Detox bukan sekadar untuk kurus. Ramai orang ingat detox ni mungkin sekadar untuk kurus. Siapa yang nak kurus je kena detox. Siapa yang gemuk je kena detox. Tapi ramai yang tak sedar bahawa tak kira kita gemuk atau kurus, kita mesti kena detox. Kenapa agaknya? Saya akan terangkan di bawah.
Firstly kena faham, detox ni tujuannya untuk menyingkirkan toksin. Dan toksin ni bukannya orang gemuk je yang ada. Orang kurus pun ada toksin. Toksin ni datang dari mana?

Selagi kita hidup dan selagi mana kita menggunakan alam ini, kita akan terdedah dengan toksin. Toksin boleh memasuki tubuh badan kita melalui:
- pemakanan
- makanan yang mungkin tercemar
- mengandungi bahan-bahan tidak sihat
- bahan-bahan kimia dan tidak semulajadi
- udara
- asap kenderaan
- asap rokok
- bau perfume
- air freshener
- air
- air yang tidak ditapis dengan sempurna
- air bikarbonat
- air tinggi gula
- tubuh badan
- penggunaan kosmetik seperti losyen dan sabun
- penggunaan make up, lipstick
- gaya hidup
- gaya hidup yang stress
Baca juga : Kelebihan Program Jom Detox Jutawan
Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus, Tapi Untuk Menyihatkan Badan
Semua ini meningkatkan toksin dalam tubuh. Kita tak sedar yang hari-hari pun kita gunakan pelbagai “perkara” yang meningkatkan toksin dalam tubuh. Dan kita tak pernah fikir pun macam mana nak membuangnya. Selama 30 tahun dah hidup atas muka bumi, entah berapa banyak toksin dah badan kita kumpulkan. Sebab itu, detoks bukan sekadar untuk kurus. Tetapi untuk menyingkirkan pelbagai toksin supaya kita sihat.
Kita pun hairan kenapa usia 40 tahun, 50 tahun dan seterusnya, kita mula mengidap pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengidap kanser pada usia yang muda seawal usia 20an dan 30an. Ada juga bayi yang mengidap kanser sebaik saja selepas dilahirkan. Pelik kan? Kena tanya apa gaya hidup yang IBU atau BAPA dia amalkan sebelum itu. Semuanya pasti berpunca daripada gaya hidup kita, apa yang kita dah “deposit” masuk ke tubuh kita dan kita tak menyingkirkannya dengan baik.
Bagi orang yang gemuk, dah pasti kena singkirkan toksin ni terlebih dahulu sekiranya mereka ingin menguruskan badan. Bacakan mengenainya di sini : Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus
Manakala bagi orang yang dah kurus, mereka juga mesti menyingkirkan toksin. Toksin perlu disingkirkan dan detox bukan sekadar nak kurus, tapi sebab nak sihat.
So apakah masalah kesihatan yang biasa dialami orang-orang yang dah kurus?

Untuk mereka yang mengalami masalah-masalah seperti di atas, mereka mesti detoks. Toksin yang menimbun dalam badan telah meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti ini.
Ada juga yang mengalami masalah seperti kolestrol yang tinggi, darah tinggi, sakit-sakit kaki, masalah kelemumur, masalah penghadaman, masalah perut buncit dan juga masalah “craving” makanan manis.
Menyertai Program Jom Detox Jutawan boleh membantu anda atasi masalah-masalah ini. Dan sepanjang anda menyertai program, side effect yang bakal anda terima termasuklah tubuh badan yang semakin kurus dan berat badan yang semakin ringan. Itu yang best tu!
Jom saya kongsikan perkongsian feedback daripada peserta-peserta Jom Detox Jutawan yang telah melalui program detoks ini.
Testimoni Peserta-peserta Jom Detox Jutawan
1) Muka yang breakout, kini makin halus dan liang pori juga semakin mengecil:

2) Sakit slip disc semakin berkurangan:

3) Detox meningkatkan peluang untuk hamil setelah semua organ berfungsi dengan lebih efisyen dan sempurna:



4) Blood Pressure semakin normal selepas detoks. Migrain pun hilang. Banyak nikmat kesihatan diperolehi.

5) Badan sudah tidak lesu seperti dulu lagi.

6) Dulu makan ubat darah tinggi, tak berkesan menurunkan tekanan darah. Selepas detox, ubat pun dah makin berkesan. Tu la dulu banyak toksin, ubat pun jadi tak berkesan.

7) Hilang masalah ekzema.

8) Sakit tumit dah semakin hilang.

Baca juga : Success Story Jom Detox Jutawan
Penutup
Bagaimana? Menarik kan hasilnya selepas menjalani Program Detox yang menyeluruh bersama Program Jom Detox Jutawan? Sebab itu, detox bukan sekadar untuk menguruskan badan je tau. Tapi untuk kita menyihatkan kembali tubuh badan kita.
Ia bermula dengan menyingkirkan sepenuhnya segala toksin yang dah lama menyarang dalam tubuh badan kita ni. Start dari situ, barulah kita dapat merasakan perubahan-perubahan positif terhadap kesihatan kita.
Percayalah. Tak rugi untuk join program detox bersama kami. Apa yang istimewanya ialah, program detox kami sangat menyeluruh dan holistik. Merangkumi pembuangan toksin di seluruh organ terutamanya HATI, BUAH PINGGANG, USUS, KULIT dan PEPARU. Bukannya seperti program detoks yang biasa yang hanya memfokuskan bahagian perut dan usus sahaja.
Bagaimana untuk menyertai Program Jom Detox Jutawan? Baca di SINI : Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Peserta Jom Detox Jutawan
Pengedar Shaklee Semenjak 2014
Twitter: mizz_lela
Betul tue..detox bukan je untuk kurus tp boleh menyingkirkan toksin dei badan kite..lpas smua toksin kluar dari badan, baru badan akn rasa selesa dan ringan sagt..
Yup. Setuju.. Detox. Bukan untuk kurus jer
Detox ni untuk kesihatan yang lebih baik. Setiap orang pun perlu detox. Moga kita semua terus diberi kesihatan yang baik. Aamiin
Nina Mirza recently posted…Wahhโฆ Bestnya! Makan makan makanโฆ Pastu redeem FREE FOOD di Paradigm Mall PJ
Ya betul tu. Detox untuk sihat, bukannya semata-mata untuk kurus. Dan kita pun kena lah ikhtiar dan berusaha, bukannya berdoa aje ๐
Kelebihan yang hanya akan diperolehi oleh orang yang mendetoks tubuh dia. Jika tidak, selamanya menternak toksin di dalam tubuh badan.
Rupanya kalau kembong perut akibat toksin ya? hehe. Lepas ini kena cari cara nak detox . Terim kasih bagitau
Muhammad Naim Abdullah recently posted…Salammusik- Menyemai Kemungkinan
Ya, dah tentu. Kita pun dah hidup bertahun-tahun. Makan tak ingat dunia. Tapi tak pernah pun nak jaga tubuh badan dengan detoks. Muhammad Naim boleh sertai program Jom Detox kami atau at least amalkan Peppermint-Ginger Plus yang khas untuk masalah kembut perut. Ia menyingkirkan angin dan menyelesaikan masalah perut kembung.
Twitter: Fariza Saidin
Belum pernah lakukan detox….akan fikirkan bila dah baca entri ini… good sharing. Siapa yang minat boleh la join tanya kan?
Ya. Boleh terus hubungi saya di 012-6753078. Kalau masih ragu ragu atau nak ambil tahu lebih banyak info je dulu, boleh sertai preview online kami. Hubungi saya untuk saya invite yeee.
memang best buat detox, semua orang pun perlu kalau lihatkan kepada tanda-tanda toksin. lagipun kita semua sama je manusia kan, ada semua organ detox. jadi jangan cakap anda terkecuali. ha giteww
RAIHANAH AHMAD recently posted…Big Why Saya Buat Shaklee
Betul tu. Semua orang pun kena buat dan ada rutin detoks dia. Paling terbaik sebulan sekali la kan.
faham faham tapi nak istiqamah tu erkk sikit. mungkin kena ada kesedaran lebih lagi untuk detox ni. sekarang lebih ikut selera tekak dan perut nak makan apa.
Hehehe. Kalau buat sorang sorang memang mudah gugur syahid. Tu memang common. Sebab tu semua orang yang jadi peserta Jom Detox kami berjaya dapat hasil. Kita akan buat dalam group dan support group sangat sangat kuat. Bila ada support, kita akan lebih kuat untuk menjalani detoks ni :). Itu untungnya join program ๐
setuju, detox ni bukan sekadar untuk orang yang nak kurus je…detox ni untuk semua orang. macam kereta kita servis secara berkala, badan kita pon kene servis jugak..caranya dengan buat detoxlh.takkan kete je nak tip top, body pon nak tip top gak.
Faridah Daik recently posted…APA YANG BEST JOIN #TeamJutawan
Memang best kalau badan dah tip top. Tapi nak dapatkannya tu yang mencabar. Kena la join program untuk dapat result yang memberangsangkan ๐
Alamak banyak pulak symptoms tu pada ena ๐ memang banyak toksin la ni. Tak sangka pulak makeup dan lotion jugak berkaitan dengan toksin.. Yelah apa kita pakai dan bau mudah diserap badan
Ha’a betul tu. Lagi kerap kita pakai makeup dan lotion, bermaksud lagi banyak la kita dedahkan badan kita dengan toksin dan bahan-bahan kimia. Perfume pun sama. Semua ada chemicals. Kita ingat takde apa-apa tapi untuk jangka masa panjang, ada kesannya..
Twitter: diarymamacom
Ya betul..detox bukan semata nak kurus tapi buang segala toxin jahat yg dh lama bertapak dlm usus kita. TAPI org kita more to detox sb nk kurus..mcm sis le..hehehe
Hehehe.. Walaupun detox sebab nak kurus, nanti dapat juga side effect semakin sihat. Syaratnya kena join program detox yang betul-betul menitikberatkan soal kesihatan. Macam program Jom Detox kami, kami tekankan kedua-dua effect terhadap kesihatan dan juga penurunan berat badan.
Twitter: ayuarjuna
setuju…detoks bukan hanya untuk kurus sahaja tapi lebih kepada menjaga kesihatan…sangat penting terutama sekarang terlalu banyak makanan segera yang ditawarkan di pasaran
Betul tu. Kena beringat la kalau suka makan makanan segera tu. Makan tu boleh je. Tapi kena la detoks seluruh organ kita lepas tu kalau tak nak simpan toksin yang boleh menyebabkan penyakit pada masa depan ๐
Twitter: maisara_humaira
Pokok pangkalnya kena amalkan gaya hidup sihat kan. Makan minum kena jaga, bersenam, kawal stress dan lain-lain lagi.. InsyaAllah sihat yang kita dapat.
Maisarah recently posted…Mi Sedaap Tasty dengan Isi Ayam Asli Siap Masak, Sedap!
Memang kena jaga makan minum, bersenam, kawal stress dan lain-lain lagi. Tapi kena juga detoks dan membuang toksin tu secara khusus. Kalau tidak, kita jaga makan dan minum je tapi toksin tak betul-betul berjaya disingkirkan. Banyak kes orang yang jalani gaya hidup sihat pun tetap mendapat kanser.
Twitter: de.alif.shoppe
Setuju sangat… detox ni lebih kepada pembersihan dalaman juga menyingiirkan segala toksik yang tak elok kepada badan kita… keadaan sekarang berbeza dengan dahulu yang mana kini makanan lebih kepada bahan kimia juga makanan segera… jadi, sudah tentulah kita perlu menjaga kesihatan dengan melakukan beberapa regim penjagaan dan detoks adalah di antaranya…
Betul tu De Alif. Kalau kita tak nak detoks, kita juga yang akan merana sakit nanti. Masa muda memang seronok lah, nanti dah tua, kita juga yang kena tanggung akibatnya jika kita malas nak detoks masa sekarang.
betul tu, kadang orang salah sangka pasal detox nie. yes, mmg detox nie salah satu cara utk kursukan badan tp sebenarnya banyak lagi kebaikan buat detox nie yang tak ramai tahu.
Ya betul. Buktinya bila orang dah jalani program detox, mereka dapat merasai kesihatan tubuh badan yang lebih ketara. Dapat kurus tu bonus.
Twitter: nadiasamjohari
Betul, nak detox bukan semata untuk kurus..sebab nak buang segala kekotoran dalam badan..banyak toksik dalam badan..sesekali buat detox ringan sikit badan ni
Ya, bagi yang nak sihatkan tubuh badan, wajiblah mencuci segala toksin ๐
Memang dah lama amalkan Shaklee ni. Tapi dulu makan set kurus.hehhe ok gak kalau cuba set detox ni kan sebab selalu sakit tumit lah. Nanti Qiss roger eh. Nak cuba cuba juga
Tq Qiss.. Mana lah tahu berkesan kan. Shaklee memang ada tagline “Always Works”. Sangat konfiden diorang dengan keberkesanan produk diorang. Yang penting usahakan detoks supaya semua organ menjadi lebih sihat.
Wah menarik ni. Pelbagai manfaat boleh dapat kalau badan sihat ni kan
Ya betul. Bila kita cuci segala toksin, kita akan merasai kualiti kesihatan ๐