang. Takkan nak susahkan orang lain kan?

Dalam keadaan getir macam ni, baru kita akan sedar pentingnya ada tabungan ataupun duit savings. Dan pentingnya juga ada back up income.

Tak kiralah, back up income daripada pendapatan rumah sewa ke, pendapatan pelaburan ke, pendapatan daripada servis kepakaran kita ke, part time business ke atau apa saja pendapatan sampingan kita.

Kalau selama ini kita mengharap pada income makan gaji je, inilah risiko yang kita perlu hadap. Masa tu, mesti terasa sakitnya.

Saya pun dah nampak, rakan-rakan yang memang terpaksa resign, terpaksa diberhentikan, terpaksa mencari kerja lain, atau terpaksa berubah profesion.

Semua kerana syarikat yang makin mengecil, bankrupt atau dah tutup. Masalahnya bila benda ni kita tak jangka. Siapa yang boleh jangka dari awal, bagus lah. Tapi tak semua yang menjangkakannya.

Disebabkan itu, alangkah baiknya kalau kita sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Mungkin seorang suami yang telah sibuk bekerja makan gaji itu dah tak sempat nak buat apa-apa kerja sampingan kerana kesibukannya. Sebab itu, para surirumah kalau ada idea, kena fikir untuk cari pendapatan sampingan dan cuba untuk membesarkan lagi tabung simpanan keluarga bagi membantu suami dan bersedia sebelum terjadi perkara yang paling worse.

Jadilah Isteri Yang Tak Perlu Bergantung 100% Kepada Suami

Seorang surirumah biasanya perlu bergantung kepada pendapatan suaminya. Apa yang suami mampu beri, itulah pendapatan isteri. Kalau isteri redha semuanya then tak mengapa. Tapi banyak kes penceraian dan pergaduhan berlaku disebabkan masalah kewangan keluarga ini. Kewangan adalah hal yang sangat penting untuk dijaga baik-baik. Rosak kewangan keluarga, rosak jugalah keharmonian keluarga.

Surirumah tak perlu rasa teruk dan menyerabutkan hidup dengan hanya perlu bergantung kepada pendapatan suami. Surirumah sendiri boleh pilih sebenarnya dia nak jadi apa.

jadi surirumah yang bagaimana? Bagi saya, of course, surirumah yang tak perlu bergantung sepenuhnya kepada suami 100%.

Saya memilih untuk menambahkan pendapatan saya sendiri sebagai persediaan. Bagi saya, ia memuaskan hati. Bila saya dapat membeli-belah barang-barang yang diingini tanpa rasa bersalah. Up to me kalau nak beli that extra handbag, shoes, dress, shawl or even cosmetics. Also up to me untuk hulurkan duit raya kat Mak, Ayah.. or bukan duit raya.. tapi apa-apa duit yang kita nak belanjakan,

And up to me untuk buat apa-apa simpanan bagi holiday travelling saya dan keluarga.. Ini kerana tiap-tiap tahun saya dan suami pasti akan bercuti ke sesebuah negara.

Even kalau saya yang decide nak ke negara mana pun, suami tak kisah.. Why?? Because I work for it… Dan kerana saya ada pendapatan saya. Jadi kita nak suggest apa-apa pun kita berani dan excited.

So, syok kan kalau kita dapat ‘extra’ tu?

Tapi duit tu tak jatuh dari langit. Ia datang dengan usaha, kegigihan dan pengorbanan.

Nanti bila kita dah takde siapa-siapa, dan anak-anak perlu bergantung kepada kita, kita ada cara untuk meneduh mereka daripada kesusahan yang teruk.

Kita surirumah & ibu mesti kuat & berusaha.. Kan! Kita tak sepatutnya menjadi makhluk yang lembik atau lemah. Jadikan la Siti Khadijah radiallahu anha sebagai idola kita.

Masa Untuk Membalas Jasa Ibu Bapa Kita

Usia mak ayah kita bukannya makin panjang. Tapi tahun demi tahun, mereka semakin tua. Takkan kita je yang nak berjalan-jalan ke mana-mana dan ke luar negara? Ibu bapa kita tentulah lebih-lebih lagi.

Ibu bapa kita telah banyak terpaksa menahan daripada bercuti-cuti dan spend duit untuk holiday kerana terpaksa ikat perut membesarkan kita. Kita tahu tak apa impian ibu bapa kita ketika sibuk membesarkan kita? Mungkin kita langsung tak pernah ambil tahu. Sedangkan mereka ada banyak impian dan keinginan mereka cuma tak pernah kongsi ngan kita je kerana selalu terpaksa mengutamakan keperluan kita.

Kalau mereka tak berani berjalan, kita sebagai anak la yang kena encourage mereka dan bawak berjalan. Siapa yang tak nak berjalan kan? Mereka memang suka jalan tapi mungkin tak pandai, takut, tak decided nak pergi mana, dan tak tau bila.

Jadi kalau bukan anak-anak yang usahakan bawak mak ayah berjalan sebagai usaha untuk memberi ganjaran kepada mak ayah, siapa lagi kan nak usahakan.

Sebab nanti bila usia mereka makin tua, takut-takut peluang tu dah makin berkurang dan berkurang.

Syukur la saya ada sikit income sendiri daripada business, so for my part, saya boleh keluarkan duit sendiri untuk tiket flight, shopping dll. So taklah depend kat duit husband je. Untuk duit suami tu, dia boleh belanjakan kepada mak dan ayah mertua saya untuk bawa berjalan ke luar negara.

Kalau kita minat nak travel banyak tempat, kita la yang kena usaha sendiri cari duit lebih, kan. Walaupun saya surirumah je, saya percaya saya boleh je cari duit lebih untuk tujuan ni.

Saya tau mesti ramai yang bercita-cita nak bawa mak ayah masing-masing melancong ke luar negara jugak kan?

Dah tentu nak cuba balas jasa mak ayah jugak kan? Make them enjoy and happy.

Sebab tu kita kenalah cari duit lagi dan lagi, supaya boleh bawak ibu bapa berjalan lagi kerap lagi. Dan buat surirumah, usahalah, Jangan hanya fikir hal rumah aje. Luaskan pemikiran, fikirkan jauh ke depan. Besarkan pendapatan supaya surirumah pun dapat menggembirakan ibu bapa sementara mereka masih ada bersama kita.

Apa-apa saja impian anda, saya berharap, anda berjaya mencapainya & sempat tunaikannya selagi Mak Ayah masih ada.

Suami Adalah Pinjaman Sahaja

Memang benar seorang surirumah mempunyai suami untuk bergantung harapan. Suami hulurkan duit dan nafkah serta apa-apa duit untuk membeli belah. Setiap bulan, kita selesa dengan apa yang suami kita berikan. Tapi, siapa kita untuk menjamin bahawa suami kita adalah milik kita dan akan sentiasa bersama kita?

Sebenarnya, walau bagaimana kukuh pun perkahwinan kita dengan suami, walau bagaimana kuat pun ikatan kita dengan suami… Kita kena sedar yang suami bukan milik kita. Tapi milik Allah. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik. Bila-bila masa saja kita boleh hilang sumber kewangan, especially bila kita surirumah dan bergantung sepenuhnya kat suami.

Kita tak tahu bila kita akan bercerai mati dengan suami kita. Kita juga tak tahu kalau one day suami kita dah tak minat dengan kita dan nak kahwin dengan perempuan lain (ya memang sekarang kita masih bercinta dan hubungan masih sentiasa bahagia tapi hati manusia pun bukannya kita punya juga). Kita sentiasa tak tahu apa akan terjadi melainkan Allah saja yang tahu.

Hari ni kita bahagia. Esok lusa belum tentu. Hari ni suami kita sihat dan boleh bekerja dan dapat gaji. Esok lusa belum tentu. Anggota badan suami pun milik Allah juga. Belum tahu sampai bila Allah pinjamkan rezeki kudrat kepada suami kita.

So, beringat dan bersedia sebelum hujan. Langit memang tak selalu cerah. Berapa ramai wanita yang tersedar daripada tidur yang lena apabila tiba-tiba suaminya terlantar sakit. Ada suami yang tetiba ada hubungan dengan wanita lain. Ada suami yang tetiba terpaksa hilang pekerjaan. Ada suami yang terpaksa menukar pekerjaan, menukar tempat kerja menyebabkan kita tinggal seorang bersama anak-anak atau pelbagai lagi.

Sebab itulah, seorang surirumah tu tak boleh hanya fikirkan diri sendiri. Duit suami yang dia bagi tiap-tiap bulan mungkin cukup untuk sekarang. Tapi untuk kecemasan suatu hari nanti belum tentu. Bermulalah sebuah bisnes demi masa depan yang lebih terjamin.

Biar bermula sekarang ketika kita masih gembira bersama suami sebelum kita ‘sakit’ untuk bermula tanpa seorang suami. Bukannya bermula nanti bila dah ‘sakit’ dan dah terjatuh terduduk.

Fikir bukan saja utk diri kita. Tapi masa depan anak-anak. Kita lah ayah, kita lah ibu, bila suami kita dah takde nanti. Insurans nyawa memang kita ada. Tapi insurans tu lambat-laun akan kehabisan jua. Kita tetap kena usaha cari pendapatan untuk menampung kehidupan.

Penutup

Atas sebab ini semualah, seorang surirumah wajib buat bisnes. Wajib menambahkan pendapatan. Wajib cari jalan supaya dia berkemahiran untuk mencari pendapatan lebih agar mereka dapat berdikari tanpa mengharapkan pendapatan suami sahaja.

Nanti bila tiba-tiba suami kita dah tak mampu nak bekerja lagi atau dah tak jadi milik kita kerana jodoh tak panjang, kita boleh bersedia dan menggantikan tugas yang digalas seorang suami itu untuk mencari pendapatan buat keluarga. Terjamin la sikit masa depan kita dan anak-anak.

Selain itu, pendapatan yang lebih juga baik untuk mencapai impian kita, pasangan kita dan juga ibu bapa kita. Kejarlah lebih banyak wang sekarang untuk membahagiakan ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

So, surirumah wajib buat bisnes ok?

Saya alu-alukan anda untuk sertai saya dalam menjalankan bisnes Shaklee. Hanya perlu bermula dari rumah sahaja. Sekarang tak susah. Semuanya boleh dibuat di hujung jari sahaja. Kini anda juga boleh memulakan bisnes anda sendiri. Dapatkan pelbagai mentoring daripada ahli-ahli dalam group ini.

Baca juga : Apa Yang Best Join Team Jutawan?

Mulakan sekarang kerana kita tak boleh buang banyak masa. Baca : Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal?

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Anda
Shaklee Business Leader (Since 2014)

34 thoughts on “Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?

  1. Amni

    nak tak nak kena belajar buat bisnes.apa2 jadi at least dah ada ilmu.bukan minta tapi kena bersedia dari awal.

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu. Memang kaum wanita lebih2 lagi kena bersedia. Untuk kebaikan dan jaminan masa depan.

      Reply
  2. Rin
    Twitter:

    Salam puan. Terima kasih atas perkongsian. Sekarang lagi2 dengan ekonomi yg tak menentu kan. Kene lah ada saving juga kan 😍✨

    Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a betul. Kita kaum wanita perlu bantu suami dengan cara membantu diri sendiri dahulu kan…

      Reply
    1. syahida Post author

      Kannn … bestt terlebih. hehhee. nak shopping, nak jalan, nak me-time.. banyak pakai duit. haha..

      Reply
  3. Bonde Zaidalifah
    Twitter:

    suri rumah haruslah rajin untuk tambah pendapatan keluarga, tak ada peluang nak kerja dekat pejabat, boleh jer buat kerja dekat rumah janji pandai cari peluang dan rancang perniagaan apa yg nak buat

    Reply
      1. syahida Post author

        OK sangat tu. Yang penting ada buat sesuatu..

        Reply
    1. syahida Post author

      Ya tepat sekali. Tiada istilah takde rezeki kan. Yang penting usaha.

      Reply
  4. Bonde Zaidalifah
    Twitter:

    suri rumah haruslah rajin untuk tambah pendapatan keluarga, tak ada peluang nak kerja dekat pejabat, boleh jer buat kerja dekat rumah janji pandai cari peluang dan rancang perniagaan apa yg nak buat untuk dapat pulangan yang berbaloi

    Reply
  5. Saidila Rahman

    saya dah biasa cari duit sendiri dari zaman sekolah so walaupun suami kata saya tak perlu kerja tapi saya minta izin untuk buat biznes yang tak membebankan saya ..so apa yang saya dapat juga semua untuk tambah keperluan keluarga …nak lebih kenalah kerja lebih yer dak …yang penting kalau isteri dapat lebih jangan lupa kongsi dengan suami sebab tanpa restu dia kita tak dapat buat apa yang kita suka dan jangan mengungkit….
    Saidila Rahman recently posted…KEDAI DONAT KAPAS & COFFEE SERTA NASI ARAB YANG SEDAP DI KAJANGMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a zaman sekarang semua benda kena pakai duit. Ekonomi makin teruk plak sejak bertukar kerajaan ni. Huahua..

      Reply
  6. Mat Drat

    Perkongsian yang sangat bagus…. Memang betul, walaupun sebagai Suri rumah, perlu ada bisnes minded. Bukan shj membantu suami, tetapi juga untuk poket sendiri.

    Reply
    1. syahida Post author

      Surirumah sekarang takboleh bagi alasan lagi. Cubalah untuk buat sesuatu.

      Reply
  7. izaramli

    betul. jadi surirumah tak semestinya semua bergantung pada suami and suami memang pinjaman semata-mata. kalau 1 hari nnti kena hidup sendiri atleast boleh survive sebab dah ajar diri sendiri usaha sendiri.

    Reply
    1. syahida Post author

      tu yang tak nak tu. At least kita bersedia awal2..

      Reply
  8. Racheal Loh

    This indeed a good sharing for all housewives and I believe good for anyone to do part time as well. At least we can reduce the stress in house.

    Reply
  9. Veronica Chiao En
    Twitter:

    Thanks for sharing! Indeed, housewives also need to do some small business to support herself and if got extra also can help the family! 🙂 great tips for housewives!

    Reply
    1. syahida Post author

      Yup!! Nowadays housewives also very glam.. haha

      Reply
  10. heyjasmean

    This article is so true. In this era we all should thrive to be financially independent. Great share!

    Reply
    1. syahida Post author

      Yup… Help ourselves. Because no one is gonna help us except ourselves…

      Reply
    1. syahida Post author

      Sangat respek dan kagum dengan mereka yang berusaha untuk keluar daripada comfort zone seperti ini…

      Reply
  11. Pingback: Hadiahkan Ayah Kereta Dengan Car Bonus Shaklee • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge