Kegemukan di kalangan rakyat Malaysia sekarang dah makin serius tahun demi tahun. Akibatnya bertambahlah juga statistik rakyat Malaysia yang mengidap penyakit-penyakit kronik. Banyak penyakit kronik ni pun yang berpunca daripada kegemukan dan juga masalah gaya hidup dan pemakanan di kalangan kita.
Yang menambahkan masalahnya lagi bila masalah kegemukan atau obesiti ini pun bukannya di kalangan orang dewasa sahaja. Tapi turut ada di kalangan kanak-kanak dan golongan remaja. Benda ni tak bagus sebenarnya sebab kanak-kanak dan remaja yang gemuk ni akan lagi cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit kronik apabila mereka meningkat usia lagi.
Untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya kegemukan ini, penting untuk kita ambil tahu apa dia penyakit-penyakit yang berlaku disebabkan kegemukan ini.
Tekanan Darah Tinggi
Bertambahnya lemak berlebihan di dalam tubuh kita akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan nutrisi agar ia tetap hidup. Ini menyebabkan pembuluh darah mengalirkan lebih banyak darah ke jaringan lemak berlebihan itu dan meningkatkan bebanan terhadap jantung.
Lebih banyak pengaliran darah, maka lebih banyaklah juga tekanan kepada dinding arter. Tekanan yang lebih tinggi ini akan meningkatkan tekanan darah. Sebab tu lah kita dapat tekanan darah tinggi.
Selain itu, tambahan berat badan juga meningkatkan degupan jantung dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengangkut darah ke pembuluh-pembuluh darah. Bila macam tu, kuranglah supply oksigen kepada tubuh badan yang lain.
Diabetes
Bertambahnya lemak berlebihan di dalam tubuh kita akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen. Ini menyebabkan pembuluh darah mengalirkan lebih banyak darah ke jaringan lemak berlebihan itu dan meningkatkan bebanan terhadap jantung.
Lebih banyak pengaliran darah, maka lebih banyaklah juga tekanan kepada dinding arteri. Tekanan yang lebih tinggi ini akan meningkatkan tekanan darah. Sebab tu lah kita dapat tekanan darah tinggi.
Selain itu, tambahan berat badan juga meningkatkan degupan jantung dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengangkut darah ke pembuluh-pembuluh darah. Bila macam tu, kuranglah supply oksigen kepada tubuh badan yang memerlukan. Itu yang ada kaki yang kebas, tangan yang kebas. Biasa kan dialami oleh penghidap kencing manis?
Masalah Jantung
Orang yang gemuk berisiko 10 kali lebih banyak untuk mengalami masalah pengerasan pembuluh darah atau aterosklerosis. Penyakit arteri koronari juga akan terjadi apabila terdapat timbunan lemak di bahagian arteri yang memasuki jantung.
Arteri yang terdapat timbunan lemak atau biasa kita panggil plak ini menyebabkan penyempitan arteri dan berkurangnya aliran darah ke jantung. Inilah yang terjadinya serangan jantung.
Selain masalah jantung, gumpalan darah yang terbentuk di arteri yang menyempit ini boleh menimbulkan strok pula jika ia melibatkan arteri pada bahagian otak.
Sakit Sendi
Obesiti juga mempengaruhi kesihatan lutut dan pinggul kita kerana tekanan yang terbeban ke atasnya akibat berat badan yang besar. Kalau nak buat operation bagi mengatasi masalah ni pun berisiko tinggi sebab ia akan menyebabkan masalah lain pula. Sebab memang susah nak tampung kan berat tu.
Bila dah lutut dan pinggul sakit, mulalah kita nak berjalan susah, nak beraktiviti susah, nak beriadah pun mengah, penat, nak beribadah pun susah..
Betul tu, makan la secara bersederhana dan cut sugar intake insyallah akan prevent dari masalah kegemukan ni
Dan exercise… detox..
Twitter: aisyahxyz
Malaysia antara negara asia yg ada masalah obesiti yg tertinggi
Aisyah recently posted…Mencintai Rasulullah
Obesiti tinggi, toksin pun tinggi. Then penyakit pun turut sama tinggi.
Twitter: mummysupplement
nice share. betul tu masalah kegemukan ni maskin meningkat. ini salah satu punca untuk penyakit yg lain. Bila mula dengan satu penyakit akan datang penyakit yg lain pula. Jaga makan dan kesihatan lebih penting
Masalahnya bila orang kita tak nak sedar2 diri.
nice sharing. malaysia punya masalah kegemukan ni amat merisaukan. tahap kesihatan makin rakyat malaysia makin merosot
Sangat bimbang sebenarnya. Yang penatnya doktor dan pekerja hospital. Kewangan negara pun banyak kena spend kat kesihatan. Cuba kalau kita jaga kesihatan baik2 dan kurangkan depend kat ubat or hospital, dah dapat mengurangkan statistik pesakit hospital dan kurangkan bebanan kewangan negara juga.
Setuju. Kegemukan memang punca pelbagai penyakit dalaman. Solusi nya mudah, wajib bertindak sekarang. Paling utama jaga pemakanan dan amalkan senaman untuk kekal sihat. Kurus tu bonus.
Nina Mirza recently posted…Sedap rupanya Ikan Siakap Masak Lemak
Solusinya mudah tapi sukar dibuat. Huahuahua
Twitter: dikbee
Sejak berat dah naik ni memang terasa penat sikit bila berjalan. kalau naik tangga lagi la.. semput dibuatnya. Tu la, risau juga ni kalau-kalau terkena penyakit kronik tapi mintak dijauhkan la.. hurmmm, tengah usaha nak kurus tapi selalu failed
Dik bee recently posted…Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID
Haha.. Tak best sangat bila gemuk. Badan jadi berat semacam. Jom sama2 kita berusaha 🙂
Twitter: ayuarjuna
Mmg betul gemuk boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. So kita kena berjaga jangan terlampau obes demi kecemerlangan kesihatan sepanjang hayat
Yup. Dan yang penting tidak hanya berkata2 tapi terus bertindak,…
mek agak bersetuju sebab bila gemuk ada sahaja yang datang dengan tiada kebaikan. terutamanya diabetes senang sangat nak ada bila gemuk. yang penting BMI kena maintain 22. baru lah elok sejahtera.
BMI pun indicator yang baik untuk jaga berat badan dan saiz badan. Tapi kena juga detoks dan buang toksin.
Twitter: tengkubutang
yang ni yang TB paling takut.. risau gemuk.. kalau gemuk ni.. badan cepat semput.. dan bermacam penyakit lain akan datang kan.. kena usaha kuruskan badan dan fit.. untuk kesihatan jangka masa panjang.. badan nak pakai lama kata mak TB .. haha
TENGKUBUTANG recently posted…BUANG LEMAK DAN SELULIT DENGAN ARYA BEAUTE ADVANCED SLIMMING SERUM
Ya betul. Nak pakai lama.. kena la berusaha jaga bebaik..
Membuka mata! Masalah kegemukkan boleh mengundang penyakit2 kronik rupanya. Marilah kita sama2 menjaga kesihatan sebagai langkah pencegahan
Yup cegah penyakit sebelum parah.
Twitter: diarymamacom
Memang betul lah tu, gemuk memang datangkan macam2 penyakit. Macam sis ni lah, dengan sakit pingga le, sakit lutut le, macam 2 sakit timbul, memang risau sangat, now tengah usaha nak kuruskan badan ni, moga berjaya..:D
Hanny Abdullah recently posted…Teringin Makan Makanan Street Thai? Jom Ke Little Rara Thai Noodle House KL
Semoga berjaya kak hanny!
Twitter: aisyahxyz
Betul tu, saya belajar kat Malaysia ni highest obesity case dgn diabetes case. jadi kenala selalu jaga kesihatan. Exercise selalu. Diabetes ni mcm complication2 dia
Aisyah recently posted…Mencintai Rasulullah
Diabetes itself sangat complicated and susah nak patah balik dah kalau dapat. Melainkan betul2 jaga pemakanan dan exercise… Must be very2 disciplined. The best is jangan dapat diabetes!! and to start with, jangan gemuk.