Kenapa Kalsium Penting Sangat?

By | 11/08/2016
Bismillah & Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman.
Saya nak educate orang ramai tentang kepentingan kalsium yea. Terutamanya di setiap peringkat usia.
KEPENTINGAN KALSIUM
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita termasuklah untuk menumpatkan tulang, untuk kesihatan otot, kuku dan juga rambut. 
Ia diperlukan tak kira usia. 
 
Merujuk kepada gambar rajah ini, kita perlu mencapai tahap ketumpatan tulang yang paling maksimum pada umur yang tertentu. 
Bermula dari usia kanak-kanak, kita amat memerlukan kalsium di dalam tumbesaran. Apabila umur semakin meningkat, kita boleh lihat seseorang itu semakin meninggi dan membesar. 
Pada usia 20-30 tahun, di sinilah puncaknya ketumpatan tulang yang boleh kita capai. Usia 30 tahun adalah usia yang maksimum untuk kalsium disusun supaya dapat menumpatkan tulang. 
Setiap orang mempunyai ketumpatan tulang yang berbeza bergantung kepada pemakanan masing-masing tau. Bisanya orang yang mempunyai ketumpatan tulang yang maksimum, tulangnya adalah lebih kuat berbanding mereka yang ketumpatan tulangnya lebih rendah.
Pada usia 30-40 tahun pula, tubuh badan kita tidak boleh lagi menyimpan kalsium. Jadi apabila kita tak ambil cukup kalsium daripada diet, kalsium daripada tulang itu lah yang akan badan kita ambil dan gunakan. 
Maka apabila lagi banyak kalsium daripada tulang digunakan, jadilah tulang kita semakin rapuh dan berlakulah osteoporosis.
FAKTOR HORMON DALAM MEMPENGARUHI OSTEOPOROSIS 
Kemudian apabila masuk usia 50 tahun, penurunan kalsium akan menjadi lebih laju kerana faktor usia. Untuk wanita pula, kehilangan kalsium adalah lebih banyak tau kerana hormon estrogen semakin kurang dihasilkan. Sebab itulah, wanita lebih berisiko untuk mendapat osteoporosis berbanding dengan lelaki. Haa pentingnya kalsium untuk wanita. 
 
Jadi sekiranya seorang wanita itu mengambil suplimen tambahan yang dapat meningkatkan hormon estrogen seperti GLA Complex dan ESP, maka kekurangan kalsium itu tidak terlalu teruk dan osteoporosis dapat dikurangkan. Penting juga hormon wanita ni kan. 
OSTEOPOROSIS DAN AKIBATNYA
 
Ha ini lah rupanya tulang yang kurang tumpat atau nama lainnya Osteoporosis. Sekiranya kita tak jaga dan tak ambil kalsium yang secukupnya, tulang kita akan kekurangan kalsium sebab habis semuanya digunakan badan. 
Tulang akan nampak kurang mampat macam tulang di sebelah kanan tu compare dengan tulang di sebelah kiri. Bila kurang mampat dan banyak lubang dalam tulang, jadi tulang akan menjadi rapuh dan berisiko untuk mudah terpatah bila terkena tekanan seperti terjatuh, kemalangan atau lain-lain. Kalau tulang yang lebih padat dan tebal, dia lebih kuat untuk menahan daripada tekanan yang sama. 
Mungkin orang akan kata patah tulang tu bukan masalah yang besar. Ataupun kalau dah accident tu memang akan terpatah. Ia akan sembuh paling kurang pun 6 bulan minimum. Bergantung kepada tahap kecederaannya. Tapi ramai yang tak tahu kalau tulang terpatah, ada organ lain yang terluka sama termasuklah otot di sekelilingnya. Bila ada luka, infection boleh berlaku dan timbulnya nanah. Jadi masalah lain pula nanti. 
KESIMPULAN
Baru faham kan sekarang betapa pentingnya untuk kita ambil kalsium yang mencukupi bukan sahaja ketika usia kanak-kanak dan nak meningkat remaja, bukan sahaja ketika usia tua, tetapi juga ketika di peringkat usia lain-lain pun kita perlu ambil kalsium yang mencukupi. 
Jika tidak, osteoporosis akan lebih cepat berlaku sebelum usianya. Jomm sayangi tulang kita dan badan kita ni. Sebab kaki dan badan ni nak pakai lama. Nanti tua-tua nanti tak dapat nak layan cucu cicit bila kaki tangan dah tak kuat, badan pula bongkok. Hehe. 
 
 
Saya amat recommend untuk kita ambil Ostematrix keluaran Shaklee sebab dalam Ostematrix ada nutrien tambahan lain yang langsung tak sama macam kalsium jenama lain. 
 
Untung sangat kalau amalkan Ostematrix ni sebab dalamnya ada Kalsium, ditambah lagi dengan Magnesium, Vitamin D, mineral Boron, Mangan, Tembaga dan juga Zink yang membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum dan juga membantu dalam pembinaan dan kepadatan kalsium itu dalam tulang kita. Effect nya lebih SUPERB !!
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan pula faktor-faktor yang turut mempengaruhi tulang menjadi tidak tumpat dan osteoporosis ini selain daripada kalsium yang kurang. Okey. Tunggu saya update lagi yea. InsyaAllah.
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..
Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?
Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?
Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,
Wan Syahida
Rakan Konsultasi Shaklee Anda

One thought on “Kenapa Kalsium Penting Sangat?

  1. Pingback: Cara Kurangkan Masalah Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge