Gout Hanya Meminati Kaum Lelaki Ke?

By | 18/01/2017
Assalamualaikum semua.
Pernah wonder tak gout ni asyik kena kat orang lelaki? Ke tak pernah hairan pun?
Saya pun pernah tertanya kenapa.
Memang betul. Lelaki lebih cenderung mengalami penyakit gout berbanding wanita. Hanya 10% sahaja wanita yang menghidapi penyakit Gout ini, dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan ‘menopause’.
gout hanya meminati kaum lelaki
Gout ini kebanyakannya menyerang lelaki yang berumur 40-an. Tetapi pada zaman sekarang, Gout ini juga menyerang kaum lelaki pada usial 30-an atas sebab faktor makanan. Selain itu, faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.
Perbandingan di antara lelaki dan wanita yang menghidapi gout dapat ditunjukkan dengan nisbah 7:1 sehingga 9:1. Gout banyak menyerang lelaki dari usia muda kerana terdapat kajian mengatakan hormon androgen yang ada pada lelaki meningkatkan risiko menghidapi gout.
Penyakit gout ini adalah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki.  Istilah gout berasal daripada perkataan Latin “gutta” yang bermakna “setitis”.
Penyakit gout ni adalah keadaan di mana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan.
Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadinya Gout. Terutamanya sendi ibu jari kaki, akan bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Antara faktor terjadinya gout ini adalah :
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah :
 
1) Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
2) Sayur-sayuran segar.
3) Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. 
4) Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
5) Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.
6) Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis.
 
Beberapa tip yang mungkin boleh membantu :
 
1) Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
2) Elak daripada menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
3) Kekalkan berat badan yang sihat.
4) Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
5) Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.
 
Makanan yang perlu dielakkan :
 
1) Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2) Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
3) Daging yang cincang
4) Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
5) Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
 
Selain ubat-ubatan dari klinik, anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi atau vitamin bagi membantu tubuh anda mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. 
 
Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat. 
 
Anda boleh mencuba suplimen semulajadi Shaklee untuk membantu anda mengurangkan serangan gout yang berfokus kepada penyingkiran asid urik daripada badan anda.  
Set Lengkap Gout Shaklee :
set gout shaklee
1) VIVIX
Bagaimana Vivix Boleh Membantu Pesakit Gout?
Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :
i) Memperbaiki DNA
ii) Mengurangkan inflamasi
iii) Meningkatkan penghasilan tenaga
iv) Mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Product)
Jadi, pertama sekali, Vivix memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal.
Setelah itu, ia juga memperbaiki sel-sel yang telah membengkak dan sakit itu supaya kembali kepada sel yang sihat.
Vivix juga mengelakkan pengumpulan protein-protein hasil pengikatan gula dan protein berlebihan dalam badan (AGE Protein) yang mengundang kepada penyakit-penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, alzheimer dan penyakit salur darah.
Bezanya Vivix dengan supplement yang lain, adalah, Vivix bertindak dari dalam DNA lagi, iaitu unit terkecil di dalam sel manusia yang mengandungi maklumat genetik kita!
Menakjubkan, bukan?
proper nutrition
2) OMEGA GUARD
Merupakan supplemen anti-radang yang berfungsi mengelakkan keradangan atau pembengkakan sendi dan mengurangkan kesakitan. Ini sangat penting bagi pesakit gout yang teruk. Amalkan OmegaGuard supaya radang dan bengkak itu tidak bertambah teruk.
3) ALFALFA
Detoks semulajadi yang berfungsi untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Pengamal Alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak (3-4 Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks. Alfalfa juga bersifat alkali dan membantu menyingkirkan asid urik dari dalam badan.
4) PERFORMANCE DRINK
Memelihara atau menyeimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap membuang air. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam tubuh badan pesakit. 
Jadi saya mencadangkan agar pesakit gout mencuba Set Gout Shaklee ini sebagai langkah merawat dan mengurangkan rasa sakit penderita.
Konsultasi tentang cara pengambilan produk akan diberikan secara percuma supaya pembeli mengambil produk dengan cara yang disarankan.
Berminat untuk dapatkan Set Gout Shaklee ?
Boleh hubungi saya untuk order dan pertanyaan ya. InsyaAllah saya akan membantu dengan sebaik mungkin.
Salam Sayang,
Wan Syahida Kahar
Rakan Nutrisi Shaklee Anda
Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya dan Seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge