Elokkah Anak Kecil Menonton TV?

By | 23/08/2014
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya elok atau tidak memberi anak-anak kita menonton TV? Sana-sini, setiap rumah pun dah mempunyai televisyen dan siap ada Astro lagi. Tak ada isunya kalau TV tu sentiasa ditutup. Tapi jika ia sentiasa dibuka, bukan saja membazirkan elektrik malah menyebabkan anak-anak ketagihkan televisyen dan memberi kesan buruk yang lain.

Sekali-sekala adalah baik tapi jika terlalu kerap, ia memang memudaratkan. Lebih-lebih jika rancangan yang disiarkan bukannya untuk tontonan anak-anak. Kadang-kadang ibu bapa memang tak perasan yang siri TV tontonannya seperti drama dan aksi-aksi dalam telemovie adalah tidak baik ditonton oleh anak-anak. Kalaulah saya, cepat-cepat saya akan tukar siaran. Biarlah tengok kartun jika sekiranya channel TV biasa dah semuanya memaparkan perangai tak elok terutamanya drama-drama melayu yang terlalu banyak pengisian hasad dengki, cemburu, khurafat, ganas dan sebagainya. Walaupun begitu, kartun pun kadang-kadang bukannya bagus sangat. Kenapa saya kata begitu? Contohnya upin dan ipin. Biarpun banyak kebaikannya seperti kita dapat mendekati kehidupan kampung tapi penggunaan kata ganti nama diri seperti ‘kau dan aku’ masih belum sesuai untuk anak-anak kecil. Ada juga siri ‘hantu’ dalam kartun upin dan ipin yang saya pun sampai sekarang tidak pasti apa objektifnya menakut-nakutkan kanak-kanak dengan hantu.

Walaupun ada rancangan TV yang baik dan selamat ditonton anak-anak, tidak boleh juga didedahkan kepada anak-anak dengan terlalu lama. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada mata terutamanya jika ditonton dengan jarak yang dekat.

Mungkin ada di antara anak-anak kita yang telah obses dengan menonton TV. Bagaimana untuk mengatasinya? Ibu bapa boleh melakukan jadual dan pastikan anak-anak mematuhi jadual itu. Ada masa yang ibu bapa benarkan anak-anak menonton TV, ada masa yang ia tidak dibenarkan. Untuk menjadikan tontonan itu bermanfaat, ibu bapa boleh cuba wujudkan masa untuk anak menceritakan kembali apa yang ditontonnya tadi. Lebih baik lagi, ibu bapa boleh menonton bersama anak-anak dan memberi panduan tentang apa yang ditonton. Jika ada perkara baik, utarakannya dan jika ada perkara tidak baik, terangkan kepada anak-anak yang perkara itu seharusnya dielakkan.

Jadi, terpulang kepada penggunaan TV itu sendiri. TV boleh jadi baik dan berfaedah jika kita bijak menggunakannya. Ia hanya memberikan mudarat sekiranya ditonton tanpa kawalan dan berlebih-lebihan. 🙂

Jadi, para ibu bapa, sila cakna ye dengan tontonan anak-anak. Siapa lagi yang bertanggungjawab membentuk peribadi dan akhlak anak kalau bukan kita. 😉

=======
PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

PERCUMA Buku Mengenal Huruf Bersama Upin Upin & Ipin

Adakah anda mempunyai anak berumur 3 tahun-6 tahun yang sedang belajar menulis??….adik Umar Bin Muhammad Imran, 4 tahun suka menulis dengan KAD IMBAS MARKER BOLEH TULIS PADAM…..lepas belajar menulis, skill menulis adik Umar ditajamkan lagi dengan bermain dengan puzzle magnetic fishing….suka sangat dia…dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS….hanya untuk 20 orang yang membuat pembelian hari ini, kami berikan percuma satu buku Mengenal Huruf Bersama Upin Ipin (buku ini tidak dijual, hanya diberikan percuma bersama PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS).
Jom Baca Tips Mengajar Anak Menulis Oleh Puan Rosnah Ahmad.

Bila anak saya nak mula belajar menulis? ”. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika .

Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah, universiti dan di dalam kerjaya.

Mengajar anak menulis merupakan amanah. Rasulullah SAW bersabda:

“ Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.” (Hadith Riwayat At- Tarmizi)

Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba, refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil.

Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.

Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka.

Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978), orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development- iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu. Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan.

Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain, kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh.

Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka.

Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil.

Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama.. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini.

Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara.

Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus.

Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan.

Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar, kesabaran dan istiqamah, ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif, kritis dan inovatif.

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.

Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.

Belajar menulis sungguh seronok untuk anak anak berusia 3 tahun sehingga 6 tahun. Dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

Percuma Buku Mengenal Huruf Bersama Upin dan Ipin.

GAMBAR PRODUK :

Mari kita lihat Aktiviti Menulis Puan Aisyah Zamani bersama anaknya Umar Bin Muhammad Imran, 4 tahun
HARGA :
RM59 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM63 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak
Berminat untuk order, boleh PM kami terus ya di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge