Impian Saya Pada Tahun 2019

By | 06/02/2019

Hai Assalamualaikum! Saya nak cerita pasal impian saya pada tahun 2019 ni. Anda ada impian hidup tak? Mesti ada kan? Cuma kita ni selalu terlupa tentang benda-benda yang pernah kita impikan sebab terlalu sibuk dengan kehidupan seharian dan tugasan kita, sampai kita lupakan tentang impian hidup kita. Apa kata kalau sekali sekala kita renew balik impian kita dan refresh balik ingatan kita tentang apa yang kita suka, apa yang kita impikan dan apa yang kita mahukan one day dalam hidup kita?

Impian Saya: Rumah

Saya dan keluarga saya tinggal di rumah apartment di dalam bandar. Buat masa ni kami sudah memiliki 3 buah aset hartanah yang mana kesemuanya rumah jenis atas langit. Belum ada lagi rumah atas tanah yang dibeli sendiri. Kami pun tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Kalau nak cari rumah atas tanah kat kawasan bandar ni, memang tak adalah yang mampu kami nak beli. Rumah apartment pun sangat mahal, inikan pula rumah atas tanah.

Tapi itulah impian kami, nak duduk atas rumah di atas tanah. Besarrr sangat impian ni, kan? Dalam usia kami yang baru 30-an ni, kalau nak beli rumah atas tanah, kenalah jual rumah apartment untuk mampu beli rumah atas tanah. Tapi, sayanglah nak jual rumah apartment lama. Rumah pertama kami di KL, kami sedang sewakan sebagai Homestay. Rumah kami di PJ, tempat kami tinggal. Manakala satu lagi rumah yang kami beli, masih dalam proses pembinaan.

Semoga suatu hari nanti kami berjayalah kumpulkan wang dan besarkan lagi pendapatan kami so that one day kami mampu apply home loan untuk sebuah lagi rumah atas tanah. Besar kemungkinan kami terpaksa jual rumah apartment yang sedia ada untuk mampu membeli rumah atas tanah. Kami tak berminat untuk menyewa rumah atas tanah sebab ia merugikan. Kami dah selesa duduk dalam rumah apartment milik kami sendiri dan tak menyewa. Next step is untuk tinggal di rumah atas tanah milik kami sendiri. InsyaAllah.

Kawasan perumahan yang macam mana pula? Impian kami adalah tinggal di kawasan perumahan orang yang berpelajaran, yang berpendapatan tinggi dan baik-baik semuanya agar kami dapat tinggal dengan harmoni. Sekarang ni pun kami tinggal di apartment yang mempunyai jiran-jiran dan qariah surau yang sangat-sangat baik dan rapat dengan kami. Kalau kami susah, kami boleh minta pertolongan. Kalau kami perlukan bantuan, ada yang sudi menghulurkan bantuan. Surau pun sangat aktif dengan kuliah agama dan solat jemaah di setiap waktu. Suami saya pun dah pegang jawatan sebagai Imam di situ. Harapan saya, perumahan baru kami nanti, lebih kurang macam ni tapi berdekatan dengan Masjid dan penduduknya pun ramai orang Islam yang baik-baik.

Impian saya: Rumah
Impian saya: Rumah atas tanah macam ni pun dah ok sangat, kan?

Impian Saya: Travel

Saya dan suami sangat kuat berjalan. Setiap tahun, kami akan travel to at least sebuah negara. Selebihnya sepanjang tahun, kami akan travel di sekeliling Malaysia. Untuk tahun lepas (2018) sahaja, untuk domestic travelling je kami dah berjalan ke Tasik Kenyir, Terengganu, Kota Bharu dan sekitarnya di Kelantan, Hello Kitty Town di Nusajaya, Johor, bercuti bersama keluarga di Port Dickson dan Melaka, dan bercuti lagi bersama keluarga di MAPS, Ipoh, Perak. Belum lagi kira berjalan-jalan di sekitar bandar seperti Sunway Lagoon yang kami pergi berkali-kali.

Manakala untuk luar negara, untuk tahun lepas kami hanya pergi ke Halong Bay, Hanoi, Vietnam. Masa ni anak saya yang ketiga baru saja berusia 6 bulan. Sedikit mencabar tapi tu lah yang seronok sebenarnya. InsyaAllah, untuk tahun 2019, kami sedang mencari destinasi-destinasi percutian yang seterusnya pula. Memandangkan kami tak pernah travel berdua dan sentiasa membawa semua anak-anak kami, kami kena pilih negara yang selamat dan selesa, serta mudah untuk kami uruskan dari segi makanan, pengangkutan dan juga tempat tinggal.

Kami berminat untuk ke sekitar negara-negara Asia Tenggara yang lain. Buat masa ni kami dah pernah ke Medan, Indonesia, Singapore, Vietnam dan juga Jepun (Entry 1 dan Entry 2). Next, maybe nak ke Thailand atau Indonesia lagi tapi di negeri lain pula. Untuk itu, kami kena berusaha lagi kuat untuk menambahkan wang simpanan khas untuk travel ni. 🙂

Bukan sedikit kan nak kena belanja, memandangkan ahli keluarga kami pun dah bertambah menjadi 5 orang. Suami isteri dengan anak-anak seramai 3 orang. Heheh. Semoga dipermudahkan. 🙂

Baca juga : Pengalaman Travelog untuk Diabadikan

Impian saya: Travel lagi ke luar negara. Rasa-rasa ni negara mana?
Impian saya: Travel lagi ke luar negara. Rasa-rasa ni negara mana?

Impian Saya: Kerjaya

Alhamdulillah dengan status sebagai seorang surirumah ni, saya kini telah berjaya memperoleh pendapatan sendiri setiap bulan walaupun bekerja dari rumah sahaja. Setiap bulan saya mendapat income sebanyak 4 angka dengan berbisnes Shaklee. Pada bulan November 2018 yang lepas, di atas rezekiNya, saya berjaya mencapai rank sehingga Coordinator. Untuk tahun 2019 ni, semoga saya dapat kejar sehingga ke rank-rank seterusnya, bermula dengan rank Senior Coordinator pula! Moga Allah mengizinkan dan moga saya pun dapat memperoleh kejayaan ini walaupun ia bukannya mudah!!

Baca juga perkongsian saya mengenai: 4 Sebab Utama Bisnes Shaklee Berbeza Daripada Bisnes Lain

Bisnes Shaklee ialah Bisnes yang Berkongsi Kebaikan

Kelebihan Bisnes Spa dengan Produk Shaklee

Terima kasih Allah di atas segala kurniaanNya ke atas saya dan keluarga saya selama ni. Semoga pada tahun 2019 ini, saya dapat mencapai lebih banyak kejayaan dalam fasa kehidupan ini. Dalam keluarga, dalam kerjaya dan dalam hobi. 🙂

Impian saya: Kerjaya yang lebih meningkat dalam bisnes Shaklee
Impian saya: Kerjaya yang lebih meningkat dalam bisnes Shaklee

Penutup

Hidup kita akan bosan dan rasa tak mencabar bila kita tak menetapkan apa-apa impian yang kita nak capai. Hidup kita akan menjadi mendatar sahaja dan takde apa-apa perubahan, tahun demi tahun. Sedangkan usia kita semakin meningkat dan kita pun semakin lemah tahun demi tahun. Nanti bila dah tua baru nak kecapi impian kita, kita bimbangi masa tu kita dah sakit dan kita lemah.

Selagi kita masih muda ini, berusahalah sebaiknya untuk mengejar segala impian hidup kita. Kejarlah selagi kita ada kudrat, ada kelapangan dan ada kemampuan. Sebab kalau tak, kita akan membazir waktu kita dengan perkara yang sia-sia saja. Kita yang pilih hidup kita ini dan kita jugaklah yang memilih nasib masa depan kita. Hidup kita, kita yang tentukan.

Doakan saya berjaya mencapai impian-impian saya ni pada tahun 2019 ini ya!! Semoga anda yang membaca juga berjaya mencapai impian-impian anda 🙂

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan Seluruh Malaysia

6 thoughts on “Impian Saya Pada Tahun 2019

    1. syahida Post author

      Ouh ya Vision Board. Ada dah ditampal di bilik 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      TQ MH.. setiap orang mesti ada impian hidup. kalau tak, nanti tak bergerak pulak 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge