Assalamualaikum pembaca budiman. Alhamdulillah sekarang kita berada di bulan Syawal 1444H. Tahun ni meriah dengan sambutan Aidilfitri 2023, walaupun kita amat terasa dengan inflasi dan kenaikan harga barang. Hari Raya open house tetap diadakan di sana-sini secara sederhana. Walaupun kos harga barangan dan makanan meningkat naik, tapi masih ada yang berkemampuan untuk buat makan-makan dengan tujuan untuk menyambung silaturrahim. Buat kecil-kecilan pun ok, asalkan kita meraikan tetamu dengan seadanya.
Hari Raya Open House 30 April
Alhamdulillah, tahun ini saya dan suami sempat mengadakan Hari Raya Open House di rumah kami. Kami dah buat 2 kali. Kali pertama pada 30 April, hari Ahad iaitu sehari sebelum Hari Pekerja 1 Mei yang jatuh pada hari Isnin. Yang ini kami jemput seluruh keluarga sebelah suami untuk datang makan-makan. Sempatlah saya masak rendang daging. Suami pula masakkan nasi impit. Awal-awal pagi dia cari lemang 12 yang famous kat PJ.
Untuk rendang daging, saya masak dalam periuk Noxxa. Lepas dah pressure cooker dan tinggal nak keringkan aje, saya pindahkan ke kuali biasa atas dapur dan on kan api secara perlahan untuk bagi rendang kering.
Jadi Noxxa yang dah kosong, saya masak pula sup tulang. Boleh pulak habis sup bunjut. Maka suami pun keluar cari sup bunjut. Masaklah seadanya seperiuk Noxxa tu, sup tulang. Takde susah pun. Masak sup je. Masukkan sekali rempah-rempah, tulang daging dan saya masak high pressure selama 40 minit. Ada yang nak resepi ke? Alah resepi pun saya Google :-D.
Alhamdulillah family kata sedap rendang. Abah mertua pun makan lemang bertambah. Lagi pula lemang tu favourite dia. Kena pulak dengan rendang yang sedap, bertambah-tambah la jadinya. Kakak ipar pun komen sedap, boleh buat berniaga katanya. Hehehe. Alhamdulillah.
Dapat masak dalam 1.5kg daging. Ada extra so simpan lah dalam freezer. Saya sendiri pun dapat jamah sikit je sebab meraikan tetamu dan banyak spend masa menyuap anak-anak makan. Huhu.
Ok, jom kita share gambar-gambar.
Open House pada Hari Wesak
Then kami dapat buat Hari Raya open house yang kedua iaitu pada cuti Hari Wesak yang lepas. Tak plan awal pun. Tapi sebab ada kawan nak datang beraya ke rumah kami pada hari cuti umum tu, maka kami decide dah alang-alang nak prepare juadah makanan tu, kita jemput lah sekali kawan-kawan lain pada hari yang sama. Jadi 2 hari sebelum Hari Wesak tu barulah kami start jemput dan pm kawan-kawan rapat dan jiran-jiran apartment.
Untuk jemputan yang ramai, saya tak mampulah nak masak. Maka suami pun bersetuju untuk menempah saja untuk orang masak. Kami decide untuk menjamu sup soto. Alhamdulillah , hasil bertanya-tanya dekat kenalan, dapatlah jumpa tukang masak yang boleh menyiapkan menu yang kami nak pada hari yang kami nak buat hari raya open house tu.
Selain menu sup soto, suami pun ada order mihun goreng dan sedikit kuih-muih. Tak tahu nak order kuih apa, saya pilih je nak karipap, kuih ketayap dan apam beras. Alhamdulillah semua yang diorder, sampai pada hari kejadian sebelum tetamu datang.
Saya tak masak apa-apa ke? Order je semua :D. Adaaaa. Dengan rajinnya saya memasak dessert saja kali ni iaitu Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce. Menu ni memang menu yang saya biasa buat setiap kali buat makan-makan open house. Sejak sebelum kahwin lah saya buat menu ni :D. Dan tiap kali buat, tiap kali tu jugaklah orang akan komen sedap dan mintak-mintak resepi. InsyaAllah saya share nanti resepi bread and butter pudding tu dalam entry yang lain :-).
Jemputan datang tak putus-putus dari 1 tengah hari sampailah ke malam selepas azan Isyak. MashaAllah Alhamdulillah. Memang happy sangat kami sebab ramai tetamu jemputan yang dapat datang.
Saya jemput kawan baik saya daripada MRSM Taiping, then kawan-kawan satu sekolah dengan anak-anak. Suami pun menjemput kawan-kawan satu course dia masa di UM. Kemudian lastly kami jemput jiran-jiran satu apartment kami yang semuanya kariah surau Al-Hijrah 1120 Park Avenue Petaling Jaya. Masa ni yang paling meriah sampai penuh rumah. Alhamdulillah paling happy bila menu juadah kami berkurangan. Haha.
Bread and butter pudding saya, sememangnya habis semuanya. Saya pun tak sempat makan. Saya dapat rasa time nak basuh bekas tu jer. Kuis-kuis je nak bagi clear. Haha.
Ok, jom kita share gambar-gambar Open House Hari Raya yang kedua ni.
Rupa bread and butter pudding sebelum dan selepas masak.
Antara jemputan yang hadir :
Last-last tu biasalah borak yang lebih. Sambil-sambil menjamu biskut raya pulak. Mujurlah saya ada buat at least satu jenis cookies. Ada lah modal nak bagitau saya buat satu. hahaha. Yang lainnya of course beli.
Bulan Ramadhan memang tak dan nak beriya buat biskut raya. Sebab masa kita banyak dihabiskan untuk ibadah dan habiskan juzuk Al-Quran. Jadi dapat buat satu jenis tu pun dah bagus sangat dah la bagi saya. Huhu.
Memasak dan menerima jemputan ni, takde la penat mana. Yang lagi penatnya mengemas dan membersihkan rumah. Sampai ke tengah malam mengemasnya. Diri sendiri pun memang kepenatan. Tapi Alhamdulillah saya dan suami handle dengan baik. Walaupun anak-anak masih kecil, takdelah dapat membantu mana. Dapat harap kat anak sulung yang Darjah 6 tu lah kadang-kadang untuk uruskan tetamu yang datang dari lobi.
Untuk kecergasan, syukurlah sempat saya consume B-Complex dan Vivix selepas breakfast pagi tu. Bolehlah maintain tubuh bertenaga. Takdelah terlalu lesu. Tapi malam tu, tumbang jugak saya semasa menidurkan baby. Baby pun mengantuk dan penat sangat sebab kurang tidur. Ye lah, saya sibuk di dapur dan melayan tetamu. Tak sempat nak melayan baby tidur sangat. So dia pun tidur lena. Anak-anak lain pun tidur terus dan penat. Esok Jumaat, dah hari sekolah. Banyak jamuan raya juga di sekolah-sekolah. So kita pun nak kena prepare juadah apa nak potluck untuk sekolah anak esok.
Supplemen Yang Dianjurkan Pada Musim Open House Raya
Masa ni, banyaklah jemputan kita kan. Makan-makan minum-minum pun dah tak hengat dunia jadinya. Semua benda jadi bedal. Manis ke apa ke. Dah tak dijaga time ni. Yang penting dapat makan hehe. Nak buat macamana. Dah namanya Raya. Confirmlah makan kejenya kan!! Tapi, di samping kita menikmati makanan, janganlah lupa untuk menjaga kesihatan.
Saya ada kongsikan apa yang patut dijaga di dalam entry ni :
Yang boleh diambil at least Alfalfa, Omega Guard, Lecithin dan Herblax. Ni semua sangat membantu time raya ni. Bolehlah kita tetap terus menikmati makanan sambil tak risau kolestrol naik mendadak dan lemak berlebihan dalam badan. Kita pun dapat mengempiskan perut balik dan kembalikan keselesaan pada perut.
Semoga kita dapat terus menikmati hari raya open house dalam keadaan tubuh badan yang sihat.
Amalkan Shaklee Pada Musim Open House
Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua.. Lebih banyak info mengenai produk dan bisnes Shaklee di website : www.anakkuwiraku.com.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya