Assalamualaikum pengunjung blog saya yang budiman. Tahun ini, anak sulung saya akan menduduki peperiksaan UPSRA 2023 kerana bersekolah di Wilayah Persekutuan. Secara khususnya, anak saya bersekolah di SIRAJ iaitu sekolah jenis integrasi di bawah pengurusan JAWI. Namun tetap mengikuti silibus pelajaran di bawah KPM.
Untuk pengetahuan, UPSRA adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama; yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah agama kawasan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan, yang mengikuti Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA).
Ia berbeza dengan PSRA yang hanya dilaksanakan di Selangor. Mungkin ramai yang keliru sebab saya sendiri pun keliru masa anak Tahun 5 dulu.
So masa Tahun 5, kena duduki UPKK. Tahun 6, kena duduki UPSRA atau PSRA pula. UPKK pula seragam seluruh Malaysia. Digunakan untuk kemasukan ke sekolah khusus (sekolah berasrama aliran agama) atau KAA (kelas aliran agama di sekolah harian) di Tingkatan 1 nanti.
UPSRA ni pula menjadi salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan iaitu SMA MAIWP dan SMISTA.
Baru-baru ni, pihak Unit Peperiksaan dan Pentaksiran Cawangan Akademik Bahagian Pelajaran, JAWI ada berikan taklimat percuma UPSRA melalui Zoom. Saya menjadi pendengar dan sempat merakam info mengenai format kertas-kertas peperiksaan UPSRA mengikut subjek.
Format-format ni ada sedikit kelainan daripada 2022 jadi saya mengambil inisiatif untuk menyimpan maklumat-maklumat ini bagi rujukan anak saya sewaktu persediaannya nanti.
Bidang Yang Dinilai dalam UPSRA 2023
- BA 01 (Bahasa Arab)
- JW 02 (Jawi & Khat)
- FQ 03 (Feqah)
- AK04 (Akhlak)
- TH 05 (Tauhid)
- SR 07 (Sirah)
- AQ 08 (Al-Quran)
Bentuk Penilaian
- Amali dan Penulisan (Projek Berasaskan Sekolah iaitu Buku Skrap Khat)
- Lisan (Bacaan Al-Quran, Hafazan & Tajwid)
- Penulisan (Peperiksaan Bertulis; ada 7 paper)
Takwim UPSRA 2023
Tempoh Tugasan : 17 Julai – 22 Sept
Peperiksaan Percubaan UPSRA : 2 – 6 Oktober
Ujian Lisan : Sepanjang Oktober
Peperiksaan UPSRA : 20 – 24 November (belum betul-betul confirm)
Format Peperiksaan UPSRA 2023
Format Penilaian Projek Berasaskan Sekolah (Buku Skrap Khat)
Penggredan UPSRA
Semoga info-info ni berguna buat anda yang mencari. Semoga ia menjadi asbab kebaikan. Doakan anak saya Ameerah Syuhada memperolehi keputusan Mumtaz dan Straight A’s dalam UPSRA 2023 ni ye. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Pengedar Shaklee Petaling Jaya & Seluruh Malaysia